Panduan Hibah, Wasiat & Harta Pusaka

Panduan Hibah, Wasiat & Harta Pusaka Panduan Hibah, Wasiat dan Harta Pusaka

04/08/2020

Insurance Takaful Penama = Pemegang Amanah Faraid.. Hibbah Takaful = Hadiah pemunya.. Tlg cek betul2 u olls punya aset. Keliru tny saya.

MAKAN HARTA PUSAKASebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ya’la bin Murrah ra bahawa rasulullah salallahualaihiwassalam bers...
17/07/2020

MAKAN HARTA PUSAKA

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ya’la bin Murrah ra bahawa rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda :

“ Sesiapa yang menzalimi orang lain dengan mengambil tanahnya walau sejengkal maka nescaya Allah akan membuatkan dia menggali tanah tersebut dan dalam riwayat yang lain menyebut : “Tanah itu akan dihadirkan sebanyak tujuh lapis bumi yang dalam lalu dibebankan kepadanya pada hari kiamat sehingga seluruh manusia diadili.” (hadis riwayat Tibrani)

Saya pernah diceritakan oleh seorang wanita. Beliau dan adik beradiknya adalah waris kepada harta peninggalan ayahnya iaitu sebidang tanah.

Selepas ayah meninggal. abangnya telah membuat kolam ikan di atas tanah tersebut. Sehingga ke hari ini tanah pusaka tersebut tidak dibahagikan kepada waris-waris.

Inilah dinamakan makan harta faraid tanpa sedar dan mengambil hak orang lain.

Haram makan hak pusaka orang lain walaupun adik beradik anda sendiri.

Selagi harta pusaka tidak dibahagikan atau diselesaikan dengan waris, selagi waris lain tidak meredhoinya, maka apa yang diambil manfaat atas tanah pusaka itu menjadi haram.

Moga Allah jauhkan kita semua dari hasil makan yang haram.

Moga ada manfaat.

Nota: kepada pemilik cerita, terima kasih atas perkongsian.

REALITI YANG TERPAKSA DITERIMA! Ini yang sering kali saya tekankan tentang HUTANG, harta yang ditinggalkan ada sumber ya...
29/06/2020

REALITI YANG TERPAKSA DITERIMA!

Ini yang sering kali saya tekankan tentang HUTANG, harta yang ditinggalkan ada sumber yang cukup untuk dilangsaikan.. Siapa yg nk selesai kan?

Credit sharing dari

Yang beli RUMAH sila baca‼️‼️atau yg planning nak beli rumah amik tahu yaaa...

[Claim MRTT RM600,000 decline😱] 😢😢

Terima panggilan dari rakan sekerja bercerita tentang tuntutan MRTT atas permergian suami awal Jan 2020 hari tu.

Dapat je call, terus dengar dia sedih, hari nie ambil cuti untuk uruskan appeal untuk MRTT sebab application yang dia buat Jan haritu DECLINED😢

Mana tak sedih,

Dah la kehilangan suami tercinta secara tiba-tiba,

Sakit on 30 Dec 2019,

Masuk ICU 1 Jan 2020,

Meninggal on 14 Jan 2020,

Start hari tu,

Semua dia uruskan, semua hal anak dan tuntutan sendirian,

rumah bernilai RM1.2juta, bulanan dalam RM6,000 yang terpaksa ditanggung seorang diri selama 6 bulan ni..

Dengan harapan insurance rumah dapat dengan cepat supaya boleh rujuk dengan bank untuk pengurangan bayaran bulanan rumah..

Tiba-tiba..

20 June 2020, Dapat surat dari bank..

“MRTT decline due to undeclared existing illness”

Hakikatnya Suami meninggal sebab wabak penyakit influenza A, tapi arwah memang ada penyakit darah tinggi 8 tahun sebelum tu.

Dan rumah mereka beli dalam 5 tahun lepas.

So tak dapat claim sebab influenza A yang attack arwah merebak lebih cepat due to sakit sedia ada which is hypertension..

Allahuakbar..

Nasib sahabat FY ni bekerja dan boleh bayar RM6,000 sebulan ni sementara menunggu proses tuntutan dan appeal ni.

Bila bersembang dengan si balu, dia cakap dia tak tahu pon kene declare apa-apa, sebab time apply tu, sign banyak tempat (setiap muka surat agreement) tapi banker tu terangkan sikit-sikit ja.. tak de p**ak terangkan atau tanya tentang sakit.

Yang ni banyak terjadi sebenarnya.

MRTT di’wajib’kan ambil, letakkan syarat jika tak ambil, loan tak lulus tapi tak mentioned atau terangkan apa-apa tentang MRTT ni.

Bila tak dapat claim macam ni..

Beliau terpaksa mencari bantuan merata tempat untuk appeal case.. kene ke hospital balik, pergi ke klinik, naik turun takaful companies, dan ada kes naik turun court

Banyak pengajaran yang kita boleh dapat dari cerita/ pengalaman beliau

🛑 Always ask and read before signed anything

🛑 Jangan berasa terlalu selesa dengan adanya insurance rumah. Baca baca baca dan tanya la kalau tak faham...

🛑 Sediakan emergency asset untuk keluarga seawal yang mungkin, kalau boleh sebelum ada apa-apa sakit, apply cepat ni tak asyik nanti dulu nk beli rumah dulu...

🛑 MRTT atau MLTT, kedua-duanya bagus, tapi kenali lebih mendalam supaya tak tersalah langkah.. Ask ask ask...

🛑 Buat breadwinners, proses untuk claim MRTT tak secepat hibah takaful, paling cepat 6 bulan, ada yang bertahun-tahun masih belum selesai..

jadi sediakan tabung asset segera buat isteri supaya rumah tak terlelong dalam tempoh 6 bulan selepas kematian anda!!

Kisah ini untuk peringatan kita bersama dan FY sudah mendapat kebenaran untuk kongsikan kisah ni..

Kata beliau,

Sebarkan lah tentang cerita ini, supaya lebih ramai yang tahu kepentingan apply takaful seawal usia dalam melindung asset kita dan jadikan kisah hidupnya sebagai pengajaran😢

Itulah antara kegunaan takaful untuk back up hutang-hutang yang ditinggalkan.

Ambik takaful tak menjadikan waris kaya raya kalau hutang yang ditinggalkan melebihi nilaian pampasaan yang diambil.

Untuk nak urus pusaka, segala aset yang berhutang perlu dibayar secara LUMPSUM baki hutangnya.

MULA KIRA HUTANG DAN BERSEDIA DENGAN PEMBAYARANNYA KELAK.







Ramai rupanya yang sangka kalau suami beli rumah, confirm jadi hak milik harta sepencarian isteri.Suami beli rumah 1nama...
28/06/2020

Ramai rupanya yang sangka kalau suami beli rumah, confirm jadi hak milik harta sepencarian isteri.

Suami beli rumah 1nama (nama suami)
Suami beli rumah 2 nama (nama suami & isteri)

Dalam dua-dua situasi, tak ada kalau suami meninggal, automatik jadi harta sepencarian isteri.

" Oh takpe, nanti kalau apa-apa jadi dekat suami saya, saya dapat 50% bahagian suami saya "

Siapa cakap? Tak semudah tu ya kawan-kawan.

Harta sepencarian ni sebenarnya ditentukan oleh mahkamah, berapa bahagian yang kita layak dapat.

25%?

30%?

50%?

Hakim yang tentukan (bergantung kepada penilaian sumbangan yang dibuat). Bukan kita yang tentukan tau !!

Biasanya lepas suami meninggal nanti, bermula lah proses untuk tuntut harta sepencarian.

Harta Pusaka tak boleh dibahagikan lagi sebab nak selesaikan dulu tuntutan harta sepencarian.

Pertama : Isteri kena keluarkan duit nak upah peguam bagi permohonan tuntutan harta pusaka

Kedua : Proses tuntutan yang lama & panjang, isteri ada duit tak untuk belanja bulanan. Kebiasaannya dua tahun.

Isteri-isteri dah ready ke emosi, fizikal & kewangan untuk hadap benda ni?

Harap suami-suami dah rancang sesuatu.

Crt to Firdaus Yusof





https://www.sinarharian.com.my/article/52598/LIFESTYLE/Sinar-Islam/Roh-tergantung-jika-hutang-tidak-dibayarAnas bin Mali...
24/06/2020

https://www.sinarharian.com.my/article/52598/LIFESTYLE/Sinar-Islam/Roh-tergantung-jika-hutang-tidak-dibayar

Anas bin Malik berkata: “Kami pernah bersama Rasulullah SAW, lalu baginda mendatangi seseorang yang sedang disolatkan. Baginda pun bertanya, "Apakah sahabat kalian ada memiliki hutang?" Mereka menjawab, "Ya."

Lalu baginda bersabda: "Lalu apa manfaatnya bagi kalian jika aku mensolatkan orang yang rohnya pun tidak naik ke langit? Jika ada orang yang menjamin hutangnya, aku akan mengerjakan solat untuknya kerana sesungguhnya solatku akan bermanfaat baginya.” (Riwayat at-Tabarani)





SEBUT sahaja tentang hutang, ingatan penulis terarah kepada kisah pada zaman Rasulullah SAW yang mana baginda enggan menyempurnakan solat jenazah bagi orang yang tidak melunaskan hutangnya.

Soalan:Assalamualaikum wbt,Saya ada persoalan mengenai faraid harta peninggalan ayah saya. Ayah saya meninggal pada 24/4...
15/06/2020

Soalan:

Assalamualaikum wbt,

Saya ada persoalan mengenai faraid harta peninggalan ayah saya. Ayah saya meninggal pada 24/4/1966, manakala saya lahir pada 2/8/1966 iaitu pada hari ke-100 kematian arwah. Adakah saya layak menerima harta pusaka arwah ayah berdasarkan hukum faraid?



Jawapan:

Waalaikumussalam wbt.

Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.

Kami berpendapat bahawa tuan berhak mendapatkan bahagian faraid peninggalan arwah ayah. Ini sesuai dengan pendapat dalam mazhab al-Syafie bahawa syarat seorang waris itu hendalaklah dia hidup secara pasti selepas kematian pewaris sekalipun satu lahzhah (sebentar). Ini kerana pewarisan itu ditetapkan bagi mereka yang hidup, maka tiada harta pusaka bagi waris yang mati.

Indikasi kewujudan hayat bagi waris boleh ditentukan secara hakikat atau taqdiran (penetapan). Indikasi secara hakikat adalah dengan penyaksian, melihat fizikal, dan pemeriksaan kesihatan. Manakala indikasi secara taqdiran ialah penetapan wujudnya ruh bagi janin dalam kandungan semasa matinya pewaris. Justeru, bahagian pusaka bagi janin itu hendaklah diasingkan awal-awal sebagai langkah ihtiyat (berhati-hati) dan hanya akan berkuatkuasa dengan syarat janin itu lahir hidup.



Ini berdalilkan hadis riwayat Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا اسْتَهَلَّ الْمَوْلُودُ وُرِّثَ

Maksudnya: “Jika anak yang dilahirkan itu menangis keluar suara, maka sabit baginya harta pusaka.”

Hadis riwayat Abu Daud (2920)

Para ulama berkata syarat mesti istihlal atau menangis dengan jeritan dalam pewarisan adalah kinayah (kiasan) bahawa waris yang dilahirkan itu hidup. Justeru, jika bayi lahir tidak menangis, tetapi terdapat tanda-tanda hayat yang lain, maka tetap sabit hak waris.

Berkata Syeikh Muhammad al-Zuhaili:

“Sekiranya kehamilan itu disebabkan oleh si suami yang meninggal dunia, maka anak yang dilahirkan itu sabit nasab dan hak pewarisannya, dengan syarat dia lahir dalam tempoh sepanjang-panjang kehamilan (yakni 4 tahun dari tarikh mati suami).”

Rujuk al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie oleh Syeikh Muhammad al-Zuhaili (4/353-354 & 490-491).

Berdasarkan fakta dan isu yang dibangkitkan oleh tuan yang bertanya, ternyata tuan berhak terhadap harta pusaka ayah tuan kerana tuan lahir selepas 100 hari kematian ayah tuan dan tidak melebihi sepanjang-panjang tempoh kehamilan. Wallahua’lam.

http://Muftiwp.gov.my





FARAID ILMU YANG DILUPAKAN“Pelajarilah Ilmu Faraid dan ajarkan ianya kepada orang lain. Kerana sesungguhnya ia (Ilmu Far...
12/06/2020

FARAID
ILMU YANG DILUPAKAN

“Pelajarilah Ilmu Faraid dan ajarkan
ianya kepada orang lain. Kerana
sesungguhnya ia (Ilmu Faraid) adalah
sebahagian dari ilmu yang banyak.
Tetapi malangnya ia adalah ilmu yang
dilupakan dan ia adalah ilmu yang
mula-mula dicabut dari umatku”.
(Hadis Shahih riwayat Al Hakim, Al Baihaqi dari Abu Hurairah)

…..berlakulah FITNAH (Al Hadis)





WASIAT TERAKHIR RASULULLAH SAWDalam dunia ni ada satu2 nya manusia yang tidak pernah kenal kita namun sangat2 mencintai ...
11/06/2020

WASIAT TERAKHIR RASULULLAH SAW

Dalam dunia ni ada satu2 nya manusia yang tidak pernah kenal kita namun sangat2 mencintai kita dan menyebut-nyebut kita didalam setiap doanya sehingga hujung nyawa.

Andai cinta kita kepadanya tidak hadir dalam jiwa, andai air mata tidak pernah tumpah saat menyebut namanya dan mendengar sirahnya. Berusahalah utk menangis mengharapkan syafaatnya...

“Aku Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muththalib bin Hasyim bangsa Arab kelahiran haram Mekkah yang tiada nabi sesudahku. Hai semua manusia, diriku ini telah diberitakan akan mati, telah dekat akan meninggalkan dunia ini dan aku telah rindu kepada Tuhanku, maka alangkah sedihnya meninggalkan ummatku, apakah yang mereka katakan kelak sepeninggalku, ya Allah selamatkan, selamatkan.

Hai manusia, dengarlah wasiyatku, perhatikan dan ingat – ingatlah, yang hadir harus menyampaikan kepada yang tidak hadir. Karena ini wasiyatku yang terakhir kepada kamu.

Hai manusia, Allah telah menerangkan kepada kamu dalam kitab yang diturunkanNya, apa yang halal dan yang haram, yang harus kamu lakukan dan yang kamu tinggalkan, maka gunakanlah yang halal, tinggalkanlah yang haram, percayalah pada yang mutasyabih, laksanakan yang muhkam (tegas) dan jadikan sebagai peringatanmu yang berupa contoh–contoh itu.”

Nabi saw melihat ke langit sambil berkata :

“Ya Allah saya telah menyampaikan maka saksikanlah. Hai manusia, awaslah kamu dari hawa nafsu yang sesat menyesatkan yang jauh dari tuntunan rahmat Allah dan surga, bahkan dekat kepada neraka. Hendaklah kamu menjaga jama’ah (persatuan) dan istiqomah (tetap lurus) karena ini dekat kepada Allah dan surga, jauh dari api neraka.

Ya Allah, aku telah menyampaikan.

Hai manusia, takutlah kapada Allah, takutlah kepada Allah dalam menjaga agama dan amanat yang diamanatkan kepadamu. Takutlah kepada Allah, takutlah kepada Allah dalam memelihara budak – budakmu, berilah mereka makan dari apa yang kamu makan, pakaian dari apa yang kamu pakai dan jangan memaksa mereka apa yang mereka tidak kuat, karena mereka itu juga tercipta dari daging dan darah, makhluk yang sama seperti kamu, ingatlah yang aniaya pada mereka, maka akulah lawannya pada hari kiamat dan Allah hakimnya. Takutlah kepada Allah dalam memelihara istri, tepatilah mahar mereka dan jangan menganiaya mereka niscaya kamu akan diharamkan dari hasanat – hasanatmu di hari kiamat.

Ingatlah, aku telah menyampaikan.

Hai manusia, jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka, ajarkan kepada mereka akhlak sopan santun, sebab mereka ditanganmu bagaikan tawanan dan amanat, ingatlah saya telah menyampaikan. Hai manusia, patuhlah pada pemerintahmu dan jangan menentang mereka meskipun dari turunan budak Habasyi yang terpotong hidungnya, sebab yang patuh pada amir itu berarti ta’at padaku, siapa yang taat padaku berarti taat kepada Allah dan siapa yang menentang mereka berarti menentang aku dan siapa yang menentang aku berarti ma’siyat kepada Allah. Ingatlah jangan keluar dari mereka dan jangan memutuskan janjimu pada mereka.

Ingatlah, aku telah menyampaikan.

Hai manusia, hendaklah kamu cinta pada keluargaku, ahli – ahli Al Qur’an dan cinta pada ulama – ulamamu, jangan kamu membenci atau hasud kepada mereka, jangan kamu menghina kepada mereka, ingatlah siapa yang cinta kepada mereka berarti cinta kepadaku, siapa yang cinta padaku maka cinta kepada Allah dan siapa yang benci pada mereka berarti benci padaku, siapa benci padaku maka benci kepada Allah.

Ingatlah, aku telah menyampaikan.

Hai manusia, jagalah sholat lima waktu dengan menyempurnakan wudhu’, menyempurnakan ruku’ dan sujudnya. Hai manusia, keluarkan zakat hartamu, ingatlah siapa yang tidak mengeluarkan zakat, maka tidak dianggap sholatnya, tidak beragama, tidak dianggap puasa, haji dan jihadnya.

Ya Allah saya telah menyampaikan.

Hai manusia, sungguh Allah telah mewajibkan haji pada orang yang kuasa melakukan perjalanannya dan siapa yang tidak melaksanakannya, boleh pilih apakah akan mati yahudi, nasrani atau majusi, kecuali jika ia berudzur penyakit yang menahannya atau raja yang dzalim. Ingatlah bahwa ia tidak akan mendapat syafa’atku dan tidak akan minum dari haudh (telaga)-ku.

Ingatlah saya telah menyampaikan.

Hai manusia, sesungguhnya Allah akan mengumpulkan kamu pada hari kiamat di suatu lapangan dalam kedudukan yang sangat berat, mengerikan, pada hari yang tidak berguna harta atau anak buah, kecuali orang yang menghadap kepada Allah dengan hati yang suci bersih dari syirik.

Ingatlah, aku telah menyampaikan.

Hai manusia, jagalah lidahmu, tangiskan matamu, tundukkan hatimu, letihkan badanmu, berjihadlah melawan musuhmu, makmurkan mesjidmu, ikhlaskan imanmu, nasihatilah teman – temanmu, berbuatlah kebaikan untuk dirimu, jagalah kemaluanmu, bersedekahlah dari hartamu, jangan hasud menghasud niscaya akan hilang hasanatmu dan janganlah ghibah (menyebut aib orang lain) niscaya binasa kamu.

Ingatlah, aku telah menyampaikan.

Hai manusia, berusahalah kamu untuk memerdekakan budak – budakmu dan berbuatlah kebajikan untuk hari kebutuhan dan hajatmu. Hai manusia, jangan menganiaya sebab Allah sendiri yang akan menuntut terhadap siapa yang kejam aniaya, kamu yang menanggung perhitunganmu dan kepada Allah kamu akan kembali, Allah tidak rela jika kamu berbuat ma’siyat.

Hai manusia, sesungguhnya siapa yang berbuat kebajikan maka untungnya untuk dirinya sendiri, begitu p**a sebaliknya jika berbuat kejahatan maka ditanggung sendiri, dan Tuhan tidak menganiaya pada hamba – hambanNya. Jagalah dirimu dari hari dimana kamu dihadapkan kepada Allah, kemudian tiap orang akan dibalas atas segala amal usahanya dan mereka tidak dianiaya.

Hai manusia, sesungguhnya saya akan menghadap kepada Tuhanku dan saya telah diberitahu akan meninggal karena itu aku titipkan kamu kepada Allah yaitu agama dan amanatmu.

Wassalamu alaikum hai para sahabatku dan semua ummatku. Wassalamu’alaikum warahmatullah wabarakatuh”.

Kemudian baginda turun dari mimbar lalu masuk rumah dan tidak keluar lagi sesudah itu.

Shalawat dan salam atas beliau saw, keluarga, sahabat dan umatnya.

Crt to Siti Hajar Mokhtar





DAULAT TUANKU
08/06/2020

DAULAT TUANKU

Perkongsian mengenai waris.. Siapa yg pergi dulu? Kalau ada anak lelaki selamat faraid? *HUBUNGAN KELUARGA PUTUS KERANA ...
05/06/2020

Perkongsian mengenai waris.. Siapa yg pergi dulu? Kalau ada anak lelaki selamat faraid?

*HUBUNGAN KELUARGA PUTUS KERANA PUSAKA*

Posting ini bukan bertujuan menyingkap perihal pusaka keluarga. Kes ni sama je yang AO dengar daripada waris yang menghubungi meminta bantuan khidmat nasihat. Dari KL ke, Johor ke, Perak ke, Kelantan ke...sama je. Common dah isu ni.

Posting ini sebagai peringatan berulang-ulang juga kepada semua.

Ada 2 topik berkaitan yang nak dikupas kali ni.

1. SIAPA MATI DAHULU?

Tiap kali AO consult client akan struktur waris faraid mereka, AO selalu akan cakap,

"Ini waris yang berhak terima BUAT MASA INI. Akan datang belum tentu."

Sebab kita tak tahu siapa yang akan pergi dahulu. So AO present juga kebarangkalian sekiranya waris sekian sekian pergi dahulu sebelum pewasiat, bagaimana berubahnya struktur mereka.

Ramai yang faham, apabila ada anak lelaki..selamat dah pusaka hanya dalam kalangan keluarga sendiri sahaja. Tak libatkan adik-beradik.

What if, anak lelaki yang mati dahulu? Dah berulang kali juga AO share kes client tahun 2016 yang mana bapa meninggal dalam kemalangan jalanraya bersama satu-satunya anak lelaki yang ada. Meninggalkan anak-anak perempuan sahaja.

Anak perempuan nak urus surat kuasa arwah ayah tapi tak dapat kerjasama pakcik-pakcik waima nak minta salinan IC sahaja. Alasan mereka,

"Ni harta bapak ko takde kaitan dengan aku dan aku taknak harta dia."

Mahu atau tidak mahu, kerjasama tetap diperlukan. Kalau tak beri kerjasama, terbekulah aset tu sampai bila-bila.

Kes yang sama dah berlaku dalam keluarga AO sendiri bilamana Angah pergi dahulu sebelum abah. Asalnya abah ada stopper untuk harta pusaka dia kelak. Penerima hanya dalam kalangan isteri dan anak-anak sahaja.

Sekarang struktur warisnya sudah berubah akibat tiada lagi anak lelaki. Yang tinggal hanya anak perempuan sahaja, maka adik-beradik juga ada tanggungjawab bersama menguruskan pusaka abah kelak.

Kes 3 orang anak lelaki maut akibat lemas dalam sungai juga kes terbaharu yang meruntun hati. Ayah terus hilang pewarisnya.

Ada anak lelaki hari ini, jangan sangka kita boleh lega hati kelak. Kita tak tahu siapa dahulu yang akan berbaring di atas tilam jenazah ini. Terlalu yakin tak perlu buat perancangan pusaka akhirnya yang susah payah nanti anak isteri juga.

2. SIAPA WARIS?

Ada banyak juga kes, apabila mak ayah dah meninggal...dah selesai agih harta...adik-beradik putus hubungan. Beranggapan dah tiada keperluan untuk merapatkan silaturrahim sebab harta dah bahagi.

Kau dengan hal kau..aku dengan hal aku. Tiada bertanya khabar abang kakak yang lebih tua. Tiada ziarah di hari raya.

Jangan lupa...adik-beradik meninggal nanti, mungkin kita tetap kena berhubung untuk tujuan urusan surat kuasa mereka p**a.

Ada beradik yang tiada anak lelaki. Ada beradik yang kematian anak lelaki.

Taknak harta, takpe lah jugak. Borang DDA kena la sign dulu.

Tapi bayangkan anak-anak saudara dah tak kenal pakcik makcik. Tak tahu duduk kat mana. Macamana nak berhubung pun tak tahu.

Bagaimana nak diselesaikan pusaka mak ayah mereka yang tiada anak lelaki?

Pusaka kita kelak pun belum tentu lagi. Harini anak lelaki kita hidup lagi. Esok lusa dia pergi dahulu. Tinggallah anak perempuan dan isteri terkial-kial mencari adik-beradik kita.

Sukar apabila awal-awal kita dah hilang silaturrahim. Dulu tak pernah bertanya khabar. Agak tak segan ke tiba-tiba bab pusaka dia, kita muncul dahulu?

Sebaiknya elak bergaduh perihal pusaka arwah mak ayah. Esok lusa kita masih perlu bekerjasama untuk pusaka adik-beradik kita p**a. Pusaka anak saudara pun boleh turun kepada pakcik-pakcik tauu..jangan tak tahu.

Selagi ada hayat, hubungilah kakak abang kita yang dah berusia. Dorang rasa seronok kalau adik-adik tanya khabar.

Paling selamat, semasa hidup ni lantiklah wasi siap-siap. Wasi yang berkepakaran. Wasi yang tiada kepentingan atas harta pusaka kita agar tak timbul isu berat sebelah, pecah amanah dan rasa syak wasangka dikalangan waris.

Isu pusaka dah banyak memecahbelahkan persaudaraan. Kita boleh memilih untuk ubah kebiasaan itu, hari ini. New normal.

Like Pages Panduan Hibah, Wasiat & Harta Pusaka. https://fb.com/PanduanHibah












Crt to : Azlina Othman

TAKAFUL SEBAGAI INSTRUMEN PENGURUSAN RISIKO KEWANGANRisiko kewangan perlu dirancang sebelum musibah menimpa contoh :Saki...
03/06/2020

TAKAFUL SEBAGAI INSTRUMEN PENGURUSAN RISIKO KEWANGAN

Risiko kewangan perlu dirancang sebelum musibah menimpa contoh :

Sakit = Masalah kos perubatan

Sakit Kritikal = Masalah hilang pendapatan perlu sara hidup, hutang bank perlu dibayar.

Lumpuh = Hilang pendapatan perlu sara hidup, hutang bank perlu dibayar.

Meninggal dunia = Keluarga perlu wang sara hidup, hutang masa hidup perlu diselesaikan.

Kalau kita tak uruskan masa sihat, agak-agak orang lain nak uruskan untuk kita masa musibah menimpa?

Credit : Muhammad Bin Rosli

Address

Petaling Jaya

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Panduan Hibah, Wasiat & Harta Pusaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share