Cikgu Siti Public Gold

Cikgu Siti Public Gold Dealer Aktif Public Gold

20/08/2026

Jangan Tunggu Kaya

Ramai orang kata, Nanti bila saya dah kaya, barulah saya simpan emas.Tetapi saya nak tanya… kalau asyik tunggu kaya, bila p**a nak bermula?”

Hakikatnya, kebanyakan orang yang mempunyai banyak aset hari ini bukan kerana mereka kaya sejak awal.
Kewangan mereka kukuh kerana mereka mula menyimpan ketika orang lain masih menunggu.

Ramai sangka masalah mereka ialah gaji tak cukup.
Sebenarnya, masalah yang lebih besar ialah setiap kali gaji naik, gaya hidup pun turut naik.
Dulu masa gaji RM2,500, kata nanti bila gaji RM5,000 baru nak simpan.
Bila gaji dah RM5,000…
Komitmen p**a bertambah.
Bila gaji RM8,000…
Perbelanjaan ikut sama meningkat.
Akhirnya, duit tetap terasa tidak cukup.

Sebab itu, jangan tunggu ada lebihan baru nk menyimpan.
Asingkan simpanan terlebih dahulu
Walaupun hanya 1 gram emas.
Mungkin nampak kecil hari ini.
Tetapi apabila dilakukan setiap bulan, anda sedang membina satu tabiat yang jauh lebih bernilai daripada jumlah gram itu sendiri.

Ingat…
Kekayaan bukan bermula apabila pendapatan menjadi besar.
Kekayaan bermula apabila kita belajar mengutamakan simpanan sebelum perbelanjaan.
Jangan tunggu kaya untuk mula menyimpan.
Menyimpan secara konsisten itulah yang membantu membina kekayaan.

Mulakan dengan 1 gram. Kerana perjalanan menuju aset yang besar sentiasa bermula dengan langkah yang kecil.

Nak mulakan simpanan emas pertama anda? Boleh mesej untuk hubungi saya.

19/08/2026

Silap Terbesar Orang Muda

Silap terbesar orang muda bukan sebab gaji kecil… tetapi sebab mereka rasa masih ada banyak masa.”
Mereka fikir…
“Umur baru 25.”
Nanti umur 30 baru mula simpan.
Masuk umur 30…
“Tunggu gaji naik dulu.”
Umur 35 p**a…
“Tunggu anak besar.”
Dan begitulah… tahun demi tahun berlalu.

Hakikatnya, yang kita ada bukan banyak masa.
Yang kita ada hanyalah hari ini.
Masa tidak pernah berhenti menunggu kita.
Bayangkan…
Kalau lima tahun yang lalu anda mula menyimpan 1 gram emas setiap bulan.
Hari ini, anda sudah mengumpul sekitar 60 gram emas.

Bukan sebab anda kaya.
Tetapi sebab anda konsisten.
Ramai orang mencari rahsia untuk mengubah masa depan.
Sedangkan rahsianya sangat mudah…

Mulakan dari awal.
Kerana dalam dunia simpanan, masa ialah kawan terbaik.
Semakin awal kita bermula, semakin lama masa bekerja untuk kita.
Jangan tunggu gaji besar.
Jangan tunggu harga turun.
Jangan tunggu “masa sesuai”.
Kerana “masa sesuai” selalunya tidak pernah datang.

Yang akan menentukan keadaan kewangan kita 10 atau 20 tahun akan datang bukanlah berapa besar pendapatan hari ini, tetapi keputusan kecil yang kita buat secara konsisten bermula sekarang.
Mulakan dengan 1 gram. Kerana yang paling mahal bukan harga emas… tetapi masa yang telah kita lepaskan.

Nak mulakan simpanan emas? Boleh mulakan dengan Akaun Emas GAP di Public Gold.

19/08/2026

Jangan Pandang Rendah 1 Gram

Ramai orang tak yakin bila saya cakap nk mulakan kekayaan Mulakan dengan 1 gram!!!
Mereka kata, Alaa… 1 gram je?Tapi sebenarnya… orang yang berjaya menyimpan emas, kebanyakannya bermula dengan 1 gram.”

Ada yang nak simpan 1 kilogram, ada yang nak simpan 100 gram tapi
Semuanya bermula dengan satu keputusan…
“Saya nak mula.”
Masalah kita sekarang ni bukan tak mampu.
Masalahnya mereka nak terus mulakan simpanan besar.
Nak tunggu bonus.
Nak tunggu harga turun.
Nak tunggu gaji naik.

Akhirnya…
Tak bermula langsung.
Sedangkan orang yang simpan 1 gram setiap bulan, lama-kelamaan sudah ada aset yang boleh diwariskan.
Ingat…
Kejayaan bukan datang kerana permulaan yang besar.
Tetapi kerana tindakan yang konsisten.

Hari ini tanya diri sendiri…
Nak terus tunggu atau nak mulakan 1 gram pertama?
Nak mulakan simpanan emas? Boleh mulakan dengan Akaun Emas GAP di Public Gold.

19/08/2026

BERSARA DALAM MISKIN TEGAR

Bayangkan… selepas bersara nanti, kita masih perlu bekerja bukan kerana minat, tetapi kerana terpaksa.

Lebih mengejutkan, statistik KWSP menunjukkan lebih 50% bakal pesara berisiko bersara dalam keadaan miskin tegar.

Kenapa perkara ini berlaku?”
Puncanya sebenarnya mudah.
Pertama, ramai yang tidak menabung.
Kedua, terlalu banyak hutang.
Hari ini kita sibuk memenuhi kehendak gaya hidup.
Telefon baharu beli secara ansuran.
Perabot baharu beli secara ansuran.
Kereta naik taraf dengan pinjaman.

Semuanya nampak mudah dengan konsep ‘Buy Now, Pay Later’.
Beli sekarang, bayar kemudian.
Tetapi yang sering terlupa ialah masa depan kita juga perlu dibayar.

Pakar kewangan mencadangkan, jika mahu hidup selesa ketika bersara pada umur 55 tahun, kita perlu menyimpan secara konsisten sejak umur 35 tahun.
Maksudnya, menabung selama 20 tahun untuk menampung kehidupan 20 tahun selepas bersara.

Sebab itu mentor saya, Mohd Zulkifli Shafie selalu berpesan…
“Pencen bukan tentang umur. Pencen adalah tentang kedudukan kewangan.”
Kalau kewangan kita kukuh, kita boleh memilih untuk bersara lebih awal.

Tetapi jika simpanan tidak mencukupi, walaupun sudah sampai umur pencen, kita masih perlu bekerja.
Jadi sementara masih ada tenaga, masih ada pendapatan dan masih ada peluang…
Mulakan tabungan dari sekarang.
Simpan sedikit demi sedikit.
Bina aset yang boleh melindungi masa depan.
Dan yang paling penting…
Jangan sesekali jadikan anak-anak sebagai dana persaraan kita.
Kerana masa depan yang selesa adalah tanggungjawab kita sendiri.

Nak mulakan simpanan emas, boleh mesej utk hubungi saya & saya bantu anda sebaiknya.

09/08/2026

1 Gram Permulaan Perisai Kewangan

Kalau saya bagi pilihan…
RM500 dalam dompet hari ini atau 1 gram emas?
Ramai pilih duit.
Tapi mereka yang faham tentang kewangan, mereka tahu satu perkara…
Kekayaan tidak dibina sekaligus, tetapi dibina sedikit demi sedikit.”

Ramai orang tunggu duit lebih baru nak mula menyimpan.
Tunggu gaji naik.
Tunggu hutang habis.
Tunggu keadaan kewangan stabil.
Tetapi hakikatnya, masa terus berjalan.

Dan apabila hidup mula menekan, waktu itulah kita berharap ada sesuatu untuk disandarkan.
Sebab itu jangan pandang kecil pada 1 gram emas.
Memiliki sesuatu yang besar itu pun asalnya bermula daripada sesuatu yang kecil.

Rumah yang besar bermula dengan binaan kecil dulu, samalah juga dengan simpanan yang kukuh bermula dengan satu langkah pertama.
Hari ini mungkin 1 gram.
Bulan depan tambah lagi 1 gram.
Lama-kelamaan, tanpa sedar anda telah membina satu perisai kewangan untuk diri dan keluarga.

Hari ini nilainya mungkin nampak kecil.
Tetapi suatu hari nanti, anda akan faham betapa leganya apabila pernah mula menyimpan walaupun hanya 1 gram.
Jangan tunggu kaya baru nak simpan emas.
Simpan emas supaya anda boleh membina kekayaan.

Anda nak mulakan simpanan emas m? Boleh simpan emas ikut bajet & simpan sikit-sikit di Akaun Emas GAP.
Saya bantu anda mulakan langkah pertama membina perisai kewangan keluarga.

07/08/2026

Sebab Emas Makin Lama Makin Mahal

Kenapa emas yang atuk nenek kita beli dulu RM100 lebih, hari ini dah jadi ribuan ringgit?

Ramai orang nampak harga emas makin mahal, tetapi ramai tak tahu apa yang menyebabkan perkara ini berlaku.

Pertama, inflasi.
Apabila harga barang dan kos sara hidup meningkat, nilai wang kertas semakin susut. Duit yang sama hanya boleh beli semakin sikit je barang.
Tetapi emas berbeza.
Sejak dahulu, emas dikenali sebagai penyimpan nilai yang mampu melindungi kuasa beli seseorang.

Kedua, nilai Dolar Amerika Syarikat.
Apabila nilai dolar melemah, emas menjadi lebih murah kepada pembeli dari negara lain. Permintaan meningkat dan harga emas biasanya turut naik.

Ketiga, ketidakstabilan ekonomi dan geopolitik dunia.
Apabila berlaku peperangan, krisis kewangan atau ketidaktentuan ekonomi, pelabur akan mencari tempat yang lebih selamat untuk melindungi kekayaan mereka.
Dan emas menjadi pilihan utama.

Sebab itu, apabila ramai orang berebut membeli emas, harga emas akan terus meningkat.
Kesimp**annya, harga emas naik dan turun mengikut permintaan dunia. Namun dalam jangka masa panjang, emas terbukti menjadi pelindung kekayaan yang sangat baik.

Sebab itu pakar kewangan mencadangkan supaya setiap orang menyimpan sekitar 10 hingga 20 peratus kekayaan dalam bentuk emas.
Kalau anda belum mula simpan emas, sekarang mungkin masa terbaik untuk mulakan simpanan emas.

Nak mulakan simpanan emas? Saya bantu anda mulakan simpanan emas mengikut bajet anda dengan Akaun Emas GAP di Public Gold.

06/08/2026

Nak Simpan Emas Sendiri Atau Simpan Emas di GAP

Ramai orang nak simpan emas, tapi sangkut pada satu soalan ni.
Nak beli emas fizikal atau simpan dalam GAP?
Silap pilih bukan rugi, tetapi ramai yang akhirnya tak mula langsung!

Sebenarnya, kedua-duanya betul.
Yang penting bukan cara simpan, tetapi anda mula menyimpan.
Jika anda s**a pegang emas di tangan, tengok dan simpan sendiri di rumah, maka emas fizikal adalah pilihan yang sesuai.
Anda boleh beli goldbar emas atau dinar mengikut bajet masing-masing.
Contohnya, 1 Dinar yang bernilai sekitar RM2,700.

Tetapi bagaimana jika bajet anda belum sampai RM2,700?
Di sinilah kelebihan Akaun GAP Public Gold.
GAP berfungsi seperti akaun simpanan biasa, tetapi simpanan anda dalam bentuk gram emas.
Anda boleh mula dengan bajet yang serendah RM100 dan kumpul sedikit demi sedikit.

Tiada paksaan untuk keluarkan emas fizikal dan tiada caj simpanan dikenakan.
Bila gram emas sudah mencukupi, anda boleh keluarkan emas fizikal jika mahu.

Jadi, nak simpan emas sendiri atau simpan dalam GAP?
Jawapannya bergantung kepada kemampuan dan matlamat anda.
Yang penting, jangan tunggu!!
Sebab harga emas tidak menunggu sesiapa.

Jika anda masih keliru dan tidak pasti cara yang paling sesuai untuk bermula, boleh mesej & saya bantu sebaiknya.

06/08/2026

Fungsi 5 Dinar..

Pertama, sebagai simpanan kekayaan jangka panjang.

Kedua, sebagai pelindung nilai ketika inflasi.

Ketiga, sebagai dana kecemasan yang boleh dicairkan apabila diperlukan.

Dan yang keempat, sebagai aset warisan yang boleh dipindahkan kepada anak-anak tanpa susut nilai seperti wang tunai.

05/08/2026

Duit Makin Kecil, Emas Makin Besar

Agak-agak apa maksud tersirat?
Maksudnya bila nilai duit makin kecil, hidup makin sempit.
Tapi bila nilai emas makin besar iaitu naik maka hidup makin selesa.
Nak tahu kenapa? Jom dengarkan penjelasan saya ni baik-baik.

Bayangkan…
Gaji anda simpan bertahun-tahun, nilainya makin hari makin kecil.
Harga barang makin naik dan kesannya kuasa beli makin jatuh.
Simpanan yang dulunya cukup, kini tak mampu tampung hidup lepas bersara.
Inilah kuasa kejam inflasi.

Tapi emas…
Nilainya kekal ribuan tahun. Contoh yang paling jelas pada zaman Rasullulah SAW 1 Dinar boleh beli seekor kambing, sekarang pun nilai tetap boleh beli seekor kambing.
Seterusnya emas, tak pernah jadi sifar.
Lagi lama disimpan, makin bernilai.
Ini bukan teori, ini fakta yang tak boleh dipertikai lagi.

Jom saya ceritakan 5 keajaiban emas yang ramai tak tahu:
1️⃣ Kalis inflasi dan purata naik 10% setahun sejak 25 tahun
2️⃣ Emas aset sebenar yang tak boleh dicetak atau dimanip**asi
3️⃣ Emas mudah dicairkan jika memerlukan tunai.
4️⃣ Emas semestinya boleh diwarisi kepada generasi seterusnya.
5️⃣ Terkumpul jadi kekayaan persaraan

Nak mulakan simpanan emas? Boleh mulakan dgn Akaun GAP. Boleh simpan serendah RM100.

04/08/2026

Kenapa Ramai Orang Simpan 5 Dinar?

Kalau saya beritahu anda, sekeping 5 Dinar hari ini mungkin mampu membeli perkara yang hampir sama nilainya seperti 100 tahun dahulu… percaya tak?

Sedangkan wang kertas yang disimpan 100 tahun lalu, kebanyakannya sudah hilang kuasa beli.

Persoalannya… apa istimewanya 5 Dinar?
5 Dinar ialah syiling emas yang beratnya 21.25 gram berketulenan 999.9
Bestnya emas ni,apabila harga barang naik dan nilai wang merosot, emas cenderung menyesuaikan nilainya mengikut keadaan ekonomi.

“Jadi, apa fungsi 5 Dinar?

Pertama, sebagai simpanan kekayaan jangka panjang.
Kedua, sebagai pelindung nilai ketika inflasi.
Ketiga, sebagai dana kecemasan yang boleh dicairkan apabila diperlukan.

Dan yang keempat, sebagai aset warisan yang boleh dipindahkan kepada anak-anak tanpa susut nilai seperti wang tunai.
Ramai orang menyimpan wang untuk masa depan.
Tetapi orang yang memahami fungsi emas, mereka menyimpan nilai untuk masa depan.
Itulah sebabnya 5 Dinar sering menjadi pilihan mereka yang mahu membina benteng kewangan keluarga.

Ingat tuan puan,
Kita bekerja keras untuk mengumpul wang.
Tetapi lebih penting, kita perlu belajar cara mengekalkan nilainya.
Kerana yang hilang bukan wang di tangan, tetapi kuasa beli yang semakin dimakan masa.

Nak dapatkan 5 Dinar? Boleh simpan sikit-sikit di Akaun Emas GAP Public Gold.

Address

Presint 15
Putrajaya
62050

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cikgu Siti Public Gold posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share