28/07/2024
Kenapa tokei Arak dan Judi itu wajib dimusuhi? Selidiki semua tindak tanduk mereka termasuk di mana wang mereka dialirkan.
Mari kita berfikir,
Siapakah pelanggan mereka?
Adakah pelanggan mereka menjadikan keluarganya sangat bahagia?
Apa kata keluarga pelanggan mereka tentang tabiat ahli keluarga pelanggan iaitu : kaki botol atau kaki Judi.
Kebanyakan pelanggan mereka golongan apa? Yang miskin atau kaya? Bertambahnya ketagihan mereka menjadikan mereka lebih baik atau lebih buruk
Yang menjual pulak adalah golongan yang sangat kaya. (Tokei Judi dan arak)
Ada pernah dengar tokei judi makin miskin? Atau tokei arak miskin? Lihatlah kilang arak dan rumah Judi, mungkin itulah hartanah termahal di kejiranan situ.
Jadi faham kah semua apa isi sebenarnya?
Tokei Judi tokei arak sangat kaya, pelanggan mereka fixed deposit mereka yang akan kekal susah, keluarga berantakan.
Siapa yang boleh menghalang mereka dari mempergunakan orang dan menyusahkan orang untuk mereka kekal kaya?
Sebab itulah mereka bersungguh sungguh ingin menjadikan isu ini isu kaum isu agama.
Perniagaan yang sangat menguntungkan ini boleh di kongsi bersama sama rakan mereka termasuk yang mempunyai kuasa.
Kongsi keuntungan sesama orang kaya atau berkuasa supaya menjadi lebih kaya lebih berkuasa dan menggalakkan pelanggan mereka untuk menjadi lebih kaki botol lebih kaki judi.
Berakhlak kah begini?
Kita mahu rakyat negara ini mempunyai pola akhlak sebegini?
Siapa yang jadi tuan siapa yang jadi hamba?
Sampai bila kitaran ini akan berjalan.
Kenapa banyak negara bukan islam pun haramkan Judi dan arak dari menaja sukan? Sukan? Bukan pendidikan.
Selepas ini di malaysia boleh la pulak menaja, polis, kastam, imigresen, menaja rumah rumah ibadat, bolehla buat agama baru, agama kempen minum arak dan berjudi, sebab semua agama di Malaysia sekarang tidak mahu promosi budaya kaki botol kaki judi.
Agama datang untuk membebaskan manusia dari perhambaan kepada makhluk kepada perhambaan hanya kepada Allah.