13/01/2022
EduConsult 6 :
𝗣𝗔𝗡𝗗𝗨𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗔𝗠𝗕𝗜𝗟 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗞𝗔𝗙𝗨𝗟 𝗜𝗡𝗗𝗜𝗩𝗜𝗗𝗨
https://linktr.ee/SuhaimiAlhaseef
Dalam mengejar dan mengecapi kehidupan yang lebih berkualiti, adalah penting untuk kita berusaha menikmati hidup dengan mengambil dan meneroka peluang mendatang sebaiknya.
Walau bagaimanapun, ada sesetengah perkara yang tidak berbaloi untuk diambil risiko. Sebagai contoh, tekanan yang tidak sepatutnya berlaku kepada kita sekiranya tidak mempunyai insurans/takaful kesihatan dan perubatan. Justeru itu, sekiranya kita dilindungi secukupnya oleh insurans/takaful, ia memberi keyakinan bukan hanya kepada kita tetapi juga kepada orang yang tersayang.
Walaupun penjagaan perubatan dan rawatan di hospital kerajaan secara umumnya adalah berpatutan, purata rakyat Malaysia seringkali memilih untuk mendapatkan rawatan daripada hospital swasta, yang dilihat sebagai lebih baik serta masa menunggu yang lebih pendek.
Bagaimanapun, kos perubatan telah meningkat pada kadar melebihi 12% setahun, menjadikan ramai yang tidak mampu untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta. Oleh itu memiliki insurans/ takaful perubatan adalah satu keperluan pada hari ini. Namun, ketika ini kadar penembusan insurans hayat di Malaysia adalah sekitar 41%. Ini menjadikan ia sangat kritikal untuk rakyat Malaysia memahami keperluan mendapatkan perlindungan.
Sebelum memilih perlindungan yang diperlukan, adalah lebih baik untuk memahami dengan lebih jelas asas insurans/takaful itu sendiri. Dengan pelbagai terma industri yang wujud pada ketika ini, konsep insurans/ takaful dan cara ia diperkenalkan mungkin agak sukar untuk difahami oleh kebanyakan orang. Bagi membantu anda, kami telah menyenaraikan beberapa terma utama yang akan anda temui dalam usaha mencari perlindungan insurans/takaful yang paling sesuai dengan keperluan anda.
𝗞𝗔𝗗 𝗣𝗘𝗥𝗨𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡
Secara umumnya, perlindungan insurans/takaful perubatan individu menawarkan kemudahan kad perubatan untuk kemasukan ke hospital.
Terdapat pelbagai jenis produk perlindungan di mana ia boleh bermula daripada perlindungan komprehensif sehingga ke perlindungan yang mesra bajet dan termasuklah bayaran untuk pembedahan, bilik, bayaran caj berkaitan wad (bilik pembedahan, peralatan, ubatan dan perkhidmatan hospital, bius, rawatan sebelum dan selepas kemasukan ke hospital dan bermacam lagi).
Kad perubatan menyediakan perlindungan insurans/takaful kepada anda. Apabila kad perubatan dikemukakan, pihak hospital akan menghubungi dan memaklumkan kepada syarikat insurans/pengendali takaful mengenai kemasukan, diagnosis dan rawatan yang ditetapkan. Syarikat insurans/pengendali takaful akan menyemak dan setelah kelayakan perlindungan disahkan, surat jaminan kepada hospital akan dikeluarkan bagi perbelanjaan yang dijangkakan.
Kad ini sering membantu keperluan untuk membayar deposit yang tinggi dan memfailkan tuntutan selepas anda menyelesaikan pembayaran. Bagi kes-kes bukan kecemasan, anda boleh menjimatkan masa dengan mendapatkan surat jaminan hospital anda daripada syarikat insurans/pengendali takaful beberapa hari sebelum kemasukan ke wad.
Sementara itu, bagi perlindungan perubatan yang disediakan oleh majikan, kebanyakan orang membuat kesilapan dengan berfikir mereka tidak perlu membeli perlindungan insurans/ takaful kesihatan tambahan kerana percaya mereka sudah ‘dilindungi’. Apa yang mereka tidak sedar ialah perlindungan itu mungkin terhad (dari segi had dan rawatan harian). Dalam situasi begini, adalah lebih bijak untuk anda mendapatkan insurans/takaful kesihatan tambahan bagi menjamin anda dilindungi daripada sebarang bayaran tambahan yang mungkin berlaku
𝗛𝗢𝗦𝗣𝗜𝗧𝗔𝗟 𝗣𝗔𝗡𝗘𝗟
Kad perubatan yang anda daftar mempunyai senarai hospital panel. Anda perlu mendapatkan perkhidmatan di hospital panel yang telah disenaraikan untuk menikmati kemudahan jaminan insurans /takaful tersebut.
𝗣𝗥𝗘𝗠𝗜𝗨𝗠 / 𝗦𝗨𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡
Ini adalah bayaran/sumbangan yang dibuat kepada syarikat insurans atau pengendali takaful yang perlu ditanggung/ disumbangkan oleh pengguna, sama ada dia telah menemui doktor atau menggunakan mana-mana manfaat yang ditawarkan oleh syarikat insurans/ pengendali takaful. Premium insurans/sumbangan boleh dibayar secara bulanan, suku tahunan atau tahunan. Bergantung pada syarikat insurans/ pengendali takaful, pilihan pembayaran premium/ sumbangan tahunan boleh memberi penjimatan yang lebih baik dalam jangka masa panjang.
𝗛𝗔𝗗 𝗦𝗘𝗣𝗔𝗡𝗝𝗔𝗡𝗚 𝗛𝗔𝗬𝗔𝗧 𝗔𝗧𝗔𝗨 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡𝗔𝗡
Ini adalah jumlah maksimum yang boleh dituntut daripada syarikat insurans/pengendali takaful anda sepanjang hayat selagi polisi / sijil anda masih aktif dengan syarikat insurans/ pengendali takaful. Apabila had sepanjang hayat anda tamat, sebarang kos perubatan lanjut tidak lagi akan dilindungi. Jumlah had maksimum sepanjang hayat mungkin berbeza, bergantung kepada pelan / penanggung insurans yang dipilih. Sebaliknya, had tahunan adalah amaun maksimum (seperti yang dinyatakan dalam pelan pilihan anda), dimana anda layak menuntut untuk satu tahun polisi/sijil anda
𝗧𝗔𝗡𝗚𝗚𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗡𝗗𝗜𝗥𝗜 (𝗗𝗘𝗗𝗨𝗞𝗧𝗜𝗕𝗘𝗟)
Ia adalah sejumlah wang yang ditanggung sendiri oleh anda sebelum perlindungan sebenar anda bermula. Syarikat insurans/pengendali takaful hanya akan menampung kos yang melebihi amaun tangungan sendiri (deduktibel). Sebagai contoh, kebanyakan pelan pada hari ini disertakan bersama pilihan sifar atau tangungan sendiri (deduktibel RM500). Pelan tangungan sendiri (deduktibel) sifar bermaksud anda tidak perlu membayar apa – apa ketika kemasukan ke hospital dan kos akan ditanggung sepenuhnya oleh penanggung Insurans/ pengendali takaful.
Sementara itu, dengan pelan tangungan sendiri (deduktibel) RM500, anda hanya perlu membayar RM500 daripada keseluruhan amaun bil manakala bayaran selebihnya akan ditanggung oleh penanggung insurans/pengendali takaful anda.
Kelebihan memilih pelan tangungan sendiri menjadikan insurans/takaful kesihatan anda lebih murah dan bayaran premium bulanan anda adalah 10 - 20 % lebih rendah berbanding pelan tanggungan sifar
𝗦𝗔𝗧𝗨 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗡𝗗𝗜𝗥𝗜 𝘃𝘀 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗠𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡
Pelan perubatan mandiri berfungsi seperti insurans berpenggal di mana anda akan dilindungi selagi anda membayar premium/ sumbangan anda. Sebaliknya, pelan insurans perubatan tambahan adalah sebahagian daripada polisi insurans hayat/sijil takaful keluarga asas yang kebiasaannya merupakan suatu polisi/sijil Insurans/Takaful berkaitan pelaburan (ILP). Lumrahnya, kos pelan insurans perubatan tambahan adalah lebih rendah berbanding pelan perubatan mandiri.
Walau bagaimanapun, jumlah kos keseluruhan anda akan lebih tinggi disebabkan perlindungan insurans hayat/takaful keluarga adalah tambahan yang disertakan bersama ILP.
𝗝𝗔𝗠𝗜𝗡𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗛𝗔𝗥𝗨𝗔𝗡
Selagi pembayaran premium dibuat tepat pada masanya dan anda ingin melanjutkan polisi insurans, syarikat insurans diwajibkan memperbaharui polisi anda (dengan syarat anda belum melebihi had tuntutan sepanjang hayat dan anda belum mencapai umur kelayakan maksimum untuk perlindungan).
𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗛𝗔𝗥𝗨𝗔𝗡 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗧𝗘𝗥𝗝𝗔𝗠𝗜𝗡
Ini bermakna polisi/sijil anda diperbaharui setiap tahun, tertakluk kepada kelulusan syarikat insurans/ pengendali takaful. Sebagai contoh, jika anda diserang oleh penyakit yang mungkin berulang pada masa akan datang, syarikat insurans/pengendali takaful mungkin memutuskan untuk tidak memperbaharui polisi/sijil anda. Apabila anda ingin mendapatkan insurans/takaful yang baru, anda perlu memaklumkan keadaan kesihatan anda sebelum ini. Ia akan menyebabkan premium/sumbangan anda menjadi lebih tinggi atau dalam sesetengah kes penyakit tertentu mungkin dikecualikan daripada perlindungan. Atas sebab-sebab ini, polisi/ sijil di bawah pembaharuan tidak terjamin adalah lebih murah.
Membeli insurans/takaful perubatan mungkin merumitkan dan sukar. Oleh yang demikian, nasihat daripada penasihat profesional adalah diperlukan. Oleh itu, lebih banyak yang anda pelajari, maka ia akan menjadikan keputusan pembelian insurans/ takaful anda lebih baik.
Untuk Khidmat Rundingcara Secara PERCUMA, klik Link Dibawah :-
http://www.wasap.my/+60122675454/SayaBerminatTentangPlanGreatEasternTAKAFULbhd