Setiausaha Syarikat di Kulim & Penang

  • Home
  • Setiausaha Syarikat di Kulim & Penang

Setiausaha Syarikat di Kulim & Penang Pendaftaran Sdn. Bhd, Perundingan Syarikat, Lesen M*F dan lain lain. SSM No: 201804045289(1307319-A) Khidmat nasihat korporat dan rundingan perniagaan anda.

Kami menawarkan perkhidmatan pendaftaran syarikat Sdn Bhd dengan SSM melalui Setiausaha Syarikat bertauliah.

26/10/2019

Seksyen 245, Akta Syarikat 2016:
- Wajib simpan rekod transaksi kewangan syarikat selama 7 tahun.
- Membuat catatan rekod kewangan dalam tempoh 60 hari dari tarikh sesuatu transaksi.

Jika sabit kesalahan, denda tidak melebihi RM500,000.00 atau penjara tidak lebih 3tahun atau kedua-duanya.

15/10/2018

Jenis Saham yang Shareholders/members patut tahu.

Saham adalah tuntutan ke atas pemilikan atau kepentingan syarikat dalam aset kewangan. Saham biasanya dibahagikan kepada dua jenis, dikenali sebagai saham biasa (ordinary shares) dan saham keutamaan(prefered shares). Saham biasa dan Saham keutamaan dibezakan antara satu sama lain berdasarkan manfaat, hak dan ciri yang mereka tawarkan kepada pemegang saham tersebut.
1. Saham biasa : Ada hak mengundi dalam membuat keputusan penting dalam syarikat. Mereka yg memiliki saham ini hanya akan mendapat dividen selepas pembayaran dividen kepada pemilik saham keutamaan. menghadapi pembubaran, pemegang saham biasa akan menjadi yang terakhir menerima bahagian dana mereka, selepas pemiutang dan pemegang saham keutamaan dibayar.
2. Saham keutamaan : Saham keutamaan mengandungi ciri ekuiti dan hutang kerana pembayaran dividen kepada pemegang saham keutamaan ditetapkan. Jenis saham keutamaan termasuk saham keutamaan kumulatif & tidak kumulatif. keutamaan dividen diberi kepada pemilik saham ini dahulu. Dividen adalah tetap dan mempunyai tuntutan pertama ke atas aset dan pendapatan.

Ingin tahu lebih lanjut boleh ja roger kita sembang2 PERCUMA 0124478795.


Apabila tertubuhnya sebuah syarikat Sdn Bhd, pengagihan saham adalah penting sekiranya syarikat mempunyai dua atau lebih...
10/10/2018

Apabila tertubuhnya sebuah syarikat Sdn Bhd, pengagihan saham adalah penting sekiranya syarikat mempunyai dua atau lebih pemilik. Saham ini adalah saham 'milikan'. Bermaksud, sesiapa yang ada saham maka dia ada hak ke atas syarikat tersebut.

Saham itu ialah satu alat, dimana perlu menggunakannya dengan betul supaya kita tidak terperangkap dalam jerat sendiri.

1) Tanda Perkongsian
Tujuan paling utama adalah sebagai 'tanda' bahawa kita mengakui bahawa individu/syarikat itu adalah rakan kongsi kita. Saham ialah tanda yang paling jelas dalam perkara ini.
Kerana pemberian sebahagian saham ibarat kita memberi sebahagian syarikat kepada beliau. Itulah yang dimaksudkan 'berkongsi', jika ada yang ajak jom partner untuk projek tertentu,tanpa pembahagian saham..itu sembang kosong saja,jangan terpedaya.

Saham ialah 'tanda' perkongsian syarikat. Bila sebut kongsi bukan setakat kongsi untung sahaja,malah segala privilage, pahit maung, beban dan kerugian juga akan dikongsi bersama.

Tanpa saham, tiada istilah perkongsian/ partner.

2) Syarat Suntikan Modal
Satu lagi kegunaan saham adalah sebagai senjata di atas meja rundingan.

Apabila kita sebagai pemilik bijak membahagi-bahagikan saham, kita boleh mengekalkan kuasa semasa berunding dengan pihak pemodal.

Ini adalah kelebihan besar khusus pada fasa startup dan systemize.

Pada fasa tersebut, kita s**ar untuk mendapatkan fasiliti pinjaman daripada bank. Maka, salah satu caranya adalah kita mendapatkan suntikan dana daripada pemodal luar.

Kebiasaannya, pemodal s**a untuk memiliki sebahagian saham sebagai salah satu syarat memberi modal.

Jadi, jika kita sebagai pemilik sudah kekeringan pegangan saham, kita tidak akan berjaya berunding. Maka syarikat kita tidak boleh menerima suntikan modal dari luar untuk memesatkan perkembangan.

Tapi awas..syarikat sdn bhd tidak boleh menjual sahamnya secara terbuka/public. Ramai yang keliru menggunakan title sdn bhd untuk menjual saham secara bebas dan terbuka dengan mengambil duit2 orang awam. CTH: skim cepat kaya dan sebagainya.

Jika nak tahu prosedur saham yang lebih terperinci sila rujuk kepada setiausaha anda. Nak kopi2 dengan saya sambil sembang business?jom set temujanji 0124478795. PERCUMA 😱

Pengarah vs pemegang saham-PENGARAH (DIRECTOR)mereka yg dilantik oleh pemegang saham dalam menjalankan urusan-urusan sya...
04/10/2018

Pengarah vs pemegang saham
-PENGARAH (DIRECTOR)
mereka yg dilantik oleh pemegang saham dalam menjalankan urusan-urusan syarikat.tidak semestinya pengarah mempunyai saham dalam syarikat. Pengarah dibayar gaji.
-PEMEGANG SAHAM (SHAREHOLDER)
Merupakan pemilik sebenar syarikat tersebut, mempunyai kuasa menentukan arah tuju Syarikat. Memastikan pengarah yg dilantik menjalankan tugas mereka dgn baik. Pemegang saham dibayar dividen.

Untuk penjelasan yg lebih terperinci,boleh terus call@wassup saya 0124478795. Consultation FREE saja 😘


Jenis-jenis Pengarah (Director)1)Pengarah Urusan – Managing Director-merupakan Pengarah yang memiliki kuasa yang luas ba...
28/09/2018

Jenis-jenis Pengarah (Director)
1)Pengarah Urusan – Managing Director
-merupakan Pengarah yang memiliki kuasa yang luas bagi menentukan operasi dan pelaksanaan Syarikat.

2) Pengarah Bayangan – Shadow Director
- Beliau tidak menjawat jawatan Pengarah dalam Syarikat tetapi ‘Pengarah Bayangan’ merupakan orang yang memberikan segala arahan dan rancangan yang akan dilakukan oleh Pengarah Syarikat.

3) Pengarah Eksekutif atau Bukan Eksekutif – Executive or Non-Executive
- Seorang Pengarah Eksekutif biasanya dilantik daripada kalangan pengarah-pengarah dan memegang jawatan bergaji dengan syarikat. Sesetengah syarikat melantik kakitangan eksekutifnya daripada kump**an pengurusan atasan menjadi pengarah, di samping menjawat jawatan Pengarah Eksekutif.
- Pengarah Bukan Eksekutif p**a biasanya tidak terlibat dengan urusan harian syarikat, tetapi beliau bertanggungjawab bersam-sama dengan pengarah-pengarah lain dalam merangka dan melaksanakan polisi syarikat. Pengarah Bukan Eksekutif mempunyai hak dan menanggung liabiliti yang sama seperti pengarah-pengarah lain walaupun tidak memegang jawatan bergaji dan tidak terlibat dalam urusan harian syarikat.

4) Pengarah Bersekutu
- Biasanya dipilih daripada kalangan eksekutif dalam kump**an pengurusan atasan.Pemilihan tersebut bertujuan untuk bertindak sebagai pelapis kepada pengarah-pengarah yang ada dan dilatih sebagai persediaan menganggotai lembaga pengarah di masa hadapan. tidak boleh memegang syer & tidak mempunyai hak untuk hadir dan mengundi pada mana-mana mesyuarat pengarah-pengarah melainkan jika dijemput dan dengan kebenaran pengarah-pengarah."

5) Pengarah Gilir atau Ganti
- Pengarah gilir atau ganti hanya boleh dilantik jika terdapat kuasa untuk berbuat demikian dalam Perkara-perkara Persatuan Syarikat.

Boleh Ka perniagaan milikan tunggal (enterprise) di convert ke SDN BHD ?Saya sering diajukan soalan begini oleh ramai us...
07/09/2018

Boleh Ka perniagaan milikan tunggal (enterprise) di convert ke SDN BHD ?
Saya sering diajukan soalan begini oleh ramai usahawan. Untuk pengetahuan anda milikan tunggal & sdn bhd adalah 2 entiti perniagaan yg berbeza.maka jika anda bermula dgn milikan tunggal, kemudian mahu tukar ke sdn bhd ia lebih tepat di sebut upgrade atau yg paling tepat memulakan syarikat baru.kerana bukan semua yg dari milikan tunggal anda boleh bawa ke sdn bhd..cth: Nama yg Sama sebijik2..seketoi2 nk add SDN BHD (new act 2016), no akaun bank semasa milikan tunggal& lesen2 lain seperti lesen premis, lesen m*f, lesen dari kementerian lain2 (jika Ada yg boleh memerlukan proses&masa). Jadinya macam mana?sabar..ada step step yg perlu diikuti anda kena la start satu2 xboleh terus zasss semua nak tukar sekelip Mata kan.segala aset,modal,brg2 perkakas,staff Dan lain2 lagi boleh dibawa masuk ke SDN BHD jgn risau.bila anda dah buka SDN BHD yg baru..anda boleh memilih utk terus menutup milikan tunggal @ teruskan perniagaan tersebut bersama2 syarikat SDN BHD yg baru..tiada masalah. Dalam syarikat SDN BHD anda Akan mempunyai 2 org pembantu yg boleh beri nasihat persyarikatan iaitu setiausaha syarikat & Juruakaun. Jika anda masih keliru dan perlu rundingan lanjut jgn malu2 nak wassup@call 0124478795 (wani).Kita boleh set appointment date untuk bincang semua persoalan anda.

Semua pemilik SDN BHD ambil perhatian..jika masih ada tunggakan kompoun..inilah waktu yg terbaik ambil peluang jelaskan ...
06/09/2018

Semua pemilik SDN BHD ambil perhatian..jika masih ada tunggakan kompoun..inilah waktu yg terbaik ambil peluang jelaskan segera agar Nama anda tidak disenarai hitam SSM. Maklumat lanjut boleh hubungi setiausaha syarikat anda 🤗

31/08/2018
Mohon perhatian tuan director. Fye 31/12/2017
30/07/2018

Mohon perhatian tuan director. Fye 31/12/2017

Address

Tmn Kemuning,Kulim & Bdr Perda, Penang

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Setiausaha Syarikat di Kulim & Penang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Setiausaha Syarikat di Kulim & Penang:

  • Want your business to be the top-listed Business?

Share