05/07/2022
𝗘𝗠𝗔𝗦 𝗩𝗘𝗥𝗦𝗨𝗦 𝗥𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜𝗧
Sedar tak sedar, usia Ringgit Malaysia sudah mencecah 55 tahun setelah diperkenalkan selepas 10 tahun merdeka.
Dalam tempoh masa 55 tahun ini, kita telah melihat terlalu banyak jenis matawang kertas Ringgit Malaysia yang telah ditamatkan daripada penggunaan. Walaupun wang kertas Ringgit berwarna warni dan nampak cantik tapi hakikatnya fungsi wang kertas itu sendiri tertakluk kepada nilai yang diberi oleh kerajaan pada waktu tu.
Pada bila–bila masa sahaja, kerajaan boleh menarik balik duit kertas yang ada dalam pasaran dan meninggalkan nilai duit kertas itu menjadi kosong. Kebanyakan pakar kewangan sentiasa mengingatkan bahawa nilai wang kertas tidak bersandarkan apa-apa nilai yang kukuh kecuali jaminan kerajaan semata-mata.
Sebagai insuran kepada kewangan, kita sebagai rakyat marhen sudah pasti nak miliki wang yang kekal berharga dan bernilai sampai bila–bila kan❓
Wang sebenar yang terbukti sejak ribuan tahun yang lampau keka bernilai, mudah dicairkan, laku di seluruh pelusuk dunia dan berfungsi dalam semua keadaan adalah Emas.
Wang Emas sangat berbeza dengan wang kertas. Nilai wang Emas berdiri dengan sendirinya dan bersandarkan kepada ketulenan dan berat Emas itu sendiri.
Jika kita memiliki Emas, ia tidak akan membuatkan kita kaya dengan tiba-tiba dan yang paling penting dengan simpanan Emas, kita tidak akan mudah jatuh miskin dengan tiba-tiba.
Cuba lihat negara yang jatuh bankrup seperti Sri Lanka:
❌ Rakyat Sri Lanka akan jatuh miskin dengan tiba-tiba jika mereka simpan Rupee (LKR)
✅ Rakyat Sri Lanka tak akan jatuh miskin dengan tiba-tiba jika mereka simpan Emas
Sebab Emas masih bernilai di Sri Lanka dan di seluruh pelusuk dunia. Malah nilai dan harga Emas di Sri Langka naik berlipat kali ganda asbab matawang LKR jatuh merudum.
Adakah Malaysia berpotensi jadi situasi yang sama❓
Dengan situasi Politik dan Ekonomi dunia sekarang ini, apa-apa pun boleh berlaku‼️ Negara kita tidak terkecuali.
Kita sebagai rakyat marhen tidak boleh kawal Politik dan Ekonomi negara serta Dunia tapi kita masih boleh kawal kekayaan kita dengan simpanan Emas. Sebab nilai Emas tidak bergantung dengan mana-mana kerajaan dan ia kekal bernilai sejak ribuan tahun yang lampau.
Saya kongsikan dari awal sampai akhir bagaimana cara-cara menguruskan kewangan dengan emas dan Public Gold untuk menangani kesan inflasi. Bacalah disini dan daftar secara PERCUMA: bit.ly/fanashafie