Safiyya Bouquet

Safiyya Bouquet surprise delivery
bouquet

20/07/2025

Nak pandu kereta dengan selamat, kena belajar...

Bila belajar, ada buku manualnya...
Ada cikgunya...ada yang tukang nilai lulus kah atau sebaliknya...

Supaya kita tahu peraturan di atas jalan...
Supaya kita jaga keselamatan...
Supaya kita boleh memandu dengan baik...

Sungguhpun begitu, malang tak berbau...
Walau cermat macam mana pun, kalau ada pemandu lain yang cuai, atau keadaan jalan yang membuat kita tergelincir, akan berlaku kemalangan...

Itu perkara dunia, nak selamat dalam perjalanan dunia...

Namun, bila nak menempuh perkara agama, kita tak mahu belajar...kitab panduan pun takda...tidak mahu berguru malahan membaca sendiri...tengok video sekerat-kerat...

Kadang-kadang lompong, macam chipsmore...kejap belajar kejap tak...kitab dan nota ada tak untuk mencatat?

Luluskah?

Kita akan rasa kita betul sokmo, bila tiada panduan ilmu...panduan guru, panduan sahabat yang lebih tahu...
Terlebih penting panduan ulamak muktabar...semestinya dari sumber Al-Quran dan hadis...

Adakala kita tergelincir, tersalah...tapi lebih mudah untuk kembali bila ada bekal ilmu...bila tersilap, cepat-cepat bangkit kembali...

Perkara dunia kemain kita sanggup bayar mahal dan labur masa untuk berjaya...tapi perkara akhirat kita pandang lekeh?

Peraturan jalan nak bagi selamat atas jalan di dunia...
Peraturan hukum-hakam agama untuk selamat perjalanan akhirat kita bagaimana p**a?

Adakah gerak-geri kita dengan ilmu syariat?

Mengikut hukum-hakam yang sudah ditentukan oleh Allah Azza wa Jalla?

Kita sendiri sajalah yang tahu diri kita bagaimana...
Sampai bila mahu begitu...

Takda siapa kata istiqomah dalam ilmu dan amal itu mudah...
Pasti ada ujian masing-masing...
Jalanan masing-masing...

Allahul musta'an ๐ŸŒนโ™ฅ๏ธ

09/07/2025

๐Ÿ’š MUTIARA PAGI ๐Ÿ’š

Saat menoleh kebelakang, kita akan nampak banyaknya pengalaman yang telah kita lalui. Saat melihat ke sisi, kita akan nampak siapa yang sentiasa bersama kita dalam perjalanan ini. Saat melihat ke atas, kita sedar ada Allah yang sentiasa mengajar kita untuk sabar dan redha. Saat memandang ke bawah, kita sedar di bumi mana kita berpijak dan tanah mana kita bersujud. Ini membuatkan kita lebih banyak bersyukur.

โ€Ya ุงู„ู„ู‡, ampunilah dosa-dosa kami, ibu ayah kami, pasangan hidup kami, ahli keluarga kami serta murahkan rezeki kami, berilah kesihatan yang baik kepada kami, lanjutkan usia kami dan kuatkanlah iman kami, tetapkanlah hati kami atas agamaMu, kasihanilah ibu ayah kami sebagaimana mereka mengasihani kami sejak kami kecil.

23/11/2024

Dulu saya tak faham kenapa Allah suruh Solat subuh. Waktu tu waktu orang tidur. Saya memang duk fikir soalan ni dari dulu lagi.

Then when i got into personal development, saya study orang-orang berjaya dan berpengaruh dalam dunia, saya dapati mereka semua ada satu persamaan. Orang yang bangun sebelum Subuh, mereka bagi impak besar pada dunia sekeliling dia.

Tak kira dia jahat atau baik, pasti dia jenis orang yang bagi impak pada dunia sekeliling dia. Even Adolf Hi**er yang jahat tu pun bangun awal pagi.

Kenapa?

Orang yang berjaya bangun awal ni mereka adalah Over achievers.

Tapi tuan, saya pun bangun sebelum Subuh, bersiap-siap, sebelum subuh lagi saya dah drive pergi kerja.

No, thats a different kind of story. Saya tak cakap pasal yang bangun sebab terpaksa gi kerja awal, elak jam. Bangun p**ak kalut-kalut bersiap. Itu dah Vibrates at desperation dah. Cerita lain.

Ini yang saya maksudkan ialah orang yang bangun awal jam 4am-5am kerana memang pilihan mereka. Mereka bangun, dan mereka ambil masa untuk duduk dengan diri mereka sendiri.

Ini 5 SEBAB ANDA KENA BANGUN AWAL PAGI:

1. MIND OVER MATTERS:

Orang yang bangun awal, mereka berjaya mengawal minda mereka melawan segala alasan dan pengaruh luar. Minda kita seperti otot, lebih banyak kita latih, lebih kuat dia jadi.

Jadi, orang yang setiap hari bangun awal, dia sedang melatih untuk take charge dan mempunyai sepenuhnya kawalan terhadap minda mereka. You start to control your mind, you start to control your life.

2. MORE PRODUCTIVITY:

Bila kita dah bangun 2, 3 jam awal dari orang lain, kita ada banyak masa untuk buat planning, buat Mental rehearsal, persiapkan mind, body and soul kita untuk hadapi hari yang penuh productivity nanti.

Orang-orang Spartan ada satu pepatah โ€œ He who sweats more in Training, bleeds less in War. โ€

Meaning if you go out in battle well prepared, you will achieve more.

3. STRENGTHEN WILL POWER:

Antara kunci Kejayaan dalam hidup ialah keazaman atau will power. Orang yang mampu bangun awal pagi, mereka melatih diri mereka untuk mempunyai keazaman yang sangat tinggi.

Bukan senang tau nak tolak selimut waktu pagi ni. Sebab tu orang yang kuat ialah orang yang mampu bangun Subuh berjamaah!

Sebab tu Nabi kata 2 rakaat sebelum Subuh lebih bernilai dari dunia dan seisi nya. The fact that kita mampu bangun sebelum subuh setiap hari menandakan kita mempunyai very high will power.

4. START WITH VICTORY:

Bila kita bangun sebelum Subuh sebenarnya kita sedang mulakan hari dengan kejayaan Besar! Sepanjang hari kita mengalami internal battle dengan diri kita sendiri.

Menang di waktu awal pagi akan bawa kita pada kemenangan demi kemenangan sepanjang hari.

5. PEACEFUL:

Waktu sebelum subuh adalah waktu yang paling tenang, paling tidak ada distractions. So, waktu tu lah kita nak practice untuk jadi orang yang sentiasa bertenang.

Robin Sharma kata, โ€œ Achieve more while the world is still sleeping. โ€

Orang lain tengah tidur, kita dah capai macam-macam.

So, kalau anda nak hidup anda improves, nak jadi Top Performers, nak jadi Over Achievers, nak jadi Best of the Best. Start bangun awal mulai harini!

Trust me, cuma ubah waktu anda bangun pagi, cara anda bangun pagi, anda akan jadi orang yang sangat powerful dan berpengaruh. Percaya tak? Kena percaya!

โ€œ The body Achieves what the mind believes. โ€

Selamat memulakan pagi anda dengan KEKUATAN!

Dapat sesuatu?

Moga Bermanfaat.

Credit : Afnan Rosli very gud sharing tuan. ๐Ÿ˜Š

Tahniah sahabat semua yang bangun Awal ๐Ÿ˜Šโค๏ธ

30/07/2024

Orang yg paling rugi ialah orang yang masa sihatnya;
1. Tak mahu belajar ilmu fardhu 'ain.
2. Tak mahu bayar segala hutang yg wajib pada Allah.

17/06/2024

CARA MENYIMPAN DAGING KORBAN YANG BETUL
๐Ÿ“JANGAN CUCI DAGING KORBAN SEBELUM DISIMPAN
Jika dicuci guna air paip, kuman-kuman boleh masuk dan tinggal di dalam daging. Itu akan merosakan kualiti daging. Mencuci hanya dibuat bila daging berkenaan hendak dimasak.
๐Ÿ“JANGAN SIMPAN DAGING DALAM KUANTITI YANG BANYAK DI DALAM FREZER
Jika dapat daging banyak, jangan simpan daging keseluruhan 2-4 kg di dalam freezer. Cara yang betul ialah dengan memotong daging berukuran lebih kecil, kemudian simpan di dalam plastik-plastik berukuran 1/2 kg atau 1 kg.
Jika hendak masak, ambil satu plastik yang kecil sahaja, biarkan yang lain tetap beku di dalam freezer. InsyaAllah daging dalam keadaan beku dapat disimpan lebih 1 tahun.
๐Ÿ“JANGAN TERUS SIMPAN DAGING DI DALAM RUANG SEJUK BEKU/FREEZER.
Sebelum disimpan di freezer, simpan daging terlebih dahulu di dalam peti ais ruang biasa selama 4-5 jam. Setelah daging itu sejuk, baru dimasukkan ke dalam kompartmen sejuk beku/freezer.
๐Ÿ“JANGAN CAIRKAN DAGING BEKU DENGAN MENGUNAKAN AIR PANAS
Jika hendak memasak daging beku, jangan mencairkan daging yang beku menggunakan air panas.
Cara yang betul adalah meletakkan daging beku di bawah air paip suhu normal (dalam keadaan daging masih terbungkus rapat dalam plastik).
Setelah daging kembali empuk, buka plastik, cuci daging hingga bersih, toskan, dan daging sedia untuk dimasak.
๐Ÿ“Tips tambahan
Jangan memakai plastik warna hitam kerana plastik warna hitam itu adalah hasil recycle. Ia mengandungi karsinogen yang dapat mengaktifkan sel kanser . Gunalah sarung plastik putih atau plastik lutsinar ber-seal....!!!
Baarakallah
Semoga memberi manfaat

16/06/2024

Assalamu'alaikum wrwb, perkongsian doa arafah
PERHATIAN!!
Waktu Doa Mustajab Hari Arafah

BERMULA
Masuk Waktu Zuhur hingga Waktu Maghrib pada Hari Arafah.

WAKTU ARAB SAUDI
9 Zulhijjah - AHAD - 16 Jun 2024
Zuhur ๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡ฆ 12:22pm
Maghrib ๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡ฆ 7:04pm

WAKTU MALAYSIA
9 Zulhijjah - AHAD - 16 Jun 2024
Waktu ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ 5:22pm
Waktu ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ 12:04am

Bagi yang berada di Malaysia ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ,
Puasa pada Hari SABTU di kira puasa hari Tarwiyah manakala
*Puasa pada hari AHAD 16/6/2024
(9 Zulhijjah 1445H) dikira Puasa Arafah.*

DOA YANG TERBAIK PADA HARI ARAFAH OLEH JAKIM
KREDIT : JAKIM
1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar โ€“ selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus

2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman, yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).

4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

7. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi

10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.

13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).

14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu

15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.

17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.

22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..

28. Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.

31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.



SUMBER DARI :- JAKIM



Semoga Bermanfaat & Selamat Beramal

Terima Kasih Semua.....

14/06/2024

SATU KEMATIAN DLM KEADAAN LEKA - DLM KEADAAN TIDAK BERSEDIA.

Rancanglah kematian kamu dgn penuh bekalan utk perjalanan yg jauh.

Tolong baca sampai habis... Credit utk penulis ๐Ÿ‘‡... Tak tau siapa yg tulis.....tp sgt tersentuh...

sekadar perkongsian & peringatan utk diri sendiri jugak...

Assalamualaikum....

Sibuk kejar kehidupan dunia?
wang berguni pun x cukup!
Kerja sepenuh masa.
Rindu orang itu, orang ini.
Cemburu orang itu dengan orang ini. dengki hati jadi mainan

Lewat bangun solat subuh, tapi lebih risau lewat nak pergi keje. Tak risau sangat solat lambat. Balik rumah dah lewat, solat asar ke mana, solat maghrib ke mana.

Perut lapar, cari makanan. Duit takde, pergi bank. Rasa tak tenang, ada benda tak kena, pakai earphone, dengar lagu apa-apa. Duduk di kawasan lapang, tenangkan fikiran. Al Quran tak bersentuh, masjid tak jejak.

Benda sama lagi dibuat. Sambil online, tiba-tiba terbaca satu tweet,
"Buat apa pun, jangan lupa, Allah nampak semuanya. Malaikat mencatat."
Tanpa rasa tersentuh, hati mula kata, "Benda dah selalu diingatkan.

Aku tahulah Allah tu Maha Melihat. Malaikat tu sentiasa mencatat."
Teruskan dengar p**a lagu Mr Saxobeat, online lagi. Main game.
Tanpa rasa diperhatikan, sebenarnya malaikat maut daripada pagi duk pandang kita.

Terbangun solat subuh lewat, Allah tahu. Malaikat kiri kanan tahu. Malaikat maut pun tahu.
Sambung dengar lagu Starships p**a. Sibuk-sibuk dengar, mulut pun ikut sekali menyanyi.

Baca Al Quran? Ala nanti-nanti boleh.
Malaikat maut menjengah lagi.
Tiba-tiba terdengar azan. Tengah syok online ni. Tengok jam. Awal lagi. Teruskan online dulu, lagi sepuluh minit solatlah. !! sepuluh minit, tengok jam, cipta alasan lain p**a. Sampai dah tinggal lima minit waktu nak habis, baru pulun lari pergi wudhuk, nak solat. Itu Alhamdulillah solat. Yang terus tak solat sebab alasannya dah terlewat? Guane tu?

Malaikat maut ziarah lagi.
Nasib tak nampak je malaikat maut tu. Kalau nampak, confirm masing-masing tak ada masa nak buat benda lagha. Setiap masa pun nak buat baik je.

Baru nak tutup mata, nak tidur. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Ah sudah. Siapa p**ak nak kacau aku ni.
"Nak apa?"
Kasar intonasi. Bengang kononnya ada orang kacau waktu mengantuk macam ni.
"Nak nyawa kamu. Masa kamu di dunia sudah tamat. Wahai anak adam, ini adalah waktu pertemuan kembali antara seorang hamba dengan Pencipta segala ciptaan"
Tergamam.

Ah Macam mana ni. Aku belum sempat baca Quran. Aku dah lama tak solat taubat. Solat aku yang lepas-lepas ni yang aku sengaja tinggal nak buat macam mana.
Mati mana boleh tangguh lagi. Aduh. *tepuk dahi*

Esok dah janji dengan kawan nak main futsal. Dah janji nak mesej awek. Esok kena hantar paper work, deadline. Macam mana ni.
Lalu malaikat maut pun masuk ke dalam bilik.
Dengan muka cuak, cuba merayu mohon ditangguhkan waktu mati. Kita lupa, malaikat maut itu sentiasa memerhati. Tunggu masa nak ambil nyawa.

Selama ni leka dengan dunia. Bila tiba hari kematian, baru yakin yang mati tu bila-bila. Tapi.... semuanya dah terlambat.
Jadi, mulai dari sekarang.

Rancanglah kematian sebaik-baiknya. Nak mati dalam keadaan sudah bertaubat, atau nak mati dalam keadaan sibuk buat maksiat?
Jga aurat wahai shabat2ku... Tepuk dada, tanya iman.

Sbg peringatan utk kita yg sering terleka dgn hal dunia..

13/06/2024

๐Ÿ“ CHECKLIST AMALAN HARI JUMAAT โœ…

๐ŸŒพMemperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah;

ุงู„ู„ู‡ู… ุตูŽู„ูŒู ุนูŽู„ูฐู‰ ุณูŽูŠู‘ูุฏู†ููŽุง ู…ููŽุญูŽู…ู‘ูŽุฏู ุนูŽุจู’ุฏููƒูŽ ูˆูŽู†ูุจููŠู‘ููƒูŽ ูˆูŽุฑูŽุณููˆู„ููƒูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ู ุงู„ุฃูู…ู‘ููŠู‘ู ูˆูŽุนูŽู„ูฐู‰ ุขู„ูู‡ู ูˆุตูŽุญู’ุจูู‡ู ูˆุณูŽู„ู‘ู…

๐ŸŒพ Membaca Surah Al-Kahfi

๐ŸŒพ Mandi sunat hari jumaat bagi mereka yang akan menunaikan solat jumaat

๐ŸŒพ Memperbanyakkan berdoa di sepanjang hari jumaat

๐ŸŒพ Memperbanyakkan membaca Al-Quran

๐ŸŒพ Memperbanyakkan amalan bersedeqah khususnya sebelum solat

๐ŸŒพ Memperbanyakkan amalan sunat

๐ŸŒพ Memotong kuku kaki dan tangan

๐ŸŒพ Memperbanyakkan zikrullah khususnya istighfar

๐ŸŒพ Memakai pakaian sunnah, iaitu berpakaian putih

๐ŸŒพ Memakai wangi-wangian

๐ŸŒพ Hadir awal ke masjid

โ˜˜๏ธ Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari dimana berlakunya hari kiamat

ุงู„ู„ู‹ู‡ูู…ู‘ูŽ ุตูŽู„ู ูˆุณูŽู„ู‘ูู…ู’ ุนูŽู„ูฐู‰ ุณูŽูŠู‘ูุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ู‘ูุฏู ูˆุนูู„ูฐู‰ ุขู„ูู‡ู ูˆูŽุตูŽุญู’ุจูู‡ู ูููŠ ูƒูู„ูู‘ ู„ูŽู…ู’ุญูŽุฉู ูˆู†ูŽููŽุณู ุจูุนูŽุฏูŽุฏู ูƒูู„ู‘ู ู…ูŽุนู’ู„ููˆู…ู ุงู„ู„ู‡

13/06/2024

Ketika menginginkan rezeki, janganlah 'mengejar' rezeki itu.

Tapi sediakan 'taman' agar rezeki itu datang. 'Taman' inilah yang akan menjadi magnet rezeki, dengan izin Allah.

'Taman' rezeki ada 3, iaitu:

1. POSITIVE THINKING, bahawa semuanya akan baik-baik saja pada akhirnya. Berpikir positif.

Misalnya, dengan mengubah sudut pandang dan mengubah penyebutan atas hal-hal yang sering membuat pikiran menjadi rumit.

Hutang diubah menjadi "Amanah", jalan jem diubah menjadi "Penuh"

Dicuba saja, cita rasanya pasti berbeza. Pokoknya berpikir positif dalam setiap keadaan.

2. POSITIVE FEELING, ketenangan jiwa. Ketika jiwa merasa damai, lapang, ikhlas, dalam apa pun keadaan. Positif feeling hanya bisa didapatkan dengan iman, mempercayai bahawa Allah sudah mengatur segalanya sedemikian rupa.

Senantiasa mengingat Allah. Dan hanya dengan mengingat Allah kita bisa merasakan ketenangan jiwa. Ketika kita sepenuh yakin percaya bahwa Allah selalu punya cara, ketika kita sepenuh yakin percaya bahwa Allah Mahakuasa, maka kita akan menemukan ketenangan jiwa.

Tidak perlu mencemaskan banyak hal, berusahalah untuk tetap merasa tenang meski berada dalam kesulitan.

Jangan mengejar harta benda, tapi kejarlah ketenangan jiwa karena itulah kekayaan yang sesungguhnya.

Sebagaimana yang disabdakan Rasulullah SAW.
"Bukanlah kekayaan itu karena banyaknya harta benda, tetapi kekayaan sesungguhnya adalah ketenangan jiwa."

Ketika kita sudah memiliki dan selalu mampu menghadirkan ketenangan jiwa dalam setiap keadaan, maka kita adalah orang kaya yang sesungguhnya.

3. POSITIVE MOTIVATION, motivasi positif dalam setiap hal. Bekerja bukan untuk mencari wang. Tapi untuk membahagiakan keluarga dan beribadah serta mengharap redha Allah.

Ketiga magnet rezeki tersebut harus kita bangun, pelihara, dan perjuangkan. Ketika kita sudah mampu menghadirkannya dalam diri kita, Insya Allah rezeki akan datang seperti air bah.

Kredit Nadiah Azaman Ppk

Address

Pendang

Telephone

0103859899

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Safiyya Bouquet posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share