21/05/2026
๐ ๐ฎ๐ท๐น๐ถ๐ ๐ฃ๐ฒ๐ป๐๐๐๐ฝ ๐๐๐ฟ๐๐๐ ๐ฃ๐ฒ๐บ๐ฎ๐ป๐๐ฎ๐ฝ๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ธ๐ต๐ถ๐ฑ๐บ๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฒ๐ธ๐ฒ๐ฟ๐ท๐ฎ ๐ฆ๐ผ๐๐ถ๐ฎ๐น ๐๐๐ ๐ก๐ฒ๐ด๐ฒ๐ฟ๐ถ ๐๐ฒ๐น๐ฎ๐ป๐๐ฎ๐ป ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Alhamdulillah, Kursus Pemantapan Perkhidmatan Pekerja Sosial Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan 2026 telah melabuhkan tirainya dengan jayanya.
Sepanjang berlangsungnya program ini, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai ilmu, perkongsian serta pengukuhan kemahiran dalam memperkasakan mutu perkhidmatan sosial demi kesejahteraan masyarakat.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua peserta, urus setia, penceramah serta pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh:
YBrs. Encik Che Samsuzuki Bin Che Noh
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan.
Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang kursus ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam mempertingkatkan profesionalisme serta kecemerlangan perkhidmatan kepada masyarakat.