Pahang Corporation

Call Website

Pahang Corporation Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pahang Corporation, Business consultant, Kuantan, Kuantan.

Sebuah syarikat milik Kerajaan Negeri Pahang untuk mengadakan suatu badan komersil khas milik Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab mengkaji cadangan-cadangan pelaburan dari aspek pulangan dan risiko-risiko perniagaan.

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Ahli Lembaga Pengarah Pahang Corporation Sdn. Bhd., YH. Dato’ Mohamed Anuar Bin Mo...
02/10/2026

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Ahli Lembaga Pengarah Pahang Corporation Sdn. Bhd., YH. Dato’ Mohamed Anuar Bin Mohamed Zainun atas pengurniaan Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) yang membawa gelaran Dato’, sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-67 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.

Ikhlas daripada Ahli Lembaga Pengarah & Warga Kumpulan Pahang Corporation


Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026! 🇲🇾✨Sempena tarikh bersejarah 16 September ini, Ahli Lembaga Pengarah serta seluruh...
16/09/2026

Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026! 🇲🇾✨

Sempena tarikh bersejarah 16 September ini, Ahli Lembaga Pengarah serta seluruh warga Kumpulan Pahang Corporation ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga negeri Pahang Darul Makmur.

Perpaduan dan keharmonian rakyat pelbagai kaum adalah nadi kekuatan negara kita. Marilah kita bersama-sama memperkukuhkan semangat muhibbah, saling menghormati, dan terus berganding bahu demi kemakmuran serta kesejahteraan tanah air tercinta.

Satu Tanah Air, Satu Semangat, Satu Malaysia!

Ikhlas daripada,
Ahli Lembaga Pengarah & Warga Kumpulan Pahang Corporation

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan daripada seluruh warga Kumpulan Pahang Corporation. Sekalung tahniah diucapkan k...
04/09/2026

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan daripada seluruh warga Kumpulan Pahang Corporation.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Tuan Ahmad Sazilee bin Abdul Khairi atas pelantikan sebagai YB Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang.

Dalam masa yang sama, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada Dato’ Muhammad Saifuddin bin Hashim Musaimi atas segala sumbangan, khidmat bakti dan komitmen sepanjang berkhidmat sebagai YB Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang serta Ahli Lembaga Pengarah Pahang Corporation Sdn. Bhd.

Semoga segala jasa dan sumbangan yang dicurahkan terus dikenang, dan semoga Tuan Ahmad Sazilee terus diberi kekuatan serta dipermudahkan dalam menggalas amanah dan tanggungjawab yang baharu.

Tahniah, terima kasih dan selamat maju jaya.

Daripada,
Seluruh Warga Kumpulan Pahang Corporation

Sempena Hari Kebangsaan yang ke-69, Ahli Lembaga Pengarah dan seluruh warga Kumpulan Pahang Corporation merakamkan setul...
31/08/2026

Sempena Hari Kebangsaan yang ke-69, Ahli Lembaga Pengarah dan seluruh warga Kumpulan Pahang Corporation merakamkan setulus penghargaan dan ucapan Selamat Hari Kebangsaan kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat Negeri Pahang Darul Makmur.

69 tahun kemerdekaan bukan sekadar sebuah catatan sejarah, tetapi merupakan lambang keteguhan sebuah bangsa yang terus melangkah dengan keyakinan, perpaduan dan aspirasi untuk mencipta masa hadapan yang lebih gemilang.

Dalam semangat kemerdekaan ini, marilah kita terus memperkukuh iltizam, memperluas peluang dan bersama-sama menyumbang kepada pembangunan negeri serta kemajuan negara. Kerana kemerdekaan yang bermakna adalah apabila kita terus bergerak ke hadapan, bersama. 🇲🇾 Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang Ke-69.

Ikhlas Daripada Ahli Lembaga Pengarah & Warga Kumpulan Pahang Corporation

MAULIDUR RASUL 1448H | MENELADANI RASULULLAH SAWبِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِPerjalanan hidup Rasulullah SAW buka...
25/08/2026

MAULIDUR RASUL 1448H | MENELADANI RASULULLAH SAW

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Perjalanan hidup Rasulullah SAW bukanlah perjalanan yang mudah. Baginda dihina, disakiti, kehilangan insan tersayang dan melalui pelbagai ujian dalam menyampaikan risalah Allah SWT.

Namun, Baginda tetap memilih sabar daripada marah, memaafkan daripada membalas, dan kasih sayang daripada kebencian.

Itulah akhlak mulia Rasulullah SAW yang seharusnya menjadi pedoman kita dalam menjalani kehidupan.

Marilah kita memperingati Maulidur Rasul dengan menghidupkan sunnah Baginda, memperindah akhlak dan memperbanyakkan selawat.

Semoga kita sentiasa menjadi umat yang mencintai Rasulullah SAW dan dikurniakan syafaat Baginda di akhirat kelak.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Salam Maulidur Rasul 1448H/2026M
Daripada Ahli Lembaga Pengarah & Warga Kumpulan Pahang Corporation

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YB Dato’ Mohamad Nizar bin Dato’ Sri Mohamad Najib atas pelantikan sebagai Oran...
05/08/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YB Dato’ Mohamad Nizar bin Dato’ Sri Mohamad Najib atas pelantikan sebagai Orang Besar Berempat dengan gelaran Orang Kaya Indera Shahbandar sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-67 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.

Ikhlas daripada Ahli Lembaga Pengarah & Warga Kumpulan Pahang Corporation


Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Buk...
05/08/2026

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Dato' Fadzli Mohamad Kamal atas pengurniaan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato', sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-67 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.

Ikhlas daripada Ahli Lembaga Pengarah & Warga Kumpulan Pahang Corporation


Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hi...
05/08/2026

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff atas pengurniaan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Dato’ Sri, sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-67 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.

Ikhlas daripada Ahli Lembaga Pengarah & Warga Kumpulan Pahang Corporation


Merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah ke sisi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatu...
31/07/2026

Merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah ke sisi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-67.

Didoakan moga-moga Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku sentiasa berada dalam limpah rahmat dan inayah-Nya, dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kekuatan serta kebijaksanaan dalam menerajui pemerintahan, di samping menikmati kesejahteraan, kebahagiaan dan usia yang penuh keberkatan.

Daulat Tuanku.

🌙 **SALAM MAAL HIJRAH 1448H**Sempena ketibaan Tahun Baharu Islam 1448 Hijrah, Ahli Lembaga Pengarah dan seluruh Warga Ku...
17/06/2026

🌙 **SALAM MAAL HIJRAH 1448H**

Sempena ketibaan Tahun Baharu Islam 1448 Hijrah, Ahli Lembaga Pengarah dan seluruh Warga Kumpulan Pahang Corporation mengucapkan **Salam Maal Hijrah 1448H** kepada seluruh umat Islam.

Semoga lembaran hijrah yang baharu ini membawa keberkatan, kekuatan azam dan semangat untuk terus melangkah maju dengan penuh keimanan, integriti serta kecemerlangan dalam setiap usaha yang dilaksanakan.

Marilah kita bersama-sama mengambil iktibar daripada peristiwa hijrah sebagai inspirasi untuk memperbaharui tekad, memperkukuh perpaduan dan mencipta masa depan yang lebih gemilang.

**"Madani Dihayati, Ummah Diberkati"**

✨ Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H ✨

Ikhlas daripada
**Ahli Lembaga Pengarah dan Warga Kumpulan Pahang Corporation**

Address

Kuantan
Kuantan
250000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pahang Corporation posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share