ISO Training Johor Bahru

ISO Training Johor Bahru "Empowering organizations with top-tier ISO training. Elevate your standards, enhance efficiency, and ensure safety.

Join us to transform your business practices!"

Ulu Tiram. Ucapan jutaan terima kasih kepada KY & AD kerana menganjurkan TTGX yang sangat meng-aktive-kan fikiran, meman...
21/09/2025

Ulu Tiram. Ucapan jutaan terima kasih kepada KY & AD kerana menganjurkan TTGX yang sangat meng-aktive-kan fikiran, memang wowww. Ucapan tahniah juga kepada semua peserta atas pencapaian luar biasa dengan menghadirkan diri ke program ini. Certificate of Excellence ni bukan hanya sekadar kertas, tetapi ianya tanda usaha yang dihargai dan perangsang untuk terus push diri lebih jauh.
Ingat, hidup ini keras, hidup ni jangan sekadar cukup untuk diri sendiri. Jadilah orang yang berguna untuk orang lain. Bila kita saling support, bantu & kongsi ilmu, insya Allah rezeki & kejayaan akan makin berkembang, because no man is an island. Oleh yang demikian Luaskan kuasamu.
“Do it” untuk terima “DUIT”.
“Bila berani Do It, baru senang dapat Duit”.
“Tak mula Do It, jangan harap datang Duit”.
“Langkah kecil hari ini – Do It → hasil besar esok – Duit”.
“Do It dengan betul, insya Allah Duit ikut serta”.
“Semua orang nak Duit, tapi yang berjaya ialah yang berani Do It”.
“Ilmu tanpa Do It, tak jadi Duit”.
“Do It konsisten, Duit berterusan”.
Ingat dalam tu juga ada untuk yang lain.

TTGX is like push start button. Moga, lagi banyak peluang, lagi banyak ruang untuk kita conquer sama-sama. So, let’s keep the momentum alive and be the leader of the best.



Melaka. Masih ada organisasi yang masih belum mematuhi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA 1994) serta P...
04/09/2025

Melaka. Masih ada organisasi yang masih belum mematuhi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA 1994) serta Peraturan-peraturan di bawahnya. Ketidakpatuhan boleh membawa kepada denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga 2 tahun, malah boleh menjejaskan reputasi syarikat. Undang-undang ini wujud untuk lindungi pekerja, jadi ia bukan pilihan tetapi tanggungjawab.
Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan (SHC) perlu berperanan aktif – adakan mesyuarat berkala, laporkan hazard, pantau tindakan pembetulan dan pastikan semua pekerja peka dengan akta dan peraturan. SHC yang proaktif mampu mengurangkan risiko kemalangan serta meningkatkan budaya kerja selamat.
Latihan dan khidmat rundingan dapat membantu SHC menjadi lebih proaktif, efektif, dan efisien. Dengan panduan yang betul, sistem keselamatan lebih mudah dibina, dipantau dan ditambah baik secara berterusan.
Terima kasih kepada Dato’ Dr SK, En AKY dan DO atas kerjasama hebat ini. Bersama, kita jadikan tempat kerja lebih selamat dan produktif.




Melaka. Gempa bumi di Segamat memang buat kita sedar — perubahan iklim ni bukan benda main-main. ISO 9001 pun dah kemas ...
02/09/2025

Melaka. Gempa bumi di Segamat memang buat kita sedar — perubahan iklim ni bukan benda main-main. ISO 9001 pun dah kemas kini, wajibkan organisasi fikir dan kawal climate change dalam sistem kualiti. Bukan sekadar ikut standard, tapi cara nak pastikan bisnes kita terus kukuh bila alam sekitar makin mencabar.

Dua hari bersama Petronas Lubricants Melaka memang terasa sekejap. Sesi latihan Integrated Management System penuh dengan soal jawab, perkongsian pengalaman dan cara perlaksanaan praktikal. Semua standard berjaya diterjemah jadi sesuatu yang senang: mudah dibina, mudah laksana, mudah periksa, dan mudah tambah baik.

Paling best bila berkongsi macam mana AI memudahkan kerja harian dan memastikan audit dalaman berjalan lancar. Internal Audit ni bukan sekadar syarat standard, tapi alat utama untuk melaksanakan penambahbaikan secara berterusan system pengurusan kita. Dengan cara ni, keputusan audit jadi lebih efektif dan efisien, auditor baru pun terus yakin, dan organisasi mampu tingkatkan sistem pengurusan mereka secara konsisten. Hasilnya? Operasi lebih stabil, produktiviti naik, pelanggan lebih berkeyakinan dan keuntungan pun ikut meningkat.

Terima kasih kepada Puan Sal, Puan Nor, Kak Yan, PETRONAS L**e dan yang berkolaborasi menjayakan aktiviti ini.




Muar. Gempa bumi di Segamat baru-baru ini membuktikan bahawa ancaman alam sekitar boleh berlaku bila-bila masa. Inilah s...
02/09/2025

Muar. Gempa bumi di Segamat baru-baru ini membuktikan bahawa ancaman alam sekitar boleh berlaku bila-bila masa. Inilah sebabnya latihan HIRARC amat penting – bukan sekadar keperluan undang-undang, tetapi pelindung kepada pekerja, operasi dan reputasi syarikat. Dengan memasukkan risiko gempa bumi dalam HIRARC, organisasi anda lebih bersedia menghadapi situasi yang tak dijangka.

Dalam Hazard Identification, kita kenal pasti ancaman seperti keruntuhan bangunan, mesin rosak, atau kecederaan pekerja. Risk Analysis p**a menilai tahap kemungkinan dan impak kepada operasi. Kemudian, Risk Control menekankan langkah praktikal – latihan evakuasi berkala, sistem amaran awal, pelan pemindahan, hingga rekaan tempat kerja yang lebih selamat.

Latihan ini bukan sekadar teori – ia cara mudah untuk memastikan audit dalaman lebih efektif, efisien, dan mendorong continuous improvement.

Terima kasih kepada KY dan LQ kerana menjayakan program ini. Bersama-sama, kita bukan sahaja patuh standard, tetapi mencipta nilai lebih besar: operasi stabil, pelanggan yakin, dan keuntungan syarikat meningkat.




Nusajaya, Johor. Pindaan terbaru ISO 9001 mewajibkan organisasi mengintegrasikan isu perubahan iklim ke dalam sistem pen...
03/08/2025

Nusajaya, Johor. Pindaan terbaru ISO 9001 mewajibkan organisasi mengintegrasikan isu perubahan iklim ke dalam sistem pengurusan kualiti — langkah ini bukan sahaja memenuhi keperluan standard, tetapi juga melindungi reputasi syarikat, memastikan pematuhan undang-undang, dan meningkatkan keyakinan pelanggan serta pihak berkepentingan.

Nak patuh ISO 9001 bab Climate Change sebenarnya senang je. Mula dengan perhatikan apa kesan cuaca atau iklim pada kerja harian kita. Lepas tu, semak balik dokumen kerja, tambah langkah keselamatan kalau perlu, buat semakan dalaman, dan ukur apa yang penting. Semua ni boleh ikut cara kerja sebenar – mudahkan kerja, kami bantu satu-satu sampai jadi!

Photo – Sesi Latihan “Integrating Climate Change into ISO 9001: Practical Implementation and Compliance Strategies”.




Ampang, Selangor. Bila organisers tidak menggamalkan best practices terhadap alam sekitar dan keselamatan pekerja, merek...
21/07/2025

Ampang, Selangor. Bila organisers tidak menggamalkan best practices terhadap alam sekitar dan keselamatan pekerja, mereka bukan sekadar melanggar etika — mereka juga melanggar undang-undang. Di Malaysia, terdapat pelbagai akta yang mengawal selia perkara ini, antaranya:
• Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA 1994), Gagal menyediakan tempat kerja yang selamat dan sihat. Denda hingga RM50,000 atau penjara 2 tahun, atau kedua-duanya
• Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (EQA 1974), Pencemaran udara, air, bunyi; pembakaran terbuka. Denda hingga RM500,000 atau penjara 5 tahun, atau kedua-duanya
• Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Sisa Terjadual) 2005, Pelupusan sisa kimia tanpa lesen sah. Denda RM10,000/sehari; tindakan mahkamah termasuk penutupan premis
• Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975, Pembiakan nyamuk Aedes di kawasan kilang/tapak. Kompaun hingga RM10,000 atau penjara 2 tahun
• Akta Kawalan Bekalan 1961, Simpanan bahan kawalan (diesel, bahan kimia) tanpa lessen. Denda hingga RM1,000,000 (syarikat) atau penjara 3 tahun (individu)
• Akta Kerja 1955 (pindaan 2022), Gagal patuhi waktu kerja, gaji, perlindungan hak. Denda hingga RM50,000
• ISO 14001:2015, Gagal kenal pasti dan kawal Aspect & Impact. Risiko hilang pensijilan, gagal audit klien OEM
• ISO 45001:2018. Tiada pelan kawalan risiko atau HIRARC. Risiko kecederaan kerja, liabiliti majikan, dan kegagalan audit
• Pindaan ISO 9001 (Perubahan Iklim), Gagal ambil kira risiko perubahan iklim. Risiko audit gagal, klien OEM tarik kontrak, reputasi terjejas

Apa Patut Kita Buat? Laksana Sistem Yang Hidup, Bukan Atas Kertas Saja
Organisasi wajib mengamalkan sistem yang bukan sekadar untuk "tunjuk" audit, tapi benar-benar dilaksana setiap hari. Pelaksanaan HIRARC dan aspect & impact perlu jadi sebahagian dari rutin kerja harian — bukan hanya semasa audit. Dari mengenal pasti bahaya (hazard), kesan alam sekitar, hingga mengawal puncanya melalui prosedur yang betul dan terkini. Itulah sebabnya prinsip "Tulis apa yang dibuat, buat apa yang ditulis" amat penting. Bila prosedur jelas, tindakan jadi selamat. Bila pekerja tahu peranannya, mereka tak perlu tunggu arahan baru nak bertindak. "Faham kerja, baru mula kerja" — itulah kunci pencegahan.

Ilmu Lindungi Nyawa – Pekerja Berilmu, Organisasi Terjaga
Latihan dan kesedaran bukan sekadar untuk audit, tapi untuk keselamatan sebenar. Bila pekerja faham apa itu risiko, bila mereka kenal impak kerja mereka terhadap alam sekitar, dan tahu guna PPE yang betul — maka risiko kecederaan, pencemaran dan salah laku dapat dielakkan. Kepatuhan terhadap akta bermula dengan pemahaman kerja yang betul. Barulah pekerja bukan saja melindungi diri, malah rakan sekerja dan komuniti. Budaya ini tak lahir dari poster keselamatan semata, tapi dari sistem kerja yang sentiasa ditambah baik, dari segi langkah pencegahan, prosedur, dan pelaporan — agar sentiasa segar dan relevan.

Mulakan hari ini.
Kami sedia bantu anda membina sistem yang hidup — bukan rumit, tapi mudah dilaksana, patuh undang-undang, dan berkesan untuk semua.

Photo – Sesi Consultation dengan sebuah Syarikat Construction.




Muar. Bila Internal Auditor yang baru dilantik masuk ke dalam bilik latihan pada hari pertama, ramai yang nampak risau d...
05/07/2025

Muar. Bila Internal Auditor yang baru dilantik masuk ke dalam bilik latihan pada hari pertama, ramai yang nampak risau dan teragak-agak. Ada yang bisik, “Harap boleh faham.” Istilah seperti "clause changes", "risk-based thinking", dan "climate integration" nampak macam susah dan teknikal. Tapi mereka tak tahu — dalam masa tiga hari saja, semuanya akan jadi mudah, jelas, dan penuh semangat!

Masuk hari kedua, suasana dah berubah. Melalui aktiviti berkump**an, latihan senario sebenar, dan contoh dari industri sebenar, mereka mula faham dengan mudah. ISO 9001 bukan lagi satu dokumen tebal yang memeningkan kepala — tapi satu sistem yang sangat logik dan boleh dibuat secara praktikal. Seorang peserta senyum lebar dan kata, “Baru sekarang saya faham... oh rupanya macam ni je Internal Audit yang betul!” Mereka mula yakin, mula nampak hubungan antara proses, risiko, dan tindakan yang patut diambil.

Hari ketiga memang luar biasa. Waktu buat simulasi Internal Audit, peserta terus ambil peranan dengan yakin. Tak perlukan skrip, tak perlu berlakon pun — mereka terus tahu nak tanya apa, nak semak apa, dan macam mana nak catat bukti dengan betul. Ada yang teruja sampai cakap, “Wow! Senangnya buat audit macam ni rupanya!” dan seorang lagi terus angguk, “Okay... sekarang aku boleh buat sendiri. Tak takut dah!” Suasana penuh semangat dan berkeyakinan.

Tapi yang paling ‘power’ — bila mereka mula faham cara nak cipta, laksana dan dokumentasi Internal Audit secara teratur dan mudah, dengan bantuan Kecerdasan Buatan (AI). Ramai yang tak sangka AI boleh bantu hasilkan template checklist, cadangkan soalan audit untuk pelbagai sudut, ujudkan soalan berbentu Risk-based thinking, relate climate change issues, dan siap bantu tulis laporan automatik. Seorang peserta bersuara, “Wah! Guna AI ni kerja audit jadi cepat gila!” Yang lain tambah, “Sekarang aku tahu cara buat audit, dokumentasi pun boleh siap cepat dan tepat!” Inilah hasil latihan yang bukan saja mudah difahami, tapi juga beri semangat dan keyakinan sebenar kepada peserta!




[Perkongsian]Apa itu KAIZEN?Kaizen adalah satu cara berfikir dan bertindak untuk membuat penambahbaikan secara berterusa...
25/06/2025

[Perkongsian]

Apa itu KAIZEN?
Kaizen adalah satu cara berfikir dan bertindak untuk membuat penambahbaikan secara berterusan dalam kerja harian — sedikit demi sedikit, tetapi berterusan.
KAIZEN bermaksud "Ubah kepada yang lebih baik”.

KAIZEN dalam kehidupan harian.
Ia adalah satu gaya hidup, bermaksud: “buat penambahbaikan kecil, setiap hari, secara berterusan.” “Hari ini lebih baik dari semalam. Esok lebih baik dari hari ini.”
Contohnya;
1. Mengurangkan pembaziran - kita belajar buang perkara yang sia-sia seperti buang masa, tenaga atau duit tanpa hasil.
2. Mancapai matlamat hidup - kita buat perubahan kecil setiap hari, lama-lama kita capai matlamat besar tanpa sedar.
3. Memupuk sikap positif - KAIZEN latih kita untuk sentiasa fikir “apa yang boleh saya perbaiki hari ini?”

KAIZEN dalam Organisasi.
Penambahbaikan berterusan secara berkump**an dan berperingkat kecil, melibatkan semua peringkat pekerja — dari pekerja bawahan hingga pengurusan atasan.
Contohnya:
1. Meningkatkan Produktiviti – KAIZEN bantu kenal pasti dan buang pembaziran dalam proses, contohnya masa menunggu, Gerakan berulang, lebihan inventori.
2. Mengurangkan Kos Operasi – Dengan penambahbaikan kecil secara konsisten, organisasi boleh jimatkan tenaga, bahan dan masa.
3. Mempercepatkan masa bertindak balas – kurangkan masa proses atau lead time melalui susunan kerja yang lebih efisien
4. Menydiakan asas kepada inovasi lebih besar – KAIZEN kecil yang konsisten melahirkan idea besar untuk inovasi jangka panjang.

Photo: LEAN / KAIZEN Training di Shah Alam.





Melaka 12-June-2025. Alhamdulillah selesai perkongsian perlaksanaan ISO 9001 & ISO 14001 Amendment 2024 Climate Change d...
19/06/2025

Melaka 12-June-2025. Alhamdulillah selesai perkongsian perlaksanaan ISO 9001 & ISO 14001 Amendment 2024 Climate Change dan Internal Audit dengan bantuan AI, selama 2 hari. Moga bermanafaat, dapat jalankan Internal Audit lebih sistematik dan lebih efficient. Jutaan terima kasih kepada FAB Training & Consultancy, Best Training Provider Enterprise, rakan kolaborasi yang memudahkan segala usuran serta KY.
Selesai perkongsian penggunaan AI dalam Internal Auditing process, Terdengar, “Wow” luahan peserta yang baru 3 bulan bekerja (fresh graduate). Beliau, sekarang lebih yakin menjadi Internal Auditor walaupun kurang pengalaman, tetapi menguasai process pengauditan dengan penggunaan AI.
AI bukan menggantikan auditor manusia, tetapi menjadi alat sokongan pintar untuk membantu auditor membuat keputusan dengan lebih tepat, cepat dan berdasarkan data yang kukuh.




Alhamdulillah selesai perkongsian perlaksanaan ISO 14001 & ISO 45001 Internal Audit dengan bantuan AI.  Moga bermanfaat,...
27/05/2025

Alhamdulillah selesai perkongsian perlaksanaan ISO 14001 & ISO 45001 Internal Audit dengan bantuan AI. Moga bermanfaat, mudahkan urusan serta lebih efficient.
Terima kasih kepada FAB Training & Consultancy, rakan kolaborasi yang memudahkan segala urusan.

29/01/2025

Address

No 77 Jalan Selasih 2
Pasir Gudang
81700

Telephone

+60197692589

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ISO Training Johor Bahru posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to ISO Training Johor Bahru:

Share