19/09/2026
penuh debaran penantian yg selama ini ku dambakan berjumpa kekasih ku, ianya bukan kekasih ku seorang sahaja namun merupakan sosok yg dikasihi seluruh alam semesta ini,
terkadang adakah maseh mimpi ketika aku mula mula memijak bumi Madinah al-Munawwarah ini,
seolah-olah dapat merasakan kehadiran kemuliaan nya,
memijak dibumi nya sahaja memberikan insaf dan terasa ingin memeluk kehangatan seseorang sosok yg akan menyelamatkan pada hari kiamat yg penuh ketakutan,
bahawa kita ini benar-benar merayu syafaat nya,
tatkala sering memandang disekeliling sudut bumi ini membuatkan kehidupan kita benar-benar bernyawa dan ada ketenangan yg tidak dapat ditafsirkan melainkan Allah yg izinkan,
tangisan yang pernah di tangisi sosok mulia terhadap umatnya dapat dirasai, kesedaran mula terasa bahawa kita ini masih layakkah disisinya kekasih, namun begitu masih kita seolah-olah anak bayi yg memerlukan seorang ayah mendukung kita,
sepanjang hari sepanjang malam merayu dan mengadu kepada yg maha Agung mengharapkan mempunyai keizinan bertemu kekasihNya, hampir mustahil menziarahi nya sehinggakan kita tau betapa hinanya diri ini bertemu seorang insan yg mulia dan bercahaya,
Diterima la doaku sehinggalah di akhir sujud jiwa yg meronta dan tidak ingin cepat berputus asa dan tidak ingin mengalah ingin bertemu kekasihNya, prasangka aku mula bertambah yakin bahawa adanya jalan keluar bagi semua masalah,
tatkala ketika waktu hampir memasuki waktu jadual ziarah Raudhah, ku berlari lari seakan akan tidak sabar memeluk bagaikan kehilangan seorang ayah dan ibu,
menunggu diluar Qubah Hijau mu sahaja dah berdebar-debar,
keindahan dan kemuliaan ciptaan Allah yg maha sayang kepada kekasih Nya,
semoga Allah sentiasa menjaga diriku atas amanah yg ditanggung sebagai seorang umat kekasih Nya yg benar benar melaksanakan perintahnya, tanggungjawab ini berat tanpa ada hala tujuan ,tapi apabila menetapkan haluan tujuan ku menjadikan tanggungjawab ini mudah dilaksanakan selagi mana kejujuran ada.
in Shaa Allah 🤲 🤍💚 ✨ 🕋