KUD Machang

KUD Machang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from KUD Machang, Business Center, 3/1 Jalan Puteri 2/5 Puchong, Puchong.

Platform pengumpulan produk-produk usahawan IKS seluruh negara sebagai satu usaha menyokong idea dan kreativiti product owner yang berusaha dan berkreatif tanpa henti.

ADVERTISING AND PROMOTIONAL BUDGET:Jenama besar! Mereka tidak pernah berhenti dari effort melakukan branding awareness! ...
24/10/2020

ADVERTISING AND PROMOTIONAL BUDGET
:
Jenama besar! Mereka tidak pernah berhenti dari effort melakukan branding awareness! Konsisten dalam elemen penjenamaan! Tanpa titik noktah selagi business wujud!!
CSR - antara yang dilakukan oleh jenama-jenama besar seperti FAIZA beras yang selalu menyumbangkan beras kepada golongan memerlukan!
Betul.. itu satu amal jariah, kenapa nak di kaitakan dengan perniagaan pulak ni?
Adly PX pandang dan bagi pendapat dari sudut Fundamental of Branding, bukan dari sudut nilai-nilai keagamaan!
CSR sebenarnya satu elemen penjenamaan yang konsisten (dari sudut penjenamaan ye!)
Bukankah kita selalu dengar manusia membeli dengan emosi?
So ini sangatlah bertepatan kerana dalam minda kita akan wujud keinginan atau rasa untuk support jenama yang berbakti membantu mereka yang memerlukan (secara tidak langsung)..
Tapi macamana dan dari mana jenama besar seperti FAIZA beras dan RAMLY burger selalu dapat buat CSR?
Mana mereka dapat peruntukan itu? Ambil sedikit duit untung syarikat ke?
Tak... mereka ada A&P Budget (Ads & Promotional budget)
A&P budget inilah mereka gunakan untuk pelbagai aktiviti yang berkaitan pengiklanan dan promosi (termasuk penjenamaan)
A&P Budget ini kita masukkan dalam harga kos dasar produk yang kita keluarkan dan produk yang kita jual dengan harga pelanggan itu sebenarnya sudah ada peratusan A&P Budget dan budget ini yang kita ambil untuk aktiviti A&P, bukan duit untung perniagaan atau syarikat kita!
Sebab tu jenama besar selalu dapat menaja itu dan ini, buat CSR dengan peruntukan besar, bagi gift or buat peraduan dan pelanggan bertuan dapat hadiah mewah seperti kereta atau tiket pesawat atau bilik hotel mewah untuk percutian atau rumah sekalipun!!
Di mata kita bila satu - satu jenama mampu offer hadiah yang gah -gah atau buat CSR membantu ramai golongan sasar, pasti kita akan fikir jenama ini hebat dan kukuh kewangannya dan pasti kualitinya bagus dan tiptop! kerana mereka banyak wang untuk hasilkan peoduk yang bermutu tinggi!! Bukankah ini semua melibatkan emosi pembeli?
Jadi ini juga satu tip bagaimana untuk kita tentukan harga jualan untuk produk kita, bukan main letak harga ikut situasi semasa semata-mata.
Berapa peratus? Ia bergantung.. jika bisnes kita masih berskala kecil, peratusnya kita letak kecil..
So kena berhemahlah dalam menggunakan A&P Budget yang sudah kita peruntukkan supaya tidak “dibakar” secara yang merugikan!
ADLY®
Pendiri Business

13/10/2020

KUALA LUMPUR: Program Dua Tahun Universiti dan Dua Tahun Industri (2U2I) adalah mekanisme terbaik untuk menyiapkan graduan ke pasaran pekerjaan.

ZASSS!!! DALAM SESAAT KITA DAH TAU!!:Kita masuk pasaraya,mata melilau cari minuman bercoklat, nampak hijau, kita tau itu...
18/08/2020

ZASSS!!! DALAM SESAAT KITA DAH TAU!!
:
Kita masuk pasaraya,mata melilau cari minuman bercoklat, nampak hijau, kita tau itu MILO,nampak purple dalam sesaat kita tau itu CADBURY
Kita memandu,nampak abam hijau..zass!! Itu GRABfood, nampak tshirt dan kotak pink!zassss! Itu abam foodPANDA
Gi kaunter tiket bus, nampak kaunter hitam merah..zasss! Itu SANI express, nampak hotel hitam merah.. zass! Itu SANI Hotel! Merah putih.. zasss!! TUNE hotel! Nampak burung besi Merah putih.. zasss! AIRASIA!
Purple? Zasss!! MALINDOair dan zasss!! ADLY! he he..
Itulah peranan warna! BESAR peranannya.. orang tengok warna orang dah tau...!
Jadi bagaimana kita nak terap dan tanamkan warna logo kita kemas-kemas dalam minda pelanggan?
Konsisten! Ia satu effort tanpa noktah selagi business kita wujud!
MILO yang tkenal seantero dunia atau OLIVIE (produk minyak zaiton) bila beriklan di TV.. tengok!! Modelnya tak lari dari warna utama logo mereka.. hijau!
So bila kita berposting di SOCMED atau hadir di event-event or muncul di khalayak untuk acara rasmi atau santai... “wajibkan”’diri kita as brand owner untuk ada elemen warna utama pada badan!
Tak kisah la.. topi ke,tudong ke, lanyard ke,bag sandang ke.. apa saja!! Wajib ada elemen penjenamaan pada badan!
So bila kita konsisten, orang nampak kita orang akan ingat kita dengan warna yang selalu kita pakai/ gunakan!
Lama-lama ia akan melekat dalam minda mereka! Itu yang mahalnya!
Tapi ia bukan hari ni buat,petang dah tertanam kemas dalam minda orangramai! Ini bukan magis!
Tapi ia satu EFFORT BERTERUSAN TANPA TITIK NOKTAH! Selagi wujudnya business kita!
Tak perlu budget tinggi! Yang penting KONSISTEN dan KREATIF!
Lagi pelik!Lagi unik.. lagi orang senang ingat!
Berpromosi budget tinggi bukan jaminan ianya boleh memberi impak tinggi apatahlagi jika yang melihat promosi kita bukan segmen kita! Rugi besau kita!!!
Dan mereka yang tiru warna jenama-jenama gergasi.... sebenarnya anda mencipta momen KERUGIAN!!!
Orangramai tak akan ingat anda! Tak akan ingat jenama anda kerana mereka nampak anda tidak serius dan tidak firm dalam menjaga dan mengangkat value jenama/logo anda dengan jitu!.. Anda sebenarnya PENCURI KREATIVITI YANG ORANG LAIN BINA BERTAHUN-TAHUN!!!
Dan ini sangat tidak adil bagi pemilik jenama asal yang berhabis RM! Berhabis masa dan tenaga dalam usaha mereka mengangkat jenama mereka from scratch! - Anda pencuri kreativiti oranglain? Secara tidak langsung anda menjatuhkan kredibiliti jenama dan kredibiliti sebagai brand owner !! This is the fact!
Ayuh! Start now!!!!
ADLY
F&B Branding Creator Speciist

Lion Share Management akan menjual dan memberikan sepenuhnya kepada F&N Global Marketing, semua hak, hak milik dan kepen...
03/08/2020

Lion Share Management akan menjual dan memberikan sepenuhnya kepada F&N Global Marketing, semua hak, hak milik dan kepentingan dalam jenama ‘Tea Pot’



https://bit.ly/3147MOQ

HARGAILAH DAN SAYANGILAH POTENSI MASA HADAPAN JENAMA ANDA!! DAN SIRAMILAH VALUE PADA JENAMA SECARA KONSISTEN!

:
Terpegun melihat value pada jenama yang bakal di jual kepada F&N Global..
Million!!.. satu jumlah yang mampu buat owner goyang kaki sampai akhir hayat! Atau pastinya boleh set up new business dengan senang hati!
Macamana ye value jenama sampai boleh setinggi ini?
TEMPOH MASA!!! Jenama yang kita cukop kenali ini bukan baru setahun jagung! Ia ada di pasaran sejak era 70an!
Populariti jenama ini antara faktor tingginya harga jualan dan F&N sanggup membayarnya kerana kredibiliti jenama ini!
Nak bina kredibiliti cuma perlu setahun atau dua tahun? Pastinya tidak! Ia satu effort yang perlu di bina sejak hari pertama jenama kita berada di pasaran!
Kredibiliti bukan saja tempoh masa tapi juga komitmen dan apa value yang sesuatu jenama sumbangkan kepada pengguna,masyarakat dan ekonomi!
Bila bercakap tentang value, jangan kita hanya nampak nilai duit sahaja! Tapi value dari segi komitmen,kemanfaatan dsb selain nama baik yang sentiasa dijaga dan terjaga!
Sebab itu kita digalakkan berdaftar di MyIPO (ia tidak wajib tetapi sangat disarankan) demi menjaga kredibiliti & nama baik jenama kita!
Kita jangan pandang enteng (pandang ringan) perlindungan jenama dan penjenamaan kita kalau kita mahukan satu hari nanti jenama kita di pandang penuh kredibiliti dan mendapat kepercayaan seperti TEA POT ini!
Tidak mudah untuk angel investor mahu melabur atau potential buyer nak invest setinggi ini kalau satu-satu jenama tidak dilindungi secara proper dan mengikut undang&undang yang sudah digariskan...
Anda sudah ada jenama? Cepat-cepatlah register dan protect jenama anda supaya jika ada isu peniruan atau sabotaj, anda ada platform dan bukti kukuh untuk membuktikan pada dunia bahawa jenama anda telah di tiru dan/atau telah di sabotaj oleh pihak tertentu!...Di sini kredibiliti,komitmen dan keseriousan anda terserlah!
Orang pun takut sebenarnya nak main-mainkan jenama kita bila jenama kita sudah dilindungi, kita berhak saman dengan jumlah hingga jutaan RM!! Jangan main-main!!!... sebab itu kita sangat-sangat sangatt sangat! digalakkan berdaftar dan lindungi jenama kita di MyIPO!
Berapa ribu RM je pun (lebih kurang RM3K) dan hanya perlu di perbaharui 10 tahun sekali sahaja!
Dan tak perlu guna konsultan/orang tengah,nanti poket anda jadi mengah!!..sepatutnya kos hanya RM3k(pergi sendiri) jadi RM5K!!
Itu belum lagi jika ada isu bantahan (rejection).. nak selesaikan isu bantahan... duit lagi!!!
Jika kita sendiri yang pegi daftar, kos yang harus dikeluarkan jika ada isu bantahan tidaklah terlalu tinggi berganda (jika kita guna orang tengah)..
So mulai sekarang, daftarlah secepatnya! Sayangilah potensi dan value jenama dan penjenamaan anda demi sustainability bisnes anda di masa hadapan! Ini adalah pengurusan untuk jangkapanjang!
ADLY®
F&B Branding Creator Specialist

KUALA LUMPUR: Anak syarikat tidak langsung Fraser & Neave Holdings Bhd (F&NHB), Lion Share Management Ltd menjual cap dagangan ‘Tea Pot’ dengan nilai RM83.17 juta.

As salamMaaf semua semalam lepas deco baking class, saya ada temujanji santai dengan seorang usahawan yang sahabatnya ju...
19/07/2020

As salam
Maaf semua semalam lepas deco baking class, saya ada temujanji santai dengan seorang usahawan yang sahabatnya juga seorang usahawan sedang berhadapan isu ™️
Perbincangan agak panjang hingga membawa ke lewat malam
Inshaa Allah semoga idea/pendapat yang saya kongsikan malam tadi sedikit sebanyak dapat memberi sahabat beliau jalan solusi dan tidak perlu bpanjangan..
Kali ni saya nak kongsi sikit pengalaman tentang pelanggan terasa keberadaan kita..
Semoga pkongsian dari pengalaman realiti ini sedikit sebanyak dapat mencetuskan idea untuk sahabat-sahabat
*NAMPAK KEBERADAAN,KESUNGGUHAN DAN PROPER!*
ADLY® baru turun dari pesawat MALINDOair dan ketika mendarat, Subang hujan....
Semua penumpang di beri payung tertera jelas MALINDOair dan kesemua payung *seragam* warnanya, iaitu merah menyala!
Di situ *memberi mesej jelas* kepada penumpang/pelanggan bahawa syarikat penerbangan hybrid ni sangat menitikberatkan konsep penjenamaan,serious dan proper dalam membawa jenama dan *menguruskan penjenamaan!*
Satu tujuan kita highlight brand adalah untuk kita sentiasa “pahatkan” sekemas-kemasnya jenama kita dalam hati pelanggan
Kita pun kalau selalu melihat benda sama setiap masa berulang-ulang.... pasti benda/gambar/perkataan itu akan ada dalam kepala kita dan kita akan ingat secara langsung atau tidak
Kadang saya ulangalik KL - Kelantan menggunakan bas ekspress dan kaunter tiket yang pertama saya tuju ialah SANI EXPRESS
Ini kerana ada rasa kepercayaan pada SANI EXPRESS bila melihat kaunter tiketnya dibuat berbeza dari kaunter tiket lain yang hanya ada nama bus express sahaja, berbeza dengan SANI Express yang nampak lebih menyerlah binaan kaunter tiketnya..
Kepercayaan dan keyakinan pelanggan adalah sesuatu yang sangat mahal valuenya dan ia tidak terbina dalam sekelip mata!
Sebab itulah *kita jangan lewa*(ingatan untuk diri sendiri juga) dalam elemen penjenamaan!
Wajib konsisten! Kreatif! Berbeza dari pesaing!
Ada seorang sahabat usahawan jenama ULFA knitted scarf telah bjaya mengalahkan jenama-jenama besar dalam satu pertandingan bkaitan jenama dan konsep!
Amazing!! Jenama IKS bjaya menundukkan jenama-jenama besar!!
Ini kerana konsep penjenamaan yang ULFA bawa sangat outstanding dan mementingkan ketelitian konsep!
Konsisten!Proper!Berkonsep adalah kuncinya!!
All the best!

ADLY®
Branding Creator Specialist

SOFT SELL AKAN MENARIK MINAT PELANGGAN*BIAR ORANG SENTIASA TERASA KEBERADAAN KITA SEPANJANG MASA!*:Kat bawah ni contoh M...
13/07/2020

SOFT SELL AKAN MENARIK MINAT PELANGGAN
*BIAR ORANG SENTIASA TERASA KEBERADAAN KITA SEPANJANG MASA!*
:
Kat bawah ni contoh Mingguan Wanita buat soft sell dan “jual” jenama tanpa menjual! MWanita guna template untuk bkongsi atau buat posting!!
Juga contoh template ADLY yang ADLY selalu guna untuk berpromosi jenama dan diri tanpa menjual!!
Ini kita panggil teknik soft sell, kita mpromosi jenama tanpa menjual tapi pada template kita dah letak siap-siap logo/brand/contact info
Ia cara/teknik bpromosi berkos rendah dan boleh di guna sampai bila-bila selagi bisnes kita wujud!
Graphic Designer boleh buat template ni menggunakan software
Warna template wajib selari dengan warna utama logo
Kenapa template ni kena guna warna inline (seragam) dengan warna utama logo?
Tujuannya untuk buat pelanggan sentiasa *capture* dengan warna utama logo kita..inilah namanya *elemen penjenamaan yang konsisten *
Sampai bila-bila pun kita kena konsisten dalam *branding awareness * supaya sentiasa dalam minda pelanggan generasi demi generasi
Terbukti sejak sekian lama, dari zaman kita hingga cucu kita kenal MILO,kenal COCA COLA,kenal MAGGI!
Kerana semua big brands ini tidak pernah sekalipun berhenti buat branding awareness kerana mereka tau pulangannya sangat berbaloi!
Pulangan dari segi keuntungan,sustainability,komitmen, kredibiliti dan proud!! *Mereka mahu kita sentiasa terasa keberadaan mereka dan buat kita sentiasa dekat di hati mereka!*
Big brands sekalipun jika tidak konsisten dalam branding awareness lama - lama akan lenyap dalam pasaran dan untuk kekalkan *sustainability* bukanlah sesuatu yang senang dipertahankan!Ia sesuatu sangat mahal valuenya!
Tapi adakah elemen penjenamaan yang konsisten & branding awareness ni hanya buat promosi! Pengiklanan di SOCMED,TV,billboard sahaja? Pakai baju korporat atau baju ada logo kita saja?
Tidak! - banyak cara dan pelbagai! Tiada had untuk kita berkreativiti
Perasan tak? Kan big brands selalu buat free gift, hadiah mewah-mewah (kereta/rumah/tiket penerbangan/percutian), buat CSR,tajaan dsb... itu semua adalah elemen penjenamaan yang konsisten a.k.a branding awareness yang buat kita rasa kagum akan keupayaan mereka memberi kita itu ini.. mereka membeli jiwa dan emosi kita sebenarnya dan ini akan buat rasa keberadaan itu kuat dan melekat!
Effort sebegini pulangannya lumayan untuk jangkapanjang dan untuk sustainability!
Tapi bagaimana nak konsisten untuk benda-benda sebegini?
Besar budgetnya! Di mana perolehan budget tu nak kita perolehi?
Pasti peruntukan budget itu sudah ada sebenarnya dan kita yang bayar!!
Bagaimana?
Nanti ADLY® buat pkongsian tentang A&P Budget ni dengan secara lebih jelas
ADLY®
Branding Creator Specialist

❗ *WEBINAR URUS BISNES PASCA COVID19**FAMA* menjemput semua *USAHAWAN PERTANIAN & MAKANAN* yg berminat utk mengikuti *_W...
07/06/2020

❗ *WEBINAR URUS BISNES PASCA COVID19*
*FAMA* menjemput semua *USAHAWAN PERTANIAN & MAKANAN* yg berminat utk mengikuti *_WEBINAR_* seperti ketetapan berikut :
📌PROGRAM : *_WEBINAR_ PENGURUSAN & PERANCANGAN BISNES PASCA COVID19*

📌Tarikh : *10 JUN 2020*

📌Masa : *9.00 PG - 5.00 PTG*

❗❗ *DAFTAR* DISINI :
https://bit.ly/DAFTARWEBINARPENGURUSANBISNES
____________________________

*FOKUS* MODUL

1. Semakan *PRESTASI BISNES* semasa

2. Pembangunan semula *MODEL BISNES* pasca Covid19.
_____________________________

*TENAGA PENGAJAR*

*_Tuan Sahar Sahad_* https://www.facebook.com/sahar.sahad
http://onelink.to/saharsahad - berkelulusan Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) dari Universiti Malaya dan berpengalaman sebagai seorang akauntan bertauliah, Financial Controller, Finance Director dan adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif di beberapa syarikat milikan swasta.

Beliau kini adalah seorang penasihat bisnes berpengalaman luas dalam bidang perakaunan dan pengurusan kewangan korporat melebihi 15 tahun dan telah memberi perkhidmatan kepada syarikat-syarikat dari bidang perkhidmatan kewangan, saham, perladangan, restoran, peruncitan, servis dan hartanah.

Beliau yang kini juga adalah seorang penasihat francais di firma Smart Franchise Partner merupakan bekas Pengarah Francais dan CEO kepada sebuah rangkaian restauran jenama (Korea) di Malaysia yang telah berkembang sehingga 14 cawangan dlm tempoh 13 bulan.

Beliau pernah dilantik sebagai trainer di Malaysia Franchise Association, Malaysia-Retailer Chains Association, Vistage Malaysia dan Malaysia SME.

Sahar Sahad kini aktif membangunkan usahawan-usahawan Bumiputera melalui program-program keusahawanannya sendiri serta bekerjasama dengan agensi-agensi seperti FAMA.
___________________________

❗ *DAFTAR SEGERA* :
https://bit.ly/DAFTARWEBINARPENGURUSANBISNES
Semoga program ini memberi manfaat kepada kemajuan bisnes anda.

PROGRAM : WEBINAR PENGURUSAN & PERANCANGAN BISNES PASCA COVID19 USAHAWAN PERTANIAN & MAKANAN TARIKH : 10 JUN 2020 (RABU) MASA : 9 PG - 5.30 PTG PENCERAMAH : TUAN SAHAR SAHAD FOKUS : 1. SEMAKAN PRESTASI BISNES SEMASA 2. PEMBANGUNAN SEMULA MODEL BISNES PASCA COVID19

Nak crack minda seseorang bukan satu tugas mudah... nak ubah cara pemikiran seaeorang itu pun bukan satu amanah yang mud...
19/02/2020

Nak crack minda seseorang bukan satu tugas mudah... nak ubah cara pemikiran seaeorang itu pun bukan satu amanah yang mudah untuk dituntaskan.... mungkin sukses .. mungkin sebaliknya!...Ia tidak bergantung sepenuhnya pada individu yang di beri amanah & tanggungjawab.. tetapi satu tanggungjawab diri juga untuk mengubahnya..individu yang diberi amanah bukan pelaksana secara tuntas tetapi sebagai pembuka jalan...pembuka peluang... pencadang .. dan siapa pelaksananya?.. kitalah sebagai tuan punya badan aka tuan punya business!!
Tiada kejayaan secepat kilat!... Semua perlukan effort!! Bukan dok goyang kaki dan lepak di cafe zon selesa dan tadah tangan .. tunggu sekontena duit gedebuk atas meja cafe!!..
Let us crack our mind and let us change!! Keluar dari melepak di cafe zon selesa!! “Kopi” yang lazat dan manis mengkhayalkan kita dari berubah!!!

Hakcipta dan Trademarks untuk BeginnersTarikh: KHAMIS, 7 November 2019   (10am - 1pm)Tempat: Teraju IP Sdn Bhd, Unit 8 T...
28/10/2019

Hakcipta dan Trademarks untuk Beginners

Tarikh: KHAMIS, 7 November 2019 (10am - 1pm)

Tempat: Teraju IP Sdn Bhd, Unit 8 Tingkat 21, Q Sentral, 50470 KL Sentral.

Terbuka kepada 5 orang sahaja.

Topik yang akan dibincangkan

1- KOMPONEN HARTA INTELEK DI MALAYSIA

a)Copyright
b)Trademark
c)Industrial Design
d)Geographical Indication
e)Paten

2- DAFTAR TRADEMARK DI MALAYSIA

a)Borang-borang yang perlu diisi
b)Bayaran yang perlu dibayar kepada MyIPO
c)Statutory Declaration
d)NICE Classification
e)Taxonomy
f)Trademark search di IP Online

3- DAFTAR COPYRIGHT DI MALAYSIA

a)Borang-borang yang perlu diisi
b)Bayaran yang perlu dibayar kepada MyIPO
c)Statutory Declaration

a)Borang-borang yang perlu diisi b)Bayaran yang perlu dibayar kepada MyIPO c)Statutory Declaration d)NICE Classification e)Taxonomy f)Trademark search di IP Online

ELEMEN PENJENAMAAN YANG BERTERUSANBila kita lekatkan jenama kita di badan...pasti kita akan rasa bangga... cara ini bole...
30/08/2019

ELEMEN PENJENAMAAN YANG BERTERUSAN
Bila kita lekatkan jenama kita di badan...pasti kita akan rasa bangga... cara ini boleh kita praktikkan sebagai satu usaha berterusan untuk menaikkan jenama kita untuk impak jangkapanjang.... kita boleh curi perhatian orang dengan kreativiti kita..kita buat diri kita sebagai billboard bergerak...
ADLY jika tidak dicelikkan hal penjenamaan.. sampai sudah tak tau peri pentingnya jenama dan penjenamaan...
Kalau nak tau banyak lagi teknik BERKOS RENDAH dan ada KOS YANG SANGAT RENDAH..untuk berpromosi.. daftar segera!
http://bit.ly/PENJENAMMAN now!!

28/08/2019

*PENTING SANGAT KE JENAMA NI SEHINGGA JENAMA-JENAMA BESAR SANGGUP MELABUR SEHINGGA JUTAAN RM SEMATA-MATA UNTUK PENJENAMAAN DAN BERBALOI KE PELABURAN TU?*
Tau tak jenama sebenarnya adalah *penambah nilai* pada sesuatu produk mahupun pada *personal branding*..Ia ibarat bahan *penambah perisa*...bagaimana ia berperanan?
Bila kita ada jenama/logo, ia akan buat sesuatu produk itu akan menjadi lebih bernilai dan berharga!..Tidak kiralah sebesar mana saiz perniagaan kita dan bagaimana kita berniaga..walaupun hanya berniaga sebalang jus mangga dengan sekaki payung..jenama dan penjenamaan akan membuatkan ia lebih bernilai dan *ada nilai tersendiri!*
Ramai dari IKS lebih selesa bermain dan berlawan harga berbanding “menjual nilai” penjenamaan *tanpa* mereka sedar cara ini akan meletakkan perniagaan mereka berisiko untuk tidak kekal lama (sustainability)... kita mesti tak mahu bisnes kita gulong tikar sekelip mata kan?
“Branding Awareness “ yang berterusan mampu menyumbang daya “sustainability” kepada produk dan bisnes kita untuk jangkapanjang...inilah yang dilakukan oleh jenama-jenama besar sehingga kini! Ia sangat-sangalah berbaloi!.. Jadi kenapa kita tidak ikut strategi ini?
Saya pasti anda sangat teruja nak pelajari teknik bagaimana jenama dan penjenamaan boleh buat bisnes kita “sustain!”...!
Sesi perkongsian ilmu dalam *Seminar Penjenamaan dan Strategi Pemasaran Lautan Biru* ini oleh pakar penjenamaan yang lebih 10 tahun mengabdikan dirinya dalam dunia penjenamaan dan banyak pengalaman dari luarnegara.
Tarikh : 07&08 Sept 19
Masa. : 08.00pagi - 5.00 petang
Lokasi : Bluewave Hotel Shah Alam
Yuran : RM100 (termasuk makan dan sijil penyertaan - tiada bilik penginapan di sediakan)
Segerakan pendaftaran kerana tempat terhad di
http://bit.ly/PENJENAMAAN
Jika ada sebarang persoalan, team kami sedia membantu anda
Hubungi
www.wasap.my/60133000161/AdlyPenjenamaanFAMA
www.wasap.my/60169803317/AsmadiPenjenamaanFAMA
www.wasap.my/60138174166/ASMAPenjenamaanFAMA

ada yang berminat?hubungi nombor tertera
18/08/2019

ada yang berminat?hubungi nombor tertera

OFFICIALLY LAUNCHING 💥💥💥💥✨✨✨✨

BENGKEL PENGACARAAN SIRI 2 by Norish Hassan : BP SIRI 2.0 📸📷🎥📽️📹📺📻🎤
Kata Hamka tentang kehidupan dan ILMU Pengetahuan :

" Semakin banyak ILMU, semakin lapang hidup. Semakin KURANG ILMU, semakin sempit hidup "
" VOICE IS WEALTH "🎤 @ BP SIRI 2.0 dan Tahukah Anda, jadi Pengacara Majlis boleh buat DUIT ?
STAY TUNED !
SALAM HORMAT,

Jemputan hadir perkasa ILMU PENGACARAAN, PENGUCAPAN AWAM BERIMPAK TINGGI, TIPS & TEKNIK KOMUNIKATOR BERPENGARUH DALAM KOMUNIKASI BERKESAN ALAF BARU !
BENGKEL PENGACARAAN SIRI 2, BP SIRI 2.0 adalah program PERTAMA seumpamanya di Malaysia yang menggabungkan pelbagai elemen KOMUNIKASI BERIMPAK TINGGI senang guna pakai lagi terbukti !
🎤 SPEAKER UTAMA : Norish Hassan.

° 19 TAHUN bergelanggang

° Graduan Ijazah Pertama Bidang Komunikasi Pengkhususan Penyiaran & Perfileman ( Broadcasting & Filming ) dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Selangor.

° Sarjana Bidang Kerja Sosial & Perubatan ( Master of Medical Social Work : MMSW ) Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

° Pengacara Dwibahasa ( Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris )

° Penyampai Suara Latar Professional Dwibahasa ( Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris )

° MENTOR IPT Lantikan IPT, Fakulti Teknologi, Kreatif Dan Warisan ( FTKW ) Universiti Malaysia Kelantan.

° Media Representative bagi Iklan Promo Radio dan TV ( RTM & Media Prima )

° Speaker Industri

° Jurucakap Produk & Servis Perkhidmatan Dwibahasa ( Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris )

° Pengasas NEEP HQ | NEEP Kuala Lumpur
📸🎥📽️ DUA ( 2 ) FIGURA TERULUNG TANAH AIR & ANTARABANGSA
Kami bawa peserta rasakan sendiri AURA dari DUA (2 ) FIGURA terulung tanah air dan juga Antarabangsa, Speaker Jemputan yang akan berkongsi secara EKSKLUSIF pengalaman SENDIRI bergelanggang yang pasti buat kalian TERUJA !
Ini terbukti VERSATILE ! Proven Track Record !
🎤 FIGURA 1 : Ebeng @ Suhaimi Hj Muhammad

° 38 TAHUN Pengalaman dalam Industri Penyiaran Tempatan & Antarabangsa

° Pemenang Anugerah Seri Angkasa : Kategori Penerbit Hiburan Radio Terbaik

° Penyampai Sukan Dalam Liputan Sukan Komanwel & Sukan Olimpik

° Pengulas Sukan

° Pengulas Acara Rasmi

° Pengacara Majlis Professional

° Pengerusi Pitching Jabatan 2015- 2016
( Radio Televisyen Malaysia : RTM )
🎤 FIGURA 2 : Dato' Ustaz Tuan Asmawi Tuan Umar

°Lebih 30 TAHUN dalam Industri Penyiaran Tempatan & Antarabangsa

° Pengacara Majlis & Penyampai Suara Latar Professional Antarabangsa Tiga Bahasa ( Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu )

° Penasihat Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia ( PPIM )
💥💥💥💥💥💥💥
BP SIRI 2.0 sebenarnya LAYAK untuk SIAPA ?
Ok, Kalian yang berminat, senang cerita.
Tapi....Jika Kalian berada di dalam Kategori di bawah, sangat lah di alukan sertai BP SIRI 2.0 !
💥💥💥Mereka yang berminat untuk menjadi Pengacara Majlis @ DJ, Penceramah, Penyampai Suara Latar, Jurucakap Produk & Servis Perkhidmatan ,Pengacara Majlis @ DJ sedia ada, Usahawan, mereka yang terlibat sebagai Pengacara Majlis Jabatan/ Agensi / Pemimpin Organisasi / NGO / Sales & Marketing / NGO, Agen Insuran, Unit Trust, Hartanah serta pelajar IPTA / IPTS.
Kalian yang nak SURVEY dulu pun takpe, janji DAFTAR !
Atau , Kalian yang nak TOP UP ILMU KOMUNIKASI sangatlah di alukan 🎬📷
Ok ya 😎 Sekadar itu PROMO VERSION BP SIRI 2.0
Kita KONGSI lebih banyak dalam BENGKEL PENGACARAAN SIRI 2 nanti ya.
💥 TERHAD 30 ORANG SAHAJA : FIRST COMES FIRST SERVE !
Lambat tinggal, SEAT abis ! 🎤😎
Buka untuk PENDAFTARAN RASMI SEKARANG !💥💥
WHATSAPP 014. 609. 6758 dan BOOKING SEAT anda SEKARANG !
💥💥EARLY BIRD TERHAD 3 ORANG SAHAJA ! So... Cepattt 🤩🤩🤩
✓Daftar Individu
✓Diskaun Pelajar
✓Daftar Kumpulan ( 3 Orang, PERCUMA SATU ORANG : 3 + 1 )
WHATSAPP NOW FOR INFO :

014 609 6758

014 609 6758

014 609 6758
🎬📷📽️🎥
BP SIRI 2.0 " VOICE IS WEALTH "
Salam Takzim ,

📸 Team Norish Hassan 2019 ™

Address

3/1 Jalan Puteri 2/5 Puchong
Puchong
47100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KUD Machang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to KUD Machang:

Share