InvestGents

InvestGents Jom belajar ilmu pelaburan hartanah secara PERCUMA!

17/09/2021

Dipetik dari FB Mueez Ahmad

AMBIL TAKAFUL KETIKA SIHAT

Claim ketika sakit

Semalam ada sahabat beritahu bahawa permohonan MRTT bagi loan perumahannya ditolak kerana sudah ada penyakit diabetis. Umur 32 tahun.

Jika ingin memohon medical card, kemungkinan besar akan ditolak kerana mempunyai penyakit sedia ada. Jika diterima pun pasti dengan sumbangan bulanan yang tinggi.

Nasib baik sempat ambil perlindungan sebanyak Rm200,000 untuk kematian / lumpuh keseluruhan, Rm70,000 untuk sakit kritikal dan Rm30,000 darinya adalah sakit kritikal peringkat awal sebelum adanya penyakit tersebut.

Penyakit boleh datang tanpa diduga dan tidak kira usia. Muda atau tua mahupun yang masih di dalam rahim. Saya yang masih ‘muda’ ni pun sedang check up di HKL. 😁

Oleh itu, pastikan ambil takaful ketika SIHAT. Jika ada masalah dalam report medical checkup pasti akan meyulitkan urusan permohonan takaful di kemudian hari.

Dan yang paling penting. Banyakkan ibadah ketika sihat. Kita ‘prepair’ urusan dunia dan akhirat ketika diberikan nikmat yang besar ini. Iaitu nikmat SIHAT dan waktu senggang.

🚨PERHATIAN KEPADA IBU BAPA🚨Tahukah anda kami ada pelan perlindungan keluarga yang TERBARU & BERPATUTAN pada 2021?SILA BE...
14/09/2021

🚨PERHATIAN KEPADA IBU BAPA🚨

Tahukah anda kami ada pelan perlindungan keluarga yang TERBARU & BERPATUTAN pada 2021?

SILA BERI TUMPUAN👇

Pelan takaful pertama di Malaysia yang memberikan perlindungan penyakit kritikal untuk seisi keluarga. Kini, anda tidak perlu lagi membayar dan mengurus pelan bagi setiap individu untuk setiap ahli keluarga.

Apa yang anda akan dapat daripada pelan ini❓

✔️ Perlindungan untuk seisi keluarga. Ibu, bapa dan sehingga 4 orang anak.
✔️ Manfaat pampasan tunai jika berlaku kematian ke atas ibu atau bapa.
✔️ Manfaat pampasan tunai jika salah seorang ahli keluarga dilindungi disahkan penyakit kritikal.
✔️ Manfaat jika ibu atau bapa meninggal, bayaran bulanan polisi adalah percuma sehingga anak berumur 25 tahun.
✔️ 36 penyakit kritikal utama
✔️ 20 penyakit kritikal kecil
✔️ Had lindungan keluarga keseluruhan sehingga 250% daripada jumlah dilindungi
*mengikut terma dan syarat

HUBUNGI SAYA SEKARANG UNTUK MEMBUAT QUOTATION, BERI SAYA BANTU ANDA SECEPAT MUNGKIN!

Lebih cepat daftar pelan Ini, lebih cepat keluarga anda dilindungi!

www.wasap.my/60139331109/fwdfamilyfirst
www.wasap.my/60139331109/fwdfamilyfirst

FARID HANAFIAH
FWD Takaful
KZ CONSULTANCY

3 KERUGIAN BESAR JIKA ANDA TAK BELI RUMAH TAHUN INI!Ramai yang takut nak beli rumah sekarang. Jumlah yang dijangkiti Cov...
14/07/2021

3 KERUGIAN BESAR JIKA ANDA TAK BELI RUMAH TAHUN INI!

Ramai yang takut nak beli rumah sekarang. Jumlah yang dijangkiti Covid 19 makin hari makin bertambah ramai. Mereka bimbang tentang situasi ekonomi yang makin tak menentu.


Mungkin tak ramai orang tahu perkara ini, tapi sebenarnya tahun ini adalah sangat sesuai untuk beli rumah. Ini sebab-sebabnya:


1- Harga Rumah

Banyak unit dari pemaju tidak terjual atas beberapa sebab. Pandemik juga menyebabkan ramai pemilik hartanah terpaksa menjual hartanah mereka. Jadi ada peluang untuk mendapatkan ‘deal’ terbaik dari sumber ini.

Anda boleh beli hartanah pada harga yang rendah dan modal yang sedikit.

Bila anda beli hartanah pada modal yang sedikit, potensi keuntungan anda kemudian hari adalah sangat tinggi.


2- Kadar Interest

Tahun 2020 kerajaan menurunkan kadar interest pinjaman sebanyak 4 kali. Dan baru-baru ini Bank Negara Malaysia umumkan kadar ‘Overnight Policy Rate’ kekal seperti hujung tahun lepas. Jadi kadar interest sekarang adalah yang paling rendah dalam sejarah negara.

Ini membolehkan anda mendapat pinjaman pada kadar yang paling murah. Permohonan pinjaman juga lebih mudah sebab komitmen tidak tinggi.

Bandingkan kira-kira ansuran bulanan berikut dan anda akan nampak impak penurunan kadar interest itu.


Harga hartanah A: RM500,000
Kadar interest: 3.1%, pinjaman 90% selama 35 tahun,
Bayaran bulanan hartanah A = RM 1,757


Harga hartanah B = RM500,000
Kadar interest: 4.3%, pinjaman 90% selama 35 tahun,
Bayaran bulanan hartanah bank B = RM 2,074


Lihat perbezaan bayaran bulanan adalah sebanyak RM 317!


3- Kempen HOC

Kerajaan baru mengumumkan Home Ownership Campaign (HOC) dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021. Ini maksudnya anda masih boleh dapat pengecualian duti setem untuk membeli rumah.

Berapa kos untuk duty stamp ni? Kiraan stamp duty untuk MOT adalah:

- RM 100,000 pertama = 1%
- RM 101,000 hingga RM 500,000 = 2%
- RM 501,000 hingga RM 1 juta = 3%
- RM 1 juta ke atas = 4%

Jadi, anda boleh jimat sehingga 5 angka kalau beli rumah yang ada pakej HOC ini. Dalam masa pandemik ini, duit itu boleh digunakan untuk banyak perkara lain yang lebih penting.


Penjimatan pada tahun ini akan memberikan p**angan yang lebih pada tahun-tahun akan datang. Lebih kurang modal yang dikeluarkan, lebih tinggi potensi untuk buat keuntungan.

Jadilah pelabur bijak! Nak belajar macamana nak beli rumah tanpa modal? Jom join webinar Ahad ini.

Klik 👇👇 untuk mendaftar
https://invest-gents.com/webinar-sunday/

KENAPA ANDA WAJIB BELI RUMAH SEKARANG❓❓❓Memang jimat beli rumah sekarang. Lepas join group pelabur hartanah ni baru tahu...
13/07/2021

KENAPA ANDA WAJIB BELI RUMAH SEKARANG❓❓❓
Memang jimat beli rumah sekarang. Lepas join group pelabur hartanah ni baru tahu. Bila kos turun, potensi untung pun jadi tinggi.

Sebelum ni legal cost sahaja boleh sampai 5 angka. Tapi awal minggu ni kerajaan lanjutkan program Home Ownership Campaign (HOC) sampai hujung tahun.

Anda pernah dengar tentang Kempen Pemilikan Rumah(HOC) ini?
Apa yang special sangat HOC ni?
Dengan cerita mudah kempen ini untuk mengalakkan orang beli rumah dengan sokongan insentif kewangan oleh kerajaan.

Apa faedah yang ada pada kempen ni?

Ini manfaat pasal HOC untuk pembeli rumah:

🔘Diskaun 10% untuk pembelian hartanah jadi tak perlu deposit untuk yang dapat pinjaman 90%. Jimat 5 angka gais!

🔘Pengecualian duti setem pinjaman. Kos ini adalah 0.5% dari harga hartanah. Jimat 4 angka gais!

🔘Pengecualian duti setem MOT dan SPA. Ini jimat lagi 4 angka gais!

Duti setem dibayar untuk perjanjian pinjaman dengan bank (0.5% tu) dan untuk proses pindah milik (memorandum of transfer - MOT).

Lebih tinggi harga rumah lebih banyak anda akan jimat. Kalau anda berminat nak tahu dengan lebih lanjut boleh join telegram kami atau dengar webinar kami.

Klik 👇👇 untuk mendaftar
https://invest-gents.com/webinar-sunday/
https://invest-gents.com/webinar-sunday/
https://invest-gents.com/webinar-sunday/

SHARE post ini jika korang rasa bermanfaat untuk rakan-rakan yang lain.

BONUS PERCUMA! Anda ambil moratorium? Takut wang moratorium anda habis macam tu je tanpa dikesan?
Kami tunjukkan cara bagaimana anda dapat merancang wang moratorium anda supaya anda menambah simpanan anda. Join telegram channel kami untuk kami bantu anda.
Link telegram di ruangan komen

09/07/2021

"All our dreams can come true, if we have the courage to pursue them."

Alhamdulillah syukurSemalam kita dah dengar pengumuman khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi(PEMULIH) ole...
29/06/2021

Alhamdulillah syukur

Semalam kita dah dengar pengumuman khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi(PEMULIH) oleh Perdana Menteri kita. Memang ini yang ditunggu-tunggu oleh semua rakyat memandangkan pada masa kini kebanyakan daripada kita sedang mengalami tekanan dari segi kewangan terutamanya.

Fokus kerajaan untuk meneruskan agenda prihatin rakyat, menyokong perniagaan dan meningkatkan vaksinasi. Manfaat yang bakal diterima:

☑️Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
BPR fasa 3 dengan kadar bantuan antara RM100 hingga RM1,400 akan dibayar pada bulan September nanti. Bulan September juga akan melibatkan bayaran ke atas kes – kes lulus rayuan BPR.

☑️Bantuan Khas COVID-19 (BKC)
i) Kategori miskin tegar
Isi rumah kategori miskin tegar bakal menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos, RM500 pada bulan November, dan RM300 pada bulan Disember.

Manakala individu bujang kategori miskin tegar akan menerima bantuan sebanyak RM100 pada bulan Ogos dan RM300 pada bulan November;

ii)Kategori B40
Isi rumah kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos dan RM300 pada bulan Disember.

Manakala bujang kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan Ogos.

iii) Kategori M40
Isi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak RM250.

Manakala bujang kategori M40 akan menerima RM100 pada bulan Ogos nanti.

☑️ Bantuan Kehilangan Pendapatan
Pada bulan Oktober nanti, RM500 akan disalurkan kepada pekerja yang kehilangan pendapatan berdasarkan data KWSP atau PERKESO dalam tahun 2021. Bantuan ini dijangka memanfaatkan sehingga 1 juta ahli yang melibatkan implikasi kewangan RM500 juta ringgit.

Dengan ketiga-tiga bantuan tunai ini, bagi setiap bulan bermula Jun sehingga Disember tahun ini, golongan yang memerlukan akan mendapat bantuan yang sewajarnya.

☑️Elaun Mencari Pekerjaan
Kerajaan juga akan memperluaskan Elaun Mencari Pekerjaan kepada bukan pencarum PERKESO terutamanya graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal. Mereka bolehlah mendaftar di bawah platform MYFutureJobs dan bakal menerima elaun sekurang-kurangnya RM300.

☑️Inisiatif Place and Train untuk mereka yang mencari kerja
Kerajaan akan memperuntukkan RM125 juta melalui HRD Corp untuk melaksanakan inisiatif Place and Train di bawah program Janapreneur terutamanya kepada belia lepasan sekolah dan graduan.

Inisiatif ini dijangka membuka peluang kepada 30 ribu orang untuk mengikuti program latihan kemahiran dengan jaminan pekerjaan setelah tamat latihan. Pihak MDEC p**a akan menambah baik program sedia ada iaitu eRezeki dan GLOW bagi membantu lebih 20 ribu pencari pekerja dalam ekonomi gig.

☑️Diskaun bil elektrik
Kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun bil elektrik antara 5 hingga 40% mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 900 kilowatt jam sebulan.

Antaranya, diskaun sebanyak 40% akan diberikan kepada penggunaan elektrik bawah 200 kilowatt jam sebulan dan 15% bagi penggunaan antara 201 hingga 300 kilowatt jam sebulan. Diskaun ini akan berkuat kuasa bagi tempoh tiga bulan mulai bil bulan Julai 2021.

☑️Pengeluaran KWSP i-Citra
KWSP akan memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra. Menerusi i-Citra, ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli.

Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran KWSP di portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai 2021, dengan pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021.

☑️Penangguhan bayaran balik pinjaman pelajaran
i)Moratorium bersasar selama tiga bulan kepada peminjam-peminjam PTPTN;

ii) Penangguhan bayaran balik Pinjaman Pelajaran Persekutuan di bawah JPA dan bayaran tuntutan ganti rugi penerima Biasiswa Persekutuan sehingga enam bulan;

iii) Penangguhan bayaran balik Pinjaman Pelajaran MARA untuk tempoh tiga bulan atau penjadualan semula bayaran balik pinjaman dengan ansuran bulanan serendah 100 ringgit selama 12 bulan;

iv) Penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) selama tiga bulan.

☑️Penangguhan pembayaran premium insurans dan takaful
Pemegang polisi insurans dan takaful yang terjejas boleh memohon penangguhan pembayaran premium insurans dan sumbangan takaful (secara opt-in) yang akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021. Inisiatif ini merangkumi pemegang polisi dan sijil insurans hayat dan takaful keluarga.

☑️Moratorium selama 6 bulan diberikan kepada semua
Moratorium enam bulan akan diberikan kepada semua peminjam individu, sama ada dari golongan B40, M40 atau T20, dan usahawan mikro. Tiada lagi syarat seperti pengurangan pendapatan, tiada semakan sama ada anda telah hilang pekerjaan dan tiada lagi dokumentasi yang perlu dikemukakan untuk permohonan.

28/06/2021
TOLONG JANGAN JUAL ASET UNTUK SELESAIKAN HUTANG❗❗Saya faham ramai yang tertekan dengan krisis COVID-19 yang melanda di s...
24/06/2021

TOLONG JANGAN JUAL ASET UNTUK SELESAIKAN HUTANG❗❗

Saya faham ramai yang tertekan dengan krisis COVID-19 yang melanda di seluruh dunia pada masa kini. Banyak hutang2 yang dibelenggu yang nak diselesaikan. Ada yang memiliki aset hartanah ambil keputusan nak jual hartanah tersebut untuk selesaikan hutang. Sayangnya hasil titik peluh mengumpul duit untuk beli hartanah tersebut.💔

Jangan buat keputusan terburu2!! Kami mampu bantu anda untuk mencari jalan penyelesaian hutang2 anda. Hari ni kami sibuk mahu bantu lebih dari 13,000 klien dalam FAR Capital

Seperti tahun lepas waktu lockdown, setiap malam ahad Faizul Ridzuan akan kongsikan apa yang kita boleh buat dalam situasi begini. Lepas Faizul Ridzuan kongsikan ilmu ini tahun lepas,
ini result yang kita sudah nampak lepas setahun :
1. Hutang personal loan mereka RM50,000 hingga RM100,000 berjaya dilangsaikan dalam masa setahun. Dapat tutup terus hutang jahat lama mereka.
2. Ada yang komitmen RM9000 sebulan dah jadi RM4,000 sebulan. Ada yang komitmen RM4,000 sebulan jadi kurang ke RM1,000 sebulan sahaja.
3. Ada yang tukar dari hutang jahat RM200,000 kepada ada aset bernilai lebih RM500,000 dalam setahun sahaja.
4. Dan ada yang berjaya keluar dari AKPK dalam masa setahun sahaja instead of kena tunggu 8 tahun.
Jangan risau. Kami ajar benda ni percuma sahaja. Jadi kongsikan benda ni supaya ramai boleh belajar dan dapat idea bagaimana mahu kurangkan atau keluar dari belenggu hutang

Nak tambah ilmu berkaitan? Daftar di sini >
Google Form ZOOM Webinar -FREE :
https://tinyurl.com/Jombelajarhartanah
https://tinyurl.com/Jombelajarhartanah
https://tinyurl.com/Jombelajarhartanah

Address

Kuantan

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when InvestGents posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share