04/11/2026
Bila Ayam Jadi Persoalan! 🍗
Isu berkaitan penyembelihan ayam dan status halal semakin mendapat perhatian masyarakat. Pelbagai persoalan timbul mengenai proses penyembelihan, pemantauan serta peranan pihak berkuasa dalam memastikan pematuhan halal.
Bagi yang ingin mendapatkan penjelasan lanjut, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengadakan sesi JAKIM 360: Soal Apa Sahaja bagi membincangkan isu ini bersama panel daripada Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM.
📅 5 November 2026 (Khamis)
🕝 2.30 petang
📲 Siaran langsung di platform rasmi MyJAKIM
Orang ramai juga berpeluang mengemukakan pertanyaan secara langsung sepanjang sesi berlangsung.
Semoga perkongsian ini dapat membantu meningkatkan kefahaman masyarakat tentang penyembelihan halal berdasarkan maklumat yang tepat dan berautoriti.
📌 Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
AYAM JADI BUALAN, RAMAI YANG TERTANYA-TANYA!
Bila isu ayam hangat diperkatakan, macam-macam persoalan timbul. Betul ke JAKIM boleh ambil tindakan? Siapa yang pantau proses penyembelihan? Macam mana p**a nak pastikan status halal? Banyak yang kita dengar, tapi sejauh mana yang kita benar-benar faham?
Haa, inilah masanya untuk dapatkan jawapan dalam JAKIM 360: Soal Apa Sahaja dengan tajuk “Bila Ayam Jadi Persoalan!”
📅 5 November 2026 (Khamis) | 2.30 petang
📲 LIVE di platform rasmi MyJAKIM.
Jom sertai sesi bersama panel daripada Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM dan ajukan persoalan anda secara langsung!
Jom dapatkan fakta, bukan sekadar persepsi!
Sijil penyertaan turut disediakan.🎓