05/04/2024
Surah Muminun, Ayat112: Keadaan di akhirat.
قٰلَ كَم لَبِثتُم فِي الأَرضِ عَدَدَ سِنينَ
Allah bertanya: “Berapa tahunkah lamanya kamu tinggal di bumi?”
Allah ﷻ tanya mereka: Kira berapa tahun kamu hidup di dunia?
Atau ada juga yang mengatakan mereka bertanya khabar sesama mereka. Hendak tahu berapa lama mereka tinggal semasa di dunia dahulu. Kerana rasa sangat tunggu di Mahsyar, agaknya berapa lama kah dulu mereka hidup di dunia? Sudah lupa kira-kira tahun kerana lama sangat di Mahsyar menunggu pengadilan.
Ayat 113: Jawapan mereka.
قالوا لَبِثنا يَومًا أَو بَعضَ يَومٍ فَاسئَلِ العادّينَ
Mereka menjawab: “Kita tinggal (di bumi) sehari atau setengah hari, maka tanyakanlah kepada orang-orang yang menghitung”.
قالوا لَبِثنا يَومًا أَو بَعضَ يَومٍ
Mereka menjawab: “Kita tinggal (di bumi) sehari atau sebahagian dari sehari,
Mukmin dan kafir akan jawab dengan jawapan yang sama sahaja. Mereka rasa mereka tinggal sekejap sahaja di dunia walaupun mungkin mereka hidup selama 60 tahun di dunia. Apabila mereka di akhirat nanti, jangka masa 60 tahun itu rasa sehari atau setengah hari sahaja. Ini adalah kerana lama sangat mereka di akhirat. Kalau di Mahsyar pun dikatakan sampai 50 ribu tahun menunggu.
فَاسئَلِ العادّينَ
maka tanyakanlah kepada orang-orang yang menghitung”.
Mereka tidak pasti berapa lama mereka sebenarnya tinggal di dunia dahulu. Anggaran masa mereka jadi sudah tidak betul kerana lama sangat di akhirat. Mereka minta tanyalah kepada malaikat. Tanya kepada para malaikat kerana mereka yang tulis dan jaga amalan.
Ayat 114:
قٰلَ إِن لَّبِثتُم إِلّا قَليلًا ۖ لَّو أَنَّكُم كُنتُم تَعلَمونَ
Allah berfirman: “Kamu tidak tinggal (di bumi) melainkan sebentar saja, kalau kamu sesungguhnya mengetahui”
قٰلَ إِن لَّبِثتُم إِلّا قَليلًا
Allah berfirman: “Kamu tidak tinggal (di bumi) melainkan sebentar saja,
Allah ﷻ memberitahu mereka yang manusia tinggal di dunia dulu sekejap sahaja. Maka tahulah kita yang kita duduk sekejap sahaja di dunia