R&R Kewangan

R&R Kewangan Berpandukan modul Shariah Registered Financial Planner, kami memberikan:

1) Rundingan perancangan k

=================PANDUAN RINGKAS PILIH FUND UT YANG BAGUS=================Kenali dahulu tahap risiko yang anda sanggup a...
15/02/2021

=================
PANDUAN RINGKAS PILIH FUND UT YANG BAGUS
=================

Kenali dahulu tahap risiko yang anda sanggup ambil. Adakah anda seorang yang agresif, sederhana atau konservatif? Selepas itu, fahami p**a elemen asas pelaburan iaitu 'Risk' dan 'Return'

1) Return

⚡ Pastikan prestasi fund itu lebih baik dari benchmark (rujuk gambar 1) serta mempunyai Annualised Return yang memuaskan. Berapakaah % yang dikehendaki? Atas 7-8% dikira baik.

Preferred Annualised Return adalah Compound Annual Growth Rate(CAGR). (Rujuk gambar 2)

2) Risk

⚡ Boleh lihat pada Volatility atau Standard Deviation fund yang berkaitan. Lagi tinggi value maka maka lagi berisiko. Kena sesuaikan dengan selera risiko anda.

⚡ Cadangan padanan Volatility dengan Selera Risiko Anda:

-Konservatif 1-3
-Sederhana 4-7
-Agresif 8-10

⚡ Selain itu, boleh juga guna Sharpe Ratio, ianya adalah suatu nisbah antara return dan risiko yang diambil. Lebih tinggi nisbahnya lebih baik. (Rujuk gambar 3)

Apabila sudah kenal pasti perkara di atas, silakan shopping mana-mana fund yang ada dalam pasaran. Sebaiknya bandingkan sekali antara syarikat2 lain.


Pernah kalian terfikir kenapa caruman atau sumbangan takaful anda boleh meningkat?Ada banyak punca yang boleh menyebabka...
05/02/2021

Pernah kalian terfikir kenapa caruman atau sumbangan takaful anda boleh meningkat?

Ada banyak punca yang boleh menyebabkan kenaikan caruman atau sumbangan, antaranya:

1) permintaan yang tinggi terhadap servis yang lebih baik
2) peningkatan bilangan sakit-sakit kronik
3) peningkatan kos perubatan dan kos rawatan

Ketiga-tiga faktor di atas boleh menyebabkan kenaikan inflasi bagi kos perubatan. Inflasi kos perubatan di Malaysia dalam anggaran 10-15% setahun.

Selain Inflasi, ada dua lagi faktor utama yang boleh menyebabkan kenaikan caruman iaitu:

1) prestasi pelaburan yang kurang memberansangkan
2) penguncupan nilai terkumpul tabung tabarru'

Baik, inflasi perubatan adalah sesuatu perkara yang di luar kawalan kita. Prestasi pelaburan yang kurang memberansangkan juga sebahagian darinya termasuk perkara yang diluar kawalan kita. Namun, penguncupan tabung tabarru' adalah antara perkara yang boleh dikawal oleh kita.

Ini dapat dilihat pada prestasi beberapa Pengendali Takaful atau Takaful Operator (TO) yang mempunyai rekod yang baik dimana sangat kurang berlakunya 'repricing', malah ada yang tiada 'repricing' sejak tahun 2008 hingga sekarang, iaitu 2021.

Namun harus diingat, prestasi yang lalu bukan jamiinan pada masa hadapan. Tips yang admin boleh bagi untuk dapatkan plan yang rendah kebarangkalian kena 'repricing', pilih TO yang diuruskan oleh C-suite management yang mempunyai rekod yang cemerlang.

News ni dah dikeluarkan pada 20/12/2020 beserta updated info. Sentiasa ingat sebelum melabur di mana-mana institusi, pas...
08/01/2021

News ni dah dikeluarkan pada 20/12/2020 beserta updated info. Sentiasa ingat sebelum melabur di mana-mana institusi, pastikan ia diukuskan Suruhanjaya Sekuriti(SC) supaya pelaburan anda dijamin. Dijamin dengan makna tidak diselewengkan, bukan jamin untung atau jamin keselamatan modal.

The Securities Commission Malaysia has warned that any individual conducting a business of offering investment advice without a licence is an offence.

Interesting. Penting untuk ada ilmu sebelum terlibat dengan sebarang urusan muamalah.
24/12/2020

Interesting. Penting untuk ada ilmu sebelum terlibat dengan sebarang urusan muamalah.

Address

43-02, Jalan Dewata 1, Susur Dewata
Larkin Perdana
80350

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when R&R Kewangan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to R&R Kewangan:

Share