16/11/2025
Mula-mula dulu saya tak faham banyak benda sebab tu saya cuba macam-macam namun hidup saya masih sama.
Sehinggalah saya mula faham di mana saya patut letakkan tenaga, skill dan strategi.
Saya mula faham kenapa ada orang boleh jadi kaya tanpa aset fizikal. Saya mula faham kenapa ada syarikat kecil tiba-tiba jadi gergasi.
Saya mula faham kenapa perhatian lebih mahal daripada emas.
Ekonomi hari ini memang pelik. Kadang-kadang tak masuk akal. Kadang-kadang seperti dunia ini bergerak dengan hukum yang bukan lagi logik. Tetapi daripada saya mengeluh, lebih baik saya belajar cara main permainan ini.
Kerana orang yang paling cepat faham permainan inilah yang paling cepat bebas.
Dunia moden tidak lagi dinilai berdasarkan benda fizikal.
Cuba tengok dunia crypto.
Bitcoin.
Bitcoin tidak ada pejabat. Tidak ada pekerja. Tidak ada kilang. Tidak ada produk fizikal. Namun nilainya mencecah ratus ribu untuk satu unit hanya kerana manusia bersetuju ia bernilai.
Jika manusia percaya Bitcoin ada masa depan, harganya naik. Jika manusia hilang percaya, harganya jatuh. Nilainya bukan datang dari objek. Nilainya datang dari keyakinan kolektif.
Inilah ekonomi moden.
Pasaran saham pun sama. Tesla pernah hampir bankrap, tetapi saham naik sebab pelabur percaya Elon Musk akan menukar industri.
Nvidia meletup sebelum AI jadi arus utama kerana pasaran percaya masa depan bergantung pada cip mereka. Banyak syarikat IPO tidak untung pun, tetapi tetap bernilai berbilion kerana manusia membeli potensi, bukan realiti.
Saham naik bukan kerana syarikat itu ada apa hari ini. Saham naik kerana manusia percaya apa mereka boleh jadi esok. Nilai tidak wujud pada objek. Nilai wujud pada persepsi manusia terhadap objek. Nilai ialah kepercayaan. Kepercayaan ialah mata wang.
Dan sesiapa yang tak faham peraturan ini mereka akan kekal kecil di dunia yang luas. Dia akan berpusing di tempat yang sama. Dia akan salahkan takdir. Dia akan guna syukur sebagai alasan paling halus untuk menenangkan diri.
Sedangkan masalah sebenar belum tentu pada takdir. Masalah sebenar ialah dia tidak faham permainan dunia moden.
Dan inilah hakikat yang ramai tak sedar. Walaupun kau tidak terlibat dalam saham, tidak pernah beli Bitcoin, tidak pernah sentuh carta pelaburan, pasaran saham sebenarnya membentuk hidup kau setiap hari.
Makanan yang kau makan. Harga barang dapur. Kos hidup bulanan. Gaya hidup yang kau mampu atau tak mampu. Arah ekonomi negara. Cara syarikat melayan pelanggan. Gaji kau. Stress kau. Pilihan kau. Semuanya dipengaruhi oleh pasaran saham tanpa kau sedar.
Makanan yang masuk ke perut kau dibentuk oleh pelabur. Harga ayam naik bukan sebab ayam semakin sedap. Harga sayur naik bukan sebab khasiatnya.
Harga naik sebab peladang ikut harga komoditi global. Pemborong ikut harga minyak dan import. Peruncit ikut margin syarikat besar. Syarikat besar ikut tekanan pemegang saham. Pemegang saham mahu keuntungan setiap suku tahun.
Akhirnya, siapa yang bayar semua itu? Kau.
Seketul ayam yang masuk ke perut kau ditentukan oleh pelabur yang kau tak pernah kenal.
Gaya hidup kau ditentukan oleh logik korporat, bukan logik hidup kau.
Rumah mahal sebab pemaju mahu tunjuk growth. Tol naik sebab operator kejar revenue. Bil elektrik naik sebab syarikat utiliti wajib tunjuk keuntungan kepada pemegang saham. Susu anak naik sebab industri FMCG (Fast Moving Consumer goods) perlu capai target suku tahun. Kau tak beli saham pun, tapi kau bayar semua kesannya.
Kau tak masuk pasaran saham, tapi pasaran saham masuk hidup kau tanpa perlu minta izin kau. Inilah dunia moden.
Sistem ini tidak peduli emosi kau. Dunia ini tidak bergerak atas keadilan. Dunia ini bergerak atas data, keuntungan, persepsi, psikologi pasaran dan keyakinan kolektif. Dan siapa yang faham permainan ini, dialah yang menang.
Yang tak faham akan hidup dalam survival mode. Akan mula menyalahkan nasib. Akan rasa hidup berat. Akan mula guna alasan syukur untuk memujuk diri. Bukan sebab mereka lemah. Tetapi sebab mereka tidak faham sistem dunia moden.
Saya tak nak orang lain hidup dalam gelung yang sama. Saya pernah hidup kosong. Pernah gaji rendah. Pernah gagal. Pernah sesat. Hidup saya berubah hanya selepas saya mula memahami bagaimana dunia ini bergerak. Bukan logik kampung. Bukan logik sekolah. Bukan logik universiti. Tetapi logik sistem moden.
Apa yang saya tahu hari ini tidak didedahkan dengan mendalam oleh mana-mana institusi formal. Sebab itu saya mahu buka semuanya dalam webinar yang saya nak buat ni. Supaya kau tidak perlu ambil masa bertahun-tahun seperti saya. Supaya kau tidak perlu meraba-raba dalam gelap.
Tahniah berjaya baca sampai hujung. Sekarang kau dah faham dan ada kesedaran.
Namun, kesedaran sahaja tak cukup. Kau perlu reprogram mindset lama dan masukkan mindset dan strategi baru untuk bebaskan diri.
Kalau betul tak nak berpusing di tempat yang sama, daftar webinar ini sekarang, sebelum terlepas peluang paling penting sebelum tamat 2025 ini: https://azriwalter.online/BlueprintKaya
Escape or stay a slave?