Mabruk

Mabruk Kami dari Adden Trading, pengeluar produk makanan jenama MABRUK. Dari sos, kicap sampai air minuman — semua dihasilkan dengan rasa yang padu & berkualiti.

Support produk Muslim Bumiputera! ❤️

Produk Mabruk yang sudah ada dipasaran sekarangBerat bersih botol kaca dalam 300 gm - 340 gm mengikut jenis..Berat bersi...
27/07/2026

Produk Mabruk yang sudah ada dipasaran sekarang

Berat bersih botol kaca dalam 300 gm - 340 gm mengikut jenis..

Berat bersih botol plastik (Pek Peniaga) dalam 2.0 kg - 2.3 kg mengikut jenis..

Harga boleh dapatkan melalui admin
Boleh Whatsapp 019-602 9799

Keperluan Memperjuangkan Fardu KifayahDalam memperjuangkan fardu kifayah, seorang Muslim tidak seharusnya mengenal erti ...
27/07/2026

Keperluan Memperjuangkan Fardu Kifayah

Dalam memperjuangkan fardu kifayah, seorang Muslim tidak seharusnya mengenal erti kecewa atau berputus asa. Islam mengajar bahawa setiap usaha yang dilakukan kerana Allah SWT adalah suatu ibadah yang bernilai di sisi-Nya. Kejayaan sebenar bukan hanya diukur dengan hasil yang kelihatan di dunia, bahkan yang lebih utama ialah penerimaan amalan tersebut di sisi Allah SWT.

Allah SWT berfirman:

«"...Dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada yang berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
(Surah Yusuf: 87)»

Apabila kita melaksanakan sesuatu Perniagaan atau kerja yang bertujuan memajukan umat Islam dan menegakkan syariat Allah, maka setiap penat lelah, masa, tenaga dan pengorbanan yang dicurahkan boleh menjadi ibadah.

Sekiranya Allah mengurniakan kejayaan di dunia, maka kita memperoleh dua bentuk ganjaran.

Pertama, kita menikmati hasil kejayaan dan kemajuan yang dapat dimanfaatkan oleh masyarakat ketika masih hidup di dunia.

Kedua, kita memperoleh pahala yang besar sebagai bekalan di akhirat kerana segala usaha itu dilakukan kerana Allah SWT.

Namun, jika Allah mentakdirkan kita tidak berjaya mencapai matlamat duniawi, itu bukanlah bermaksud kita telah gagal di sisi Allah. Selagi usaha tersebut memenuhi syarat-syarat untuk menjadi ibadah, maka Allah tetap menjanjikan ganjaran yang besar, bahkan syurga-Nya kepada hamba yang ikhlas.

Lima syarat supaya sesuatu pekerjaan menjadi ibadah ialah:

1. Niat yang betul dan ikhlas kerana Allah serta bertepatan dengan kehendak syariat.

2. Perkara yang dilakukan adalah halal dan dibenarkan oleh syariat.

3. Cara pelaksanaannya mestilah selaras dengan hukum syariat.

4. Natijah atau hasil yang diharapkan juga tidak bercanggah dengan syariat.

5. Sepanjang melaksanakan usaha tersebut, tidak mengabaikan perkara-perkara asas seperti Rukun Iman dan Rukun Islam.

Apabila kelima-lima syarat ini dipenuhi, maka setiap usaha yang dilakukan menjadi ibadah walaupun hasilnya belum berjaya di dunia. Oleh itu, bagi seorang Mukmin, istilah gagal sebenarnya tidak wujud. Jika berjaya, dia bersyukur kepada Allah. Jika belum berjaya, dia bersabar, bermuhasabah dan bangkit semula dengan memperbaiki segala kelemahan.

Allah SWT juga berfirman:

«"Sesungguhnya bersama kesukaran itu ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesukaran itu ada kemudahan."
(Surah al-Insyirah: 5–6)»

Kegagalan bukan alasan untuk berhenti berjuang, tetapi peluang untuk memperbaiki diri. Mungkin Allah sedang menguji keikhlasan kita. Mungkin terdapat kelemahan dari sudut perancangan atau teknikal yang perlu diperbaiki. Atau mungkin juga ketika kita sibuk menguruskan urusan dunia, kita terlupa untuk sentiasa bergantung dan mengingati Allah SWT.

Oleh itu, sentiasalah bersangka baik kepada Allah. Teruskan berusaha, perbaiki setiap kelemahan, tingkatkan pergantungan kepada-Nya, dan jangan sekali-kali berputus asa.

Seorang Mukmin tidak pernah rugi. Jika berjaya, dia memperoleh manfaat di dunia dan pahala di akhirat. Jika belum berjaya, dia tetap memperoleh ganjaran daripada Allah atas kesabaran, keikhlasan dan usahanya. Itulah hakikat kejayaan yang sebenar menurut pandangan Islam.

BERITA BAIKOrang Kluang, Johor dan sekitar boleh dapatkan produk Mabruk dengan Encik SuhaimiNo Tel +6018-2399237
09/06/2026

BERITA BAIK

Orang Kluang, Johor dan sekitar boleh dapatkan produk Mabruk dengan Encik Suhaimi

No Tel +6018-2399237

🎁 NAK GOODIES BAG LEBIH MENARIK & BERMANFAAT? 🌶️Tempahan sos untuk goodies bag majlis anda kini serendah RM2.00 sahaja!S...
15/05/2026

🎁 NAK GOODIES BAG LEBIH MENARIK & BERMANFAAT? 🌶️

Tempahan sos untuk goodies bag majlis anda kini serendah RM2.00 sahaja!

Sesuai untuk: ✨ Kenduri kahwin
✨ Hari jadi
✨ Aqiqah
✨ Doorgift korporat
✨ Majlis sekolah & event

🌶️ Sos jenama MABRUK
✅ Rasa premium & sedap
✅ Produk Muslim
✅ Dijamin Halal
✅ Kemas & cantik untuk doorgift

Boleh tempah ikut kuantiti majlis anda 😊

📞 0196029799
📲 WhatsApp: [Klik sini untuk WhatsApp] https://wa.me/60196029799

🌶️ SOS CILI ISTIMEWA (PREMIUM) 🌶️Resepi asli turun-temurun semenjak tahun 1980-an ✨Dihasilkan menggunakan cili terpilih ...
15/05/2026

🌶️ SOS CILI ISTIMEWA (PREMIUM) 🌶️

Resepi asli turun-temurun semenjak tahun 1980-an ✨
Dihasilkan menggunakan cili terpilih untuk rasa yang lebih padu, pekat dan menyelerakan 😋

✅ Tiada pewarna tambahan
✅ 100% Produk Muslim
✅ Dijamin Halal
✅ Rasa asli & berkualiti premium
✅ Sesuai untuk pelbagai hidangan

Sekali cuba, pasti nak lagi! 🔥

📦 Dibuka peluang:
• Agent
• Reseller
• Rebrand

📞 0196029799
📲 WhatsApp: [Klik sini untuk WhatsApp] https://wa.me/60196029799

🌶️ SOS CILI THAI MABRUK 🌶️Pedas, manis & menyelerakan 😋Cicah, masak, semua jadi sedap!
01/02/2026

🌶️ SOS CILI THAI MABRUK 🌶️
Pedas, manis & menyelerakan 😋
Cicah, masak, semua jadi sedap!

Address

Taman Desa Jasmin
Nilai
71800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mabruk posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share