Nadiah Perunding Zakat

Nadiah Perunding Zakat Kempen Cukai Bulanan Kepada Zakat Bulanan

Bayar Zakat Pendapatan di Saluran yang BetulAnda boleh bayar zakat melalui skim potongan gaji bulanan, atau secara fizik...
09/07/2023

Bayar Zakat Pendapatan di Saluran yang Betul
Anda boleh bayar zakat melalui skim potongan gaji bulanan, atau secara fizikal di cawangan rasmi pusat zakat, kaunter bank atau ATM terpilih, pejabat pos, dan melalui ejen rasmi, Anda juga boleh bayar secara atas talian atau online di laman web rasmi pusat-pusat zakat dan perbankan internet seperti CIMB Clicks.

Apa Itu Zakat Pendapatan?Sebelum itu, mari kita kembali kepada asas dengan memahami definisi serta konsep zakat terlebih...
09/07/2023

Apa Itu Zakat Pendapatan?
Sebelum itu, mari kita kembali kepada asas dengan memahami definisi serta konsep zakat terlebih dahulu.
.
Zakat merupakan sebuah kewajipan dan amalan untuk membersihkan harta anda dengan mengagihkan sebahagian kecil harta anda kepada mereka yang memerlukan.
.
Terdapat dua jenis zakat, iaitu zakat harta dan zakat fitrah. Zakat pendapatan termasuk dalam kategori zakat harta.
.
Syarat-Syarat Zakat Pendapatan
.
Anda perlu menunaikan zakat pendatan jika anda mencukupi syarat-syarat di bawah ini:

zakat
Syarat #1: Beragama Islam
.
Zakat perlu dibayar oleh mereka yang beragama Islam sahaja.

.
zakat
Syarat #2: Merdeka
.
Pengeluar zakat mestilah bebas mencari rezeki yang halal.

.
zakat
Syarat #3: Melepasi Syarat Kadar & Nisab Zakat Pendapatan
.
Nisab zakat pendapatan bersandarkan 85 gram emas dan kadar bayarannya ialah 2.5% daripada jumlah pendapatan.

.
zakat
Syarat #4: Memiliki Harta Sepenuhnya
.
Harta yang dizakatkan mestilah harta milik sendiri dan bukan pinjaman atau milik orang lain.

.
zakat
Syarat #5: Harta Mampu Memberi Pulangan
.
Harta tersebut mestilah boleh dikembangkan dan bukan harta yang susut nilai.

Bagaimana Cara Kira Zakat Pendapatan? .Terdapat dua cara utama pengiraan zakat pendapatan. Anda boleh pilih kaedah yang ...
09/07/2023

Bagaimana Cara Kira Zakat Pendapatan?
.
Terdapat dua cara utama pengiraan zakat pendapatan. Anda boleh pilih kaedah yang sesuai dengan kemampuan.
.
Pengiraan Tanpa Tolakan
.
Cara ini paling senang kerana anda hanya perlu darabkan jumlah pendapatan kasar tahunan anda dengan 2.5%. Jawapan yang anda dapat merupakan jumlah zakat yang perlu dibayar.
.
Pengiraan Dengan Tolakan
.
Buat cara ini, anda boleh menolak jumlah pendapatan kasar tahunan dengan perbelanjaan-perbelanjaan asasi yang dibenarkan. Justeru, jumlah yang perlu anda zakatkan ialah jumlah pendapatan (selepas pelepasan) x 2.5%.
.
Antara pelepasan yang dibenarkan ialah:
Perbelanjaan asas diri dan keluarga
Nafkah isteri
Pemberian kepada ibu bapa
Caruman KWSP
Caruman kepada institusi kewangan dan sebagainya yang membayar zakat bagi pihak pencarum seperti Tabung Haji

Laksanakan Kewajipan, Bayar Zakat Pendapatan Bulanan Anda
09/07/2023

Laksanakan Kewajipan, Bayar Zakat Pendapatan Bulanan Anda

Apakah pengertian Zakat Pendapatan?Zakat Pendapatan ialah zakat yang dikenakan ke atas pendapatan atau perolehan yang di...
09/07/2023

Apakah pengertian Zakat Pendapatan?
Zakat Pendapatan ialah zakat yang dikenakan ke atas pendapatan atau perolehan yang diperolehi seseorang melalui sumber-sumber yang sah dan halal setelah ditolak Had Kifayah. Pendapatan atau perolehan tersebut adalah:
a. Harta Pendapatan, Gaji, dan Upah
Segala pendapatan yang diperoleh seseorang daripada majikannya hasil daripada usaha atau pekerjaan yang dilakukan untuk majikannya sama ada semasa berkhidmat, selepas berkhidmat atau selepas kematiannya (pencen terbitan).
Contoh; Gaji, Upah, Bonus, Pencen, Insentif, Gratuiti, Dan Lain-lain.
b. Harta Hasil Pekerjaan Bebas
Segala pendapatan yang diperoleh seseorang hasil daripada pekerjaan yang dilakukan atas usaha sendiri tanpa ada kaitan dengan pihak lain dalam bentuk kerja bebas atau perkhidmatan professional.
Contoh; Doktor, Peguam, Kontraktor, Komisen, Arkitek, Royalti Hakcipta, Dan Lain-lain.
c. Harta Hasil Aset Tetap
Harta yang tetap induknya tetapi boleh berkembang dengan mendatangkan pendapatan melalui sewaan atau jualan hasilnya.
Contoh; Hasil sewaan rumah, kenderaan, Hasil ladang getah, Hasil ladang sawit, Hasil pertanian selain padi, Hasil ternakan seperti telur, susu, Dan Lain-lain.

Address

16-01 Avenue Crest Jalan Jubli Perak 22/11
Perak
40000

Opening Hours

Monday 10:00 - 17:00
Tuesday 10:00 - 17:00
Wednesday 10:00 - 17:00
Thursday 10:00 - 17:00
Friday 10:00 - 17:00

Telephone

+60148003246

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nadiah Perunding Zakat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Nadiah Perunding Zakat:

Share