26/04/2023
Aurat Wanita di dalam Solat:
Aurat wanita di dalam solat adalah keseluruhan dirinya kecuali wajah dan kedua tapak tangan. Para fuqaha' khilaf dalam masalah kedua tapak kaki. Dan pendapat yang paling tepat adalah sebagaimana dipegang oleh jumhur ulama' bahawa kedua tapak kaki wanita adalah aurat.
-————-
Ini berdasarkan Hadis Ummu Salamah RA, bahawa beliau telah bertanya kepada baginda SAW:
وَعَنْ أُمِّ سَلَمَةَ - رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهَا- ; أَنَّهَا سَأَلَتْ اَلنَّبِيِّ - صلى الله عليه وسلم -{ أَتُصَلِّي اَلْمَرْأَةُ فِي دِرْعٍ وَخِمَارٍ , بِغَيْرِ إِزَارٍ ? قَالَ : "إِذَا كَانَ اَلدِّرْعُ سَابِغًا يُغَطِّي ظُهُورَ قَدَمَيْهَا } أَخْرَجَهُ أَبُو دَاوُدَ وَصَحَّحَ اَلْأَئِمَّةُ وَقْفَهُ ...
Mafhumnya:
Adakah (boleh) wanita solat dengan memakai jubah dan tudung tanpa kain sarung?
Baginda bersabda: "(Boleh) Apabila jubahnya labuh dan menutupi kedua tapak kakinya."
Hadis riwayat Abu Daud.
-————-
Manakala aurat lelaki p**a antara pusat dan lutut.
-————-
Aurat sangatlah ditekankan oleh Islam, hal ini kerana menurut Ulama mazhab Syafie apabila tersingkapnya aurat, solat akan terbatal.
Al-Imam An-Nawawi RHM berkata: Sekiranya tersingkap aurat orang yang sedang solat, maka tidak sah solatnya sama ada terdedah banyak mahupun sedikit sahaja. Hatta bahagian paling bawah badan sekalipun (iaitu tapak kaki), apabila ia tidak ditutup (maka tetap tidak sah solatnya).
WaLlahua'lam.