Andy Syamsuddin - Tips Bisnes F&B

Andy Syamsuddin - Tips Bisnes F&B Usahawan F&B dan Business Content Creator

04/06/2025

Untuk menarik pelanggan katering dari fasa awareness.

Strategi funneling mestilah bermula dengan pendekatan yang betul.

- Membina kepercayaan

- Menjentik minat

Dan,

- Menanam ‘desire’ sebelum mendorong prospek untuk mengambil tindakan tempahan.

26/05/2025

Staf Bermasalah? Salah Siapa?

Bila staf tidak perform, ramai majikan terus menyalahkan mereka.

Tetapi sebagai usahawan, kita kena tengok semula dari awal:

Adakah kita ni betul-betul melakukan proses ‘funneling’ yang tepat sewaktu mengambil staf?

Macam mana kita tapis calon?

Ada atau tidak job description yang jelas?

Ada onboarding atau training sistematik selepas mereka memulakan kerja?

Kalau semua ni tidak ada, jangan pelik kalau hasilnya tidak ke mana.

Sama juga macam pelanggan.

Kita selalu mencari ramai pelanggan tetapi bukan semua pelanggan itu sesuai dengan bisnes kita.

> Usahawan yang bijak bukan cari semua orang. Tetapi cari orang yang betul.

Maka, ini antara funnel yang kita patut ada:

1. Funneling Staf:

Iklan jawatan yang spesifik. Nyatakan nilai syarikat & ciri staf yang dicari.

Saringan awal. Guna borang soalan untuk tapis attitude dan komitmen.

Temuduga dengan keadaan yang sebenar.

Latihan + KPI jelas dari hari pertama.

2. Funneling Pelanggan:

Kenal pasti target pelanggan.

Siapa mereka?
Apa masalah mereka?

Konten marketing.

Tarik dengan ilmu, bukan hard sell semata-mata.

Follow up & nurture.

Jangan biar mereka hilang selepas pertama kali engage.

Tidak kira staf atau pelanggan, keduanya perlu di-filter dari awal.

Dalam perkara ini, ianya bukan soal nasib tetapi ini soal strategi kita berbisnes.

28/02/2025

UNTUK T**E BISNES MAKAN,

Ingatlah: kestabilan perniagaan bukan diukur melalui hebahan kejayaan, tetapi melalui konsistensi.

Fokuslah pada asas operasi—pastikan kebersihan sentiasa terjaga, servis pantas, dan makanan berkualiti.

Promosi yang berlebihan tidak berguna jika asas ini diabaikan.

Pelanggan datang semula bukan kerana iklan yang gah, tetapi kerana pengalaman makan yang memuaskan setiap kali mereka datang.

28/02/2025

Kalau Serius Nak Mulakan Bisnes Kedai Makan, Tanya Diri Anda 20 Soalan Ini Dahulu.

1. Modal, Bagaimana Anda Akan Perolehi?

Adakah anda sudah buat perancangan untuk dapatkan modal? Adakah daripada simpanan sendiri, pinjaman, atau pelabur?

2. Kemahiran Diri Apa yang Akan Anda Gunakan Pada Peringkat Awal?

Adakah anda ada kemahiran memasak, mengurus akaun, atau memasarkan produk secara online? Bagaimana anda akan manfaatkan kemahiran ini untuk jimat kos?

3. Sejauh Mana Anda Tahu Tentang Pengiraan Kos?

Adakah anda tahu cara kira kos bahan mentah, utiliti, gaji pekerja, dan sewa kedai? Bagaimana anda akan pastikan margin keuntungan cukup?

4. Jika Lokasi Kedai Jauh Dari Orang Ramai, Apa Plan Anda?

Adakah anda sudah fikirkan tentang delivery online atau pemasaran digital untuk tarik pelanggan dari jauh?

5. Bagaimana Anda Akan Pastikan Menu Anda Relevan dan Laris?

Adakah anda buat kajian pasaran dan ikut trend makanan terkini? Bagaimana anda akan sesuaikan dengan selera tempatan?

6. Adakah Anda Tahu Break-Even Point (BEP) Bisnes Anda?

Bilakah bisnes anda akan mula untung? Adakah anda sudah buat kiraan BEP untuk elakkan kerugian?

7. Bagaimana Anda Akan Urus Stok?

Seberapa kerap anda akan periksa stok? Adakah anda guna sistem stok yang efektif untuk elak pembaziran?

8. Adakah Anda Peka dengan Kepuasan Pelanggan?

Bagaimana anda akan pantau maklum balas pelanggan? Adakah anda ambil serius komen2 di media sosial?

9. Bagaimana Anda Akan Jaga Kualiti Bahan Mentah?

Adakah anda ada pembekal yang konsisten? Bagaimana anda akan pastikan bahan mentah berkualiti dan harga kompetitif?

10. Pemasaran: Adakah Anda Hanya Fokus Pada ‘Post & Pray’?

Adakah anda akan guna strategi pemasaran berbayar dan analisis prestasi iklan? Bagaimana anda akan tarik pelanggan baru secara efektif?

11. Berapa Banyak Anda Tahu Tentang Kompetitor Anda?

Adakah anda kaji menu, harga, dan strategi pemasaran pesaing? Bagaimana anda akan rancang untuk bersaing dengan lebih baik?

12. Bagaimana Anda Akan Latih Pekerja?

Adakah anda akan beri latihan menyeluruh termasuk layanan pelanggan? Bagaimana anda pastikan pekerja faham standard operasi kedai?

13. Adakah Anda Mengambil Kira Perubahan Selera Pelanggan?

Bagaimana anda pantau trend makanan? Adakah anda akan sedia untuk tukar menu jika perlu?

14. Bagaimana Anda Akan Kawal Kos Operasi?

Adakah anda sentiasa kaji kos operasi seperti utiliti, gaji, dan penyelenggaraan? Bagaimana anda akan kurangkan pembaziran?

15. Adakah Anda Bersedia dengan Pelan Kecemasan?

Sekiranya berlaku krisis seperti pandemik, adakah anda sudah ada pelan B seperti delivery atau jualan online?

16. Bagaimana Anda Akan Manfaatkan Feedback Pelanggan?

Adakah anda guna feedback untuk perbaiki menu dan servis? Bagaimana anda akan tunjuk pada pelanggan yang pendapat mereka dihargai?

17. Adakah Anda Tahu Cara Maksimumkan Untung Tanpa Menaikkan Harga?

Adakah anda fikirkan tentang upsell seperti side dishes atau minuman istimewa? Menu mana yang akan beri margin keuntungan tinggi?

18. Adakah Anda Fokus pada Pengalaman Pelanggan?

Bagaimana anda akan tingkatkan pengalaman pelanggan di kedai? Adakah suasana dan layanan cukup mesra dan selesa?

19. Bagaimana Anda Akan Urus Masa Operasi?

Adakah waktu operasi anda sesuai dengan peak hour pelanggan? Bagaimana anda akan atur shift pekerja untuk optimumkan perkhidmatan?

20. Apa Perancangan Anda untuk Kembangkan Bisnes?

Adakah anda sudah fikirkan tentang cawangan baru, franchising, atau perluasan menu? Bagaimana anda akan kembangkan bisnes dalam tempoh 2-3 tahun?

Fikirkan soalan-soalan ini secara serius sebelum melangkah ke dalam bisnes F&B khususnya kedai makan atau restoran.

Jawapan yang jelas dan strategi yang tepat akan bantu anda kekal relevan dan untung dalam industri yang semakin kompetitif ini.

28/02/2025

Pramusaji juga di ambil kira sebagai kos dalam pengurusan. Besar majlis semakin ramai pramusaji diperlukan.

Pesanan dari Puan Ainon Mohd.
27/02/2025

Pesanan dari Puan Ainon Mohd.

26/02/2025

8 PERKARA YANG BOS SELALU BUAT SAMPAI PEKERJA JADI MELUAT.

Kadang-kadang, pekerja ni bukan malas. Mereka bukan sengaja buat kerja secara cincai.

Tapi, bos sendiri tidak nampak apa yang dia buat sampai pekerja hilang semangat untuk bekerja.

Kalau asyik salahkan pekerja tanpa cermin diri, lama-lama yang tinggal cuma staf baru yang silih berganti—dan bisnes tetap tunggang langgang.

DARI HATI SEORANG PEKERJA,

Ini 8 kesilapan bos yang buat kami rasa nak give up:

1. Arahan Yang Berbelit & Tak Jelas.

Hari ni suruh buat A, esok kata salah, kena buat B p**a. Mana satu yang betul? Kami ikut, tapi bos sendiri tak pasti apa yang dia nak. Bila silap, siapa yang kena marah?

2. Cakap Nak Pekerja Setia, Tapi Tak Pernah Hargai Pengorbanan.

Bos nak kami setia, kerja lama-lama, anggap bisnes macam family sendiri.

Tapi bila pekerja berusaha lebih, langsung tak nampak.

Terima kasih pun kadang tak ada, apatah lagi bonus.

3. Kerja Berlambak, Gaji Tak Setimpal.

Pekerja datang kerja sebab nak cari makan, bukan buat kebajikan. Kerja bertambah, tanggungjawab makin berat, tapi gaji tak naik-naik. Lepas tu bos pelik kenapa pekerja ramai cabut lari?

4. Tak Pernah Tanya Pekerja Penat Ke Tak?

Kami pun manusia. Ada hari badan tak larat, ada hari kepala serabut. Tapi bos tak pernah ambil tahu, yang penting kerja siap. Bila ada staf moody sikit, terus label ‘tak perform’.

5. Semua Idea Bos Betul, Pekerja Tak Boleh Tegur.

Kalau pekerja ada cadangan, belum sempat habis cakap, bos dah tolak. Lagi teruk, ada bos s**a menyindir—“Kalau pandai sangat, buka kedai sendiri lah.” Kalau bos tak boleh dengar pekerja, macam mana bisnes ni nak berkembang?

6. Janji Manis, Tapi Semua Habuk.

Cakap nak naikkan gaji, tunggu bulan depan. Sampai bulan depan, senyap. Cakap nak bagi cuti tambahan, tiba-tiba hilang cerita. Kalau pekerja tak tepati janji, bos boleh marah. Tapi kalau bos sendiri?

7. Peraturan Ketat, Tapi Bos Sendiri Yang Langgar.

Dulu bos cakap tak boleh main telefon waktu kerja, tapi dia sendiri asyik scroll Facebook.

Suruh pekerja datang tepat masa, tapi bos masuk tengah hari. Bos ingat pekerja tak perasan?

8. Asyik Kira Untung, Tapi Pekerja Tak Dipedulikan.

Bos sibuk kira duit masuk, tapi tak peduli pekerja cukup rehat ke tak, makan ke belum, atau ada masalah ke. Kalau pekerja bosan dan mula cari kerja lain, jangan tanya kenapa.

Jadi, Apa Sebenarnya Pekerja Nak?

Bukan semua pekerja s**a lompat kerja. Kalau tempat kerja best, ada penghargaan sikit, gaji okay, dan bos layan pekerja macam manusia—kami pun sanggup bertahan lama.

Jadi, kalau asyik salahkan pekerja jak, cuba fikir balik… siapa sebenarnya yang jadi punca?

Kita sendiri sebagai bos, tepuk dada tanya lah hati.

26/02/2025

Hargailah Tempatmu Bekerja..

Tak semua orang berpeluang memiliki pekerjaan.
Tak semua orang bernasib baik mendapat rezeki yang tetap.

Walaupun tempat bekerja sekarang mungkin tak membuatmu kaya raya, ingatlah… dari situlah rezekimu mengalir.

Dari situlah nafkah untuk keluargamu terjaga.

Kadang-kadang, kita terlalu sibuk melihat kekurangan hingga lupa bersyukur dengan apa yang ada.

Gaji mungkin tak setinggi impian, tapi pengalaman dan ilmu yang diperoleh jauh lebih bernilai.

Bukan semua rezeki diukur dengan wang ringgit.

Ada rezeki dalam bentuk ilmu, ada rezeki dalam bentuk hubungan baik dengan rakan sekerja, dan ada juga rezeki dalam bentuk pengalaman yang mematangkan diri.

Bersyukurlah dengan pekerjaan yang ada, sambil terus berusaha meningkatkan diri.

Bukan kerana kita puas hati dengan yang sedikit, tapi kerana kita menghargai apa yang kita miliki sekarang.

Kerana rezeki itu bukan soal jumlah, tapi keberkatannya.

Hargailah tempatmu bekerja hari ini, kerana ia adalah satu anugerah yang tak ternilai.

Andy Syamsuddin.

25/02/2025

“Kerja Macam Hamba, Tapi Hak Saya Majikan Kebas!”

Saya kerja siang malam. Masuk pagi, balik tengah malam.

Tak pernah berkira bila bos suruh kerja lebih. Tapi bila tiba masa saya tuntut hak sendiri? Langsung tak dipedulikan!

✅ Gaji Selalu Lewat – Setiap bulan saya terpaksa ‘mengemis’ untuk gaji sendiri. Kadang-kadang dapat separuh, kadang langsung tak nampak bayang.

✅ KWSP & Perkeso? Haram Tak Bayar! – Gaji dipotong setiap bulan, tapi bila semak akaun KWSP, langsung tak ada caruman. Duit saya entah ke mana!

✅ OT Free-Free! – Saya kerja lebih masa hampir setiap hari, tapi majikan buat bodoh. Bila tanya pasal OT, jawapan dia “Ini dah termasuk dalam gaji.”

✅ Cuti? Lupakan! – Cuti tahunan macam tak wujud. Kalau cuti sakit pun, saya kena cari pengganti sendiri. Kalau tak, gaji kena potong!

✅ Tiba-Tiba Kena Buang – Tanpa notis, tanpa pampasan. Saya tak sempat cari kerja lain pun, tiba-tiba diberhentikan macam tu saja.

Saya tahu saya bukan seorang saja yang kena.

Ramai lagi kawan-kawan di luar sana yang senasib.

Kita bukan minta lebih, cuma hak yang sepatutnya kita dapat!

++++++++

Dan kalau anda seorang majikan, tanya diri sendiri… adakah anda majikan seperti ini?

25/02/2025

OWNER BISNES MAKAN, NAK KEMBANGKAN MODAL & TARAF HIDUP? AMALKAN TEKNIK KEWANGAN NI – "DELAYED GRATIFICATION"!

Ramai usahawan F&B rajin bekerja, rajin berusaha dan bekerja keras, tapi akhirnya duit bisnes macam air lalu—masuk banyak, keluar pun laju!

Bila nak kembangkan modal atau upgrade taraf hidup, duit sentiasa tak cukup.

Pernah ke rasa macam ni?

Salah satu teknik kewangan yang boleh ubah cara anda urus duit adalah “Delayed Gratification” atau menunda kepuasan.

Konsep ini diperkenalkan oleh Walter Mischel, seorang pakar psikologi terkenal yang menjalankan eksperimen "Marshmallow Test" pada tahun 1970-an.

Kajian ini membuktikan bahawa mereka yang mampu menahan diri daripada kepuasan segera lebih berjaya dalam hidup, termasuk dalam pengurusan kewangan.

SEBAGAI OWNER BISNES MACAM MANA NAK AMALKAN?

1. Bezakan antara "KEPERLUAN" vs. "KEHENDAK"

Kenaikan jualan bulan ni tinggi? Jangan terus tukar telefon baru atau beli kereta mewah. Simpan modal untuk stok, marketing, atau tambah pekerja dulu.

Anda perlu mesin kopi baru sebab mesin lama rosak (keperluan) atau hanya nak model terbaru sebab nampak lebih canggih (kehendak)?

2. Guna Prinsip "Simpan Dulu, Belanja Kemudian"

Setiap kali ada untung, asingkan sebahagian untuk simpanan & modal pusingan sebelum belanja lain.

Bina dana kecemasan 3-6 bulan supaya tak perlu korek duit bisnes bila ada hal tak dijangka.

3. Laburkan Keuntungan, Bukan Habiskan Semua

Kalau bisnes makin stabil, cari cara untuk kembangkan—buka cawangan baru, tambah menu premium, atau invest dalam training staff.

Wang yang dilabur dengan bijak akan beri p**angan lebih besar berbanding memuaskan kehendak sekejap.

4. Amalkan Disiplin Kewangan

Tulis bajet bisnes & peribadi, jangan guna akaun bisnes macam akaun sendiri.

Tetapkan gaji tetap untuk diri sendiri, jangan "curi" duit bisnes ikut s**a.

APA KESANNYA JIKA TIDAK PRAKTIKKAN?

Tanpa kesabaran & disiplin kewangan, bisnes nampak maju tapi hakikatnya kosong.

Ramai jak owner kedai makan nampak berjaya, tapi hutang keliling pinggang.

Nak naikkan taraf hidup?

Belajar sabar & urus duit dengan bijak.

Teknik Delayed Gratification ni memang perlukan mental yang kuat.

Tapi percayalah, hasilnya sangat berbaloi untuk bisnes & kehidupan anda!

Andy Syamsuddin

23/02/2025

Cara Dapatkan Tempahan Katering dengan Framework Funneling Marketing.

Dalam bisnes katering, mendapatkan tempahan bukan sekadar meletak iklan dan tunggu pelanggan datang.

Anda perlukan strategi yang betul—bukan hanya sekadar bermain nasib.

Framework funneling marketing adalah teknik tersusun yang boleh bantu anda tarik prospek, tukar mereka jadi pelanggan, dan buat mereka repeat order.

Apa Itu Funneling Marketing?

Funneling marketing ialah proses menapis pelanggan dari orang 'asing' hingga mereka jadi pelanggan setia.

Konsepnya mudah: tarik perhatian, bina kepercayaan, buat mereka beli, dan kekalkan mereka sebagai pelanggan setia.

Mari saya tunjukkan bagaimana anda boleh guna strategi ini untuk bisnes katering anda.

1. Tarik Perhatian (Top of Funnel - Awareness)

Di peringkat ini, matlamat anda ialah buat orang kenal bisnes anda.

Caranya:
✅ Content Marketing – Kongsi resipi, tips makanan, atau behind-the-scenes dapur anda di Facebook, Instagram atau TikTok.
✅ Facebook & IG Ads – Buat iklan berbayar targeting orang yang perlukan katering untuk majlis.
✅ SEO & Google My Business – Pastikan bisnes anda mudah dicari di Google.

2. Bina Kepercayaan (Middle of Funnel - Consideration)

Prospek dah nampak anda, tapi mereka belum yakin. Anda perlu buktikan yang anda adalah pilihan terbaik:

✅ Testimoni & Review – Pastikan pelanggan puas hati beri review positif.
✅ Live Video / Behind The Scene – Tunjukkan bagaimana anda siapkan tempahan untuk tarik keyakinan.
✅ Lead Magnet (Free Sample/Offer) – Tawarkan sample percuma atau diskaun khas untuk first-time order.

3. Tindak Balas & Penjualan (Bottom of Funnel - Conversion)

Bila prospek dah percaya, sekarang masa untuk mereka buat tempahan.
✅ Offer & Promosi Menarik – Contoh: “Early Bird Discount untuk tempahan raya!”
✅ Sistem Tempahan Mudah – Gunakan WhatsApp Business, borang tempahan atau sistem online.
✅ Follow-Up & Urgency – Gunakan strategi “limited slot” supaya pelanggan cepat buat keputusan.

4. Kekalkan Pelanggan (Retention & Referral)

Jangan berhenti selepas satu tempahan.

Pastikan pelanggan datang lagi!
✅ Layanan Terbaik – Pastikan servis & makanan berkualiti tinggi.
✅ Loyalty Program – Beri ganjaran untuk pelanggan setia.
✅ Referral Program – Galakkan pelanggan bawa rakan dengan insentif khas.

Jika anda buat strategi funneling ini dengan betul, bisnes katering anda bukan sekadar dapat tempahan—tetapi akan ada pelanggan setia yang sentiasa menempah berulang!

23/02/2025

10 KELUHAN PELANGGAN YANG OWNER BISNES MAKAN TIDAK SEDAR, TAPI DORANG TERUS "ANGKAT KAKI"

Kadang kita rasa bisnes kita ni sudah okay, tapi kita tidak perasan pelanggan keluar dari kedai kita dengan yang hati panas.

Dorang malas mo komplen, tapi dalam hati sudah senaraikan dan blacklist kedai kita!

Kalaulah ada masalah macam ni, jangan heran pelanggan akan datang balik.

---

+ SERVIS LEMBAB & STAFF DATANG DENGAN "MUKA YANG KETAT"

“Order lambat, meja sebelah datang kemudian tapi dorang sudah makan duluan.”

“Panggil banyak kali, tapi staf buat-buat ndak nampak.”

“Muka staf macam orang yang terpaksa kerja, senyum pun payah.”

---

+ HARGA Mahal MACAM YAHU**, TAPI RASA MACAM 'BESA-BESA JAK'

“Mahal, tapi portion satu dua kali suap sudah habis.”

“Minuman harga RM8, tapi cair sampai tiada rasa ni.”

---

+ TEMPAT MAKAN ATAU MEJA YANG KOTOR, PELANGGAN RASA MELUAT

“Pinggan dan meja makan masih ada sisa makanan pelanggan sebelum ni.”

“Tandas bau busuk, sekali masuk terus hilang selera.”

---

+ MAKANAN YANG TIDAK KONSISTEN, PELANGGAN AKAN KECEWA

“Dulu sedap, sekarang rasa ‘out.”

“Order ayam goreng, tapi bila pelayan sampai ‘boss ayam habis sudah’—

Eemmm, kenapa tidak bagitahu awal?”

“Makan separuh jalan, baru nampak ‘free topping’—rambut orang!”

BISNES KITA NI MAU JALAN JAUH ATAU MAHU CEPAT BUNGKUS?

Pelanggan tidak komplen depan kita, tapi dorang komplen dalam WhatsApp & media sosial!

Janganlah tunggu viral baru kita mau panik.

Kalau sudah ada tanda-tanda ni dalam kedai kita, cepat-cepatlah repair!

Address

G25, Ground Floor Golden Centre Putatan
Putatan
88200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Andy Syamsuddin - Tips Bisnes F&B posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share