12/07/2014
IKRAM Siswa menyeru seluruh rakyat Malaysia khususnya golongan mahasiswa untuk menunjukkan respon terhadap apa yang berlaku ke atas rakyat Gaza, Palestin dengan;
1. Mengambil cakna berita-berita semasa tentang kejadian yang berlaku di sana.
2. Menyebarluaskan maklumat-maklumat semasa kepada kenalan melalui apa jua medium terutamanya media sosial.
3. Menggiatkan usaha memboikot barangan-barangan keluaran Amerika Syarikat yang menyalurkan dana kepada kerajaan Israel terutamanya:
a. McDonald’s
b. Starbucks
c. Nestle
d. Coca Cola
4. Mengajak saudara-mara dan kenalan untuk turut sama menggiatkan kempen boikot ini.
5. Menyalurkan sumbangan dana kepada NGO-NGO yang membantu rakyat Palestin terutamanya di Gaza. IKRAM Siswa bekerjasama rapat dengan NGO Aqsa Syarif dalam mengumpulkan sumbangan dana ini.
6. Akhir sekali dan yang terpenting, melakukan qunut nazilah dan doa berterusan agar Allah membantu saudara-saudara kita di Palestin dan memenangkan pejuang-pejuang agama ini ke atas tentera zionis laknatullahi `alaihim.
LINK: http://www.ikramsiswa.com/archives/477