10/01/2024
Alhamdulillah pada Isnin, 8 Januari 2024, pihak Yayasan Al-Hijrah telah direzekikan menziarahi YBhg Habib Ali Zainal Abidin, Pengerusi dan Pengasas Yayasan Ar-Ri’ayah.
Kunjungan silaturrahim ini bertujuan untuk mendapatkan nasihat dan tausiyah daripada YBhg Habib dalam pelbagai perkara termasuk usaha pembangunan di Perkampungan Al-Hijrah.
Dalam pertemuan yang berlangsung selama setengah hari ini, YBhg Habib sempat juga merakamkan tausiyah berkenaan cabaran-cabaran dalam membentuk sebuah komuniti yang mana cabaran utamanya terletak dalam usaha pendidikan itu sendiri.
Tiada daya dan upaya melainkan dengan izinNya. Pihak Yayasan Al-Hijrah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan Jazakalllah Khairan Kathira kepada YBhg Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid dan pihak Yayasan Ar-Ria’yah atas kesudian menerima kedatangan kami.
Mohon doa sahabat semua agar pertemuan ini mendapat keberkatan dan membawa manfaat buat pembangunan ummah 🌹
SILA SEBARKAN. MOGA BERMANFAAT 🤲
Asma' binti Harun