BNI Jutawan

BNI Jutawan Proudly representing the Putrajaya Region, we lead our referral partner businesses worldwide, driving impactful referrals in 79 countries.

20/05/2026

🎥 Episod 2 Bersama Abu Musa 🚀

Nak upgrade bisnes dari Enterprise ke Sdn Bhd?
Abu Musa bantu usahawan urus penubuhan syarikat, compliance dan beri nasihat berkaitan pengurusan syarikat dengan lebih sistematik 💼

Sebagai Company Secretary dan juga Founding Member BNI Jutawan sejak 2023, beliau aktif membantu ramai usahawan grow ke next level 🔥

CongratulationsHaji Faliq, Pakar Umrah DIY Malaysia! 🚀Tahniah atas renewal buat tahun ke-5 bersama BNI JUTAWAN — simbol ...
05/05/2026

Congratulations

Haji Faliq, Pakar Umrah DIY Malaysia! 🚀

Tahniah atas renewal buat tahun ke-5 bersama BNI JUTAWAN — simbol komitmen, growth dan kepercayaan yang berterusan.

Let’s keep growing, connecting & accelerating together!

Jutawan Minda Akhirat

🔥 FEATURE PRESENTATION BNI JUTAWAN 🔥Nak expand network, tambah peluang bisnes & dapat insight dari pemain industri seben...
30/04/2026

🔥 FEATURE PRESENTATION BNI JUTAWAN 🔥

Nak expand network, tambah peluang bisnes & dapat insight dari pemain industri sebenar? Ini peluang anda.

📅 Selasa, 05 May 2026
⏰ 9.00 pagi – 11.00 pagi

🎤 Presenter 1: Reduan Syah Putra
General OEM Perfume Manufacturer
👉 Sesuai untuk:
✔️ Player perfume (online & offline)
✔️ Event owner
✔️ Government & GLC

🎤 Presenter 2: Azmi Ahmad
General Takaful
👉 Sesuai untuk:
✔️ Property manager
✔️ Car dealers
✔️ Doctors / specialists

💡 Ini bukan sekadar presentation — ini peluang untuk bina connection berkualiti & grow bisnes anda bersama network usahawan serius.

📌 Refer & jemput kenalan yang sesuai — mungkin ini peluang besar mereka (dan anda 😉)

Jumpa anda di sana!

10/04/2026

Jutawan #1 - Jom kenal RP kami FARAH NYUSOO 🔥🔥🔥 - Pakar Lactation & Breastfeeding Pump! Farah sempat titip pesan kepada usahawan- Kita kena ada niat tau.. Niat apa? Jom sama-sama kita dengar…

11/03/2026

141 Minggu Konsisten — Ini Bukan Sekadar Networking

Ada orang fikir networking ini sekadar datang meeting, tukar kad bisnes, kemudian balik.

Tetapi realitinya, bisnes besar jarang lahir dari pertemuan sekali.
Ia lahir dari hubungan yang dibina secara konsisten.

Selasa lepas, BNI Jutawan telah mencatat satu lagi milestone penting —
pertemuan fizikal kami yang ke-141.

141 minggu usahawan berkumpul.
141 minggu berkongsi peluang.
141 minggu membantu bisnes sesama sendiri berkembang.

Dan hasilnya bukan sekadar sembang kosong.



Kuasa Komuniti BNI

Hari ini, komuniti BNI telah berkembang menjadi rangkaian usahawan terbesar di dunia.

🌍 355,000 pemilik bisnes di seluruh dunia
🇲🇾 7,464 ahli di Malaysia

Dan angka transaksi yang dihasilkan sangat luar biasa:

💰 RM104 Billion transaksi bisnes secara global
💰 RM2.24 Billion transaksi di Malaysia

Ini membuktikan satu perkara.

Networking yang betul boleh menjadi enjin pertumbuhan bisnes.



Prestasi Chapter BNI Jutawan

Untuk chapter kami sendiri, pencapaian setahun juga sangat membanggakan:

💰 RM5.38 Juta transaksi bisnes
🤝 2,915 pertemuan 1-to-1 antara ahli
🎯 2,499 referral diberikan

Angka ini menunjukkan satu perkara penting.

BNI bukan sekadar tempat berkenalan.

Ia adalah platform sistematik untuk menjana bisnes melalui hubungan yang dipercayai.



Slot Pendidikan: 54321 Renewal Activity

Slot pendidikan minggu ini menyentuh tentang 54321 Renewal Activity.

Penekanannya jelas.

Masuk bulan ketiga sebelum membership tamat — ahli sudah wajib renew.

Namun ada satu syarat penting.

Jika status masih “Gray” dalam MTL,
chapter sendiri tidak akan meluluskan renewal.

Ini kerana dalam BNI, membership bukan sekadar bayar yuran.

Ia adalah komitmen untuk menyumbang kepada komuniti.



Menghargai Mereka Yang Memberi

BNI sentiasa mengiktiraf mereka yang benar-benar mengamalkan prinsip Givers Gain.

Tahniah kepada penerima pengiktirafan bulan ini:

🏆 Referral Tertinggi Bulanan
Reza Natasha — Peguam Litigasi

🏆 Pembawa Tetamu Teramai
Anas — Farmasi

🏆 Pertemuan 1-to-1 Terbanyak
Afif — Konsultan Saham
Idora — Founder Momstribe

🏆 Pemberi Bisnes Terbesar Bulanan
Syaamil — Pakar Cukai

Di BNI, mereka yang memberi akan sentiasa dihargai.



Green Members Februari

Tahniah juga kepada ahli yang mencapai status Green Member bulan Februari:
• Chef Anuwar — Pakar Masak
• Sallehuddin — Peguam Korporat
• Nadia Zchang — Akademi Al-Quran
• Faliq Fauzi — Travel Umrah DIY
• Afiq Abdullah — Peguam Hartanah
• Afif Iza — Penasihat Saham
• Anas — Farmasi

Konsistensi ahli-ahli inilah yang menjadikan chapter terus berkembang.



Mesyuarat Seterusnya

Mesyuarat berikutnya akan diadakan secara online pada Khamis, 12 Mac 2026, bagi menggantikan mesyuarat pada minggu akhir Ramadhan.

Tahniah buat semua ahli BNI Jutawan atas komitmen yang berterusan.



Jemputan Kepada Pemilik Bisnes

Jika anda seorang pemilik bisnes, dan anda sedang mencari:

✔️ komuniti usahawan yang aktif
✔️ peluang referral berkualiti
✔️ rangkaian bisnes yang saling menyokong

Mungkin sudah tiba masanya anda mengenali BNI Jutawan.

Kerana dalam dunia bisnes hari ini,
network yang kuat sering menjadi pembeza antara bisnes biasa dan bisnes yang berkembang.

Kami sentiasa mengalu-alukan usahawan yang serius membina hubungan dan berkembang bersama.

Jika berminat untuk hadir sebagai visitor, hubungi kami.

Mungkin referral seterusnya untuk bisnes anda bermula di sini.

Bukan Siapa Yang Kita Kenal — Tapi Sejauh Mana Kita KenalRamai orang selalu kata tentang networking:“It’s not what you k...
10/03/2026

Bukan Siapa Yang Kita Kenal — Tapi Sejauh Mana Kita Kenal

Ramai orang selalu kata tentang networking:
“It’s not what you know, but who you know.”

Ayat ini kita dengar berkali-kali.
Malah mungkin kita sendiri pernah sebut.

Tapi selepas beberapa tahun berada dalam dunia networking, saya sedar satu perkara…

Sebenarnya ia bukan tentang siapa yang kita kenal.
Tetapi sejauh mana kita benar-benar mengenali satu sama lain.

Networking yang sebenar bukan permainan catur.
Bukan sekadar kumpul kenalan untuk digunakan bila perlu.

Kalau hubungan dibina hanya untuk kepentingan sendiri, ia akan terasa kosong.
Orang boleh rasa bila hubungan itu transaksi, bukan kepercayaan.

Tetapi apabila kita benar-benar mengambil masa untuk mengenali seseorang —
kisah hidup mereka, cabaran bisnes mereka, apa yang mereka sedang bina —
di situlah hubungan sebenar bermula.

Dan dari situlah referral yang berkualiti akan lahir.

Dalam komuniti networking seperti BNI, saya belajar bahawa hubungan yang kuat bukan terjadi secara kebetulan. Ia perlu diusahakan dengan sengaja.

Antara cara paling mudah tetapi paling berkesan:

1. Angkat telefon dan buat panggilan peribadi.
Ya, zaman sekarang semua orang mesej atau email. Tapi panggilan telefon memberi sentuhan manusia yang berbeza. Tujuannya bukan untuk menjual — tetapi untuk memahami.

2. Hubungi semula orang yang pernah membantu kita.
Tanya khabar. Tanyakan perkembangan bisnes mereka. Kadang-kadang mereka yang pernah membantu kita juga sedang memerlukan bantuan.

3. Simpan senarai “touch-point”.
Sekurang-kurangnya 50 orang yang kita mahu kekalkan hubungan tahun ini.
Hantar ucapan, engage di media sosial, atau sekadar bertanya khabar sekali-sekala.

4. Follow up dengan niat yang betul.
Dua minggu selepas berhubung, hubungi semula.
Jika mereka pernah menjadi klien, mungkin masa yang sesuai untuk meminta referral.
Jika mereka prospek, mungkin secawan kopi boleh membuka peluang kerjasama.

Akhirnya, networking bukan tentang berapa ramai orang dalam telefon kita.

Tetapi tentang berapa ramai yang benar-benar mengenali kita, mempercayai kita, dan sanggup memperkenalkan kita kepada orang lain.

Hubungan yang tulus akan sentiasa mengatasi strategi yang licik.

Kerana dalam dunia networking sebenar…
kepercayaan adalah mata wang yang paling bernilai.

Pagi tadi, meeting BNI Jutawan bukan biasa-biasa.Bulan puasa. Tenaga mungkin kurang dari segi fizikal.Tapi rohani? Masya...
24/02/2026

Pagi tadi, meeting BNI Jutawan bukan biasa-biasa.

Bulan puasa. Tenaga mungkin kurang dari segi fizikal.
Tapi rohani? MasyaAllah… full tank.

Satu demi satu RP bangun share ayat Al-Quran.
Bukan sekadar baca. Siap dengan maksud, huraian, dan refleksi bisnes masing-masing.

Abd Latif buka dengan ayat penenang jiwa:

“La tahzan, innallaha ma‘ana” —
“Janganlah engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.”
(Surah At-Taubah: 40)

Ayat ni macam reset button untuk usahawan.
Deal sangkut? Jangan sedih.
Cashflow ketat? Jangan panik.
Allah bersama kita.

Kemudian Chef Anuwar ingatkan tentang wahyu pertama:

“Iqra’ bismi rabbikalladzi khalaq” —
“Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan.”
(Surah Al-‘Alaq: 1)

Bisnes tanpa ilmu memang penat.
BNI tanpa belajar memang statik.
Iqra’. Baca. Faham. Upgrade.

Yusuf Construction p**a sentuh tentang syukur:

“Jika kamu bersyukur, pasti Kami tambah (nikmat) kepadamu.”
(Surah Ibrahim: 7)

Nak sales naik? Syukur dulu.
Nak network berkembang? Syukur dulu.
Growth bermula dengan gratitude.

Faliq Fauzi bawa ayat yang buat kita rasa dekat:

“Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.”
(Surah Qaf: 16)

Dalam tekanan closing.
Dalam struggle kejar target.
Allah lebih dekat daripada yang kita sangka.

Sallehuddin p**a ingatkan tentang persediaan:

“…hendaklah setiap diri melihat apa yang telah disediakan untuk esok.”
(Surah Al-Hasyr: 18)

BNI ni bukan sekadar hadir meeting.
Ia tentang preparation. Referral bukan magik. Ia dirancang.

Dan Azmi tutup dengan ayat Lailatul Qadr:

“Salamun hiya hatta matla‘il fajr.”
“Sejahtera ia hingga terbit fajar.”
(Surah Al-Qadr: 5)

Mesejnya jelas.
Cari peluang. Jangan tunggu 10 malam terakhir sahaja.
Usaha pun sama — jangan tunggu hujung bulan baru nak gerak.

Dan bila sampai turn Coach Razali – Klasifikasi Borong China, ayat yang dikongsi sangat straight to the point:

“Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.”
(Surah Al-Baqarah: 275)

Simple. Direct. Clear.

Bisnes itu halal.
Untung itu halal.
Yang tak halal ialah penindasan dan riba.

Berniaga bukan kerja kelas kedua.
Ia ibadah kalau dibuat dengan betul.

Hari ini juga lebih manis bila BNI Jutawan meraikan ahli baru — Puan Azmah, pemilik perniagaan jahit pukal.

Dan hari ini secara rasmi, klasifikasi jahit pukal diumumkan eksklusif milik Puan Azmah sahaja.

Nak jahit pukal?
Kami hanya kenal seorang sahaja — Puan Azmah.

Itulah uniknya BNI.
Satu klasifikasi, satu pakar.
Clear. Focus. Powerful.

Meeting pagi ni bukan sekadar networking.
Ia spiritual charging + business alignment sekali.

Fantastik tak mesyuarat Jutawan bulan puasa hari ni?
So energy kan?

 # # MASTER THE BASICSKenapa Kempen Ini Sangat Penting Untuk Kita?“Master the Basic” bukan sekadar slogan.Ia adalah kemp...
12/02/2026

# # MASTER THE BASICS

Kenapa Kempen Ini Sangat Penting Untuk Kita?

“Master the Basic” bukan sekadar slogan.
Ia adalah kempen aktif yang digerakkan oleh BNI, khususnya di BNI Putrajaya.

Dan kami di BNI Jutawan menyahut seruan ini.
Bukan sebab trend.

Tapi sebab kami faham — sistem ini hanya berfungsi bila kita gunakan dengan betul.

Kenapa perlu Master the Basic?

BNI bukan eksperimen baru.
Platform ini sudah wujud lebih 40 tahun di seluruh dunia.

Kalau ia tidak berkesan, mustahil ia mampu bertahan selama itu.

Ramai usahawan yang benar-benar faham sistem ini — kebanyakannya berjaya dalam bisnes masing-masing.

Kenapa mereka berjaya?

Sebab dalam BNI, orang grow dengan connection dan referral.
Bukan sekadar jual B2C.
Bukan sekadar iklan berbayar.

Di sini, kolaborasi dan power team menguatkan semua ahli.

Cuma sayangnya, tidak sedikit yang berhenti separuh jalan.
Datang, cuba sedikit, lepas itu mengeluh.

Sistem tak salah.
Cara guna mungkin yang belum tepat.

Jadi, apa sebenarnya maksud *Master the Basic* untuk seorang RP?

---

# # # 1️⃣ Referral

Berilah referral berkualiti.

Bukan sekadar hantar leads.

Semua orang dalam BNI sudah ada cara masing-masing untuk dapat leads — Facebook, Instagram, TikTok, iklan berbayar dan sebagainya.

Dalam BNI, kita mahukan sesuatu yang lebih bernilai.
Kita mahu connection yang power.

Referral yang orang sudah trust.
Referral yang mudah close.
Referral “kabel emas”.

Relationship referral kadang-kadang susah nak dapat kalau tiada kepercayaan.
Tapi BNI memendekkan proses itu.

So sekarang, jujur tanya diri sendiri.
Kita di level sharing leads… atau benar-benar memberi referral?

---

# # # 2️⃣ One-to-One (121)

Di luar BNI pun kita jumpa usahawan.
Jumpa klien.
Jumpa kenalan.

Tapi apa bezanya dengan 121 dalam BNI?

BNI ajar kita jangan buang masa.
BNI ajar kita ada agenda.
BNI ajar kita akhiri perjumpaan dengan passing referral — bukan berebut nak belanja makan.

Kita usahawan.
Setiap pertemuan mesti ada tujuan.

121 bukan sembang kosong.
Ia adalah mesin penggerak referral.

---

# # # 3️⃣ Weekly Presentation

Nak minta, kena visible.

Nak visible, kena hadir.

Kita selalu bertanya,
“Bila la bisnes nak masuk dari BNI?”

Tapi dalam masa yang sama, kehadiran kita macam chipsmore.
Ada minggu ada.
Ada minggu hilang.

Macam mana orang nak ingat ask kita?
Macam mana orang nak faham siapa target kita?

Segmen 20–30 saat itu bukan kecil.
Itulah pentas kita setiap minggu.

Gunakan dengan fokus.
Gunakan dengan jelas.
Jadikan momen itu momen orang tak sabar nak dengar kita.

---

# # # 4️⃣ Training

Kita sampai ke tahap hari ini sebab apa?
Sebab kita belajar.

Ingat masa mula-mula nak mula bisnes?
Berapa seminar kita pergi?

Tapi kenapa sekarang kita rasa cukup?
Adakah kita sudah terlalu pandai untuk belajar lagi?

Dalam BNI pun sama.
Kita baru setahun jagung.

Takkan sudah rasa pakar guna sistem ini secara efisien?

Kalau benar sudah pakar,
kenapa masih mengeluh tak dapat bisnes?

Training adalah tempat kita sharpen skill.
Sharpen 121.
Sharpen referral.
Sharpen weekly presentation.

Barulah BNI jadi platform yang benar-benar memberi hasil.

---

Ingat, KPI kita semua adalah **20x ROI**.

Artikel ini bukan untuk mengata sesiapa.
Ia hanya peringatan.

Kami mahu semua RP berjaya.

Dan hakikatnya, berjaya hanya datang dengan satu cara:

BUAT.
BUAT.
BUAT.

Dapat sesuatu?

---










Dari Kenalan ke Hubungan SebenarNetworking yang Sebenar-Benarnya Membawa HasilRamai orang boleh kenal kita.Jumpa di even...
11/02/2026

Dari Kenalan ke Hubungan Sebenar

Networking yang Sebenar-Benarnya Membawa Hasil

Ramai orang boleh kenal kita.
Jumpa di event.
Senyum.
Tukar kad.

Tapi persoalannya —
berapa ramai yang betul-betul percaya kita?

Itulah persoalan utama yang disentuh dalam The Official BNI Podcast – Episode 945: Turning Personal Connections into Relationships.

Podcast ini bukan bercakap tentang teknik menjual.
Bukan juga tentang cara nampak hebat di event.
Sebaliknya, ia menyentuh sesuatu yang lebih asas — hubungan manusia.

Dalam dunia networking, kita sering dengar formula ini:
Visibility → Credibility → Profitability

Ramai usahawan rajin kejar visibility.
Rajin hadir event.
Rajin post.
Rajin perkenalkan diri.

Tapi bila sampai tahap credibility,
ramai mula perlahan.

Sebab kepercayaan tak boleh dipaksa.
Ia dibina —
melalui konsistensi,
keikhlasan,
dan kesungguhan untuk memberi nilai.

Podcast ini mengingatkan kita bahawa networking bukan tentang
“siapa paling banyak kenal orang”,
tetapi siapa yang orang rasa selamat untuk buat bisnes bersama.

Perbualan yang ringkas tapi bermakna lebih bernilai
daripada 20 perbualan kosong.

Bila kita mula mendengar dengan niat,
bertanya dengan empati,
dan membantu tanpa mengharap balasan cepat —
di situlah hubungan sebenar mula terbina.

Dan bila hubungan itu kuat,
hasil akan datang sendiri.

Bukan esok.
Mungkin bukan minggu ini.
Tapi ia bertahan lama.

👉 Baca & dengar podcast penuh di sini:
🔗 https://www.bnipodcast.com/2026/01/28/episode-945-turning-personal-connections-into-relationships/

🤔 So… bila kali terakhir anda betul-betul berbual untuk memahami, bukan untuk menjual?







Address

M-3A-06, Conezion Commercial, Persiaran IRC 3, IOI Resort
Putrajaya
62502

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BNI Jutawan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share