12/07/2022
*BANK NEGARA NAIKKAN OPR 0.25%*
Overnight Policy Rate (OPR) adalah kadar keuntungan / interest yang dikawal oleh BNM. OPR akan berubah mengikut situasi ekonomi semasa. Semasa ekonomi jatuh contohnya akibat Covid-19, OPR diturunkan. Jadi kadar interest bank juga turun. Apabila ekonomi kembali stabil, OPR biasanya akan naik kembali. Kadar keuntungan/interest semua bank di Malaysia biasanya akan ikut perubahan OPR bank negara.
Perubahan OPR akan menyebabkan perubahan pada kadar keuntungan bank untuk pembiayaan jenis Variable Rate seperti Pembiayaan Rumah dan Pembiayaan ASB. Untuk jenis fixed rate seperti Personal Loan dan Kereta, tak terkesan.
*Variable Rate*
Jika OPR turun, kadar keuntungan turun, bayaran pun lebih rendah.
Jika OPR naik, kadar keuntungan naik, bayaran pun lebih tinggi.
Contoh;
Sebelum Covid 19;
- Ekonomi Baik
- Dividen ASB sekitar 7%
- Kadar keuntungan bank (interest) sekitar 5%.
Ketika Covid 19;
- Ekonomi Teruk
- Dividen ASB sekitar 5%
- Kadar keuntungan bank (interest) sekitar 3.45%. (Turun Banyak)
*Pada 6 July 2022, BNM naikkan OPR sebanyak 0.25% daripada 2.00% kepada 2.25%.*
Kebiasaannya, semua bank di Malaysia pun akan naikkan rate sebanyak 0.25% juga. Jika sebelum ini 3.70%, akan naik jadi 3.95%. Yang 4.00% akan naik jadi 4.25%. Tunggu je pengumuman bank masing-masing. Ada bank yang cepat naikkan, ada bank yang lambat sikit untuk bagi masa kepada pengguna.
*Kenapa ASB Financing perlu guna kaedah variable rate?*
Ini untuk mengelakkan pelabur kerugian ketika ekonomi teruk. Jika ASBF guna fixed rate, ramai yang akan kerugian jika dividen rendah kerana interest bank kekal.
Apabila guna variable rate, ketika ekonomi teruk, dividen rendah, interest rate pun rendah. Jadi risiko untuk pelabur rugi lebih rendah.
Ketika ekonomi baik, dividen tinggi, interest rate pun tinggi. So win-win situation.
_*Yang penting, kadar dividen semasa lebih tinggi daripada interest rate._
*Harapan Masa Depan*
Diharapkan kenaikan OPR yang terkini menandakan prestasi ekonomi yang semakin pulih dan dividen ASB tahun 2022 lebih baik berbanding 2021.
*Kadar bayaran baru*
Semua bank akan revise bayaran ASBF pelabur. Tapi takkan berlaku on the spot. Mungkin akan ambil masa 1-2 bulan untuk mulakan kadar bayaran baru. Pihak bank akan maklumkan kepada pelabur, biasanya melalui surat. Bagi yang ada online banking, boleh terus tengok dalam apps. Selagi belum dapat notis, bayar macam biasa dahulu.
Secara anggaran kasarnya, kenaikan OPR 0.25% akan menyebabkan kenaikan installment bulanan sebanyak;
200K - Naik sekitar RM30
150K - Naik sekitar RM22-23
100K - Naik sekitar RM15
50K - Naik sekitar RM7-8
10K - Naik sekitar RM1.5
1K - Naik sekitar RM0.15
Jumlah lain? darab lah sendiri dengan RM0.15 tu.
**Kadar kenaikan sebenar akan dimaklumkan oleh bank masing2.
Bagi yang dah buat bayaran lumpsum setahun, akan ada kekurangan untuk bulan ke 12 nanti. Nanti boleh tambah bayaran pada bulan ke 12. Sekarang tak perlu buat apa-apa lagi.
*Penutup*
Sebagai pelabur yang berilmu, kita takkan gelabah. Kita faham OPR akan berubah mengikut keadaan ekonomi. OPR naik menandakan ekonomi semakin baik daripada sebelumnya. Aktiviti ekonomi dalam negara juga dah boleh kembali beroperasi secara normal. Kemungkinan hasil pulangan dividen kita juga semakin baik di masa hadapan. Stay cool, melaburlah dengan ilmu. 😎
*NANTI SAYA AKAN UPDATE INFO DARI SEMASA KE SEMASA*
⚠️ *Tips nak mudah lulus permohonan financing/loan:*
- Apply lah secepat mungkin sebelum bank naikkan BR. Sebab sekarang kiraan kelayakan masih ikut bayaran rate lama.
- Selepas ini, bayaran loan-loan lain seperti loan rumah pun akan naik. Jadi komitmen akan jadi tinggi dan makin susah nak lulus loan baru.
https://linktr.ee/adibajalil