PAS DUN Muadzam Shah

PAS DUN Muadzam Shah SESUNGGUHNYA SOLATKU, IBADAHKU, HIDUPKU DAN MATIKU HANYA KERANA ALLAH.

PN Milik RakyatPAS kekal komited bersama Perikatan Nasional demi memperjuangkan kepentingan rakyat dan masa depan negara...
11/06/2026

PN Milik Rakyat

PAS kekal komited bersama Perikatan Nasional demi memperjuangkan kepentingan rakyat dan masa depan negara. Prinsip perjuangan yang berteraskan keikhlasan, kejujuran, hormat, integriti dan kepimpinan bersih akan terus menjadi asas dalam memperkukuhkan gabungan yang diyakini rakyat.

Dengan semangat perpaduan dan kerjasama yang matang, PAS akan terus memperkasa PN bersama rakan-rakan yang berkongsi nilai perjuangan yang sama. Demi rakyat, demi kestabilan, demi masa depan Malaysia yang lebih baik. PN Best! 💚💙


Ziarah Keratong 09AlhamdulillahZiarah kasih mingguan  PAS DUN Muadzam ShahDi Cawangan FELDA Keratong 09@ oleh Pimpinan P...
10/06/2026

Ziarah Keratong 09

Alhamdulillah
Ziarah kasih mingguan PAS DUN Muadzam Shah
Di Cawangan FELDA Keratong 09@ oleh Pimpinan PAS DUN Muadzam Shah dan pimpinan cawangan FELDA Keratong 10
.


1. Kepentingan kelompok tertentu atau kepentingan ummah. Itulah yang menjadi asas keputusan PAS menghentikan kerjasama p...
09/06/2026

1. Kepentingan kelompok tertentu atau kepentingan ummah. Itulah yang menjadi asas keputusan PAS menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Jika PAS terus bersama Bersatu, ia adalah kepentingan kelompok tertentu, bukan kepentingan ummah.

2. Seperti yang diketahui umum, Bersatu tidak menerima kemasukan parti-parti lain ke dalam PN. Sedangkan bagi PAS, menerima kemasukan parti lain ke dalam PN dapat memenuhi jalan untuk penyatuan ummah. Jalan inilah yang dihalang oleh Bersatu. Terlihat jelas, kepentingan kelompok lebih mereka utamakan berbanding kepentingan ummah. Sikap dan gelagat Bersatu dalam banyak kemelut politik sebelum ini memperlihatkan mereka lebih utamakan kepentingan kelompok tertentu.

3. PAS berfikir panjang, bemesyuarat banyak kali. Jika jalan untuk penyatuan ini dihalang, PAS tiada pilihan lain. Pilihan yang ada ialah menghentikan kerjasama dengan pihak yang menghalang jalan penyatuan.

4. Oleh kerana jalan yang sedia ada tidak mampu sampai kepada matlamat penyatuan, maka PAS perlu meneroka jalan yang lain. Namun, tempat tujunya sama, penyatuan ummah. Penyatuanlah asas kekuatan untuk melawan dan menentang segala kerosakan yang sedang dan telah dibuat oleh PH sejak mereka berkuasa selama ini.

5. Sikap yang sama PAS ambil ketika PAS bersama DAP dalam Pakatan Rakyat sebelum ini. DAP menghalang jalan melaksanakan syariat di Kelantan dan Terengganu. Maka, dengan tegas PAS buat keputusan batalkan kerjasama dengan DAP.

6. Penyatuan ummah pernah berjaya ketika PAS bersama UMNO di dalam MN. Walaupun MN hanya sekerat jalan, namun jalan penyatuan itu diteruskan oleh PAS di dalam PN. PN adalah jalan lain, namun agendanya sama, penyatuan ummah. Natijahnya, undi orang Melayu Islam banyak beralih kepada PN di dalam PRU yang lalu. PN dilihat dan dipercayai membawa agenda penyatuan ummah. Ramai ahli parti lain beri undi kepada PN. Pengundi atas pagar juga beri undi kepada PN. Mereka percaya dan letak harapan tinggi untuk penyatuan ummah.

7. Dalam setiap sejarah kerjasama PAS atas agenda penyatuan, PAS yakin ianya bukan satu kerugian. Undi Melayu Islam semakin bertambah. Kerusi Melayu Islam semakin bertambah. Negeri yang ditadbir oleh Melayu Islam semakin bertambah. Penyatuan ummah semakin berjaya, walaupun namanya berbeza-beza.

8. Kali ini sekali lagi, agenda penyatuan ummah itu dihalang. Maka PAS terpaksa buat keputusan seperti yang telah sedia maklum. Henti kerjasama, dan teroka jalan kerjasama yang baru.

9. Benar, jalan yang PAS pilih ini lebih mencabar. Mengekalkan jalan sedia ada dengan Bersatu, itu lebih mudah. Tak perlu banyak kerja. Kerusi dah ada. Platform dah ada. Jenama dah ada. Bisnes seperti biasa untuk PRU seterusnya. Jentera pakai PAS punya. Ini lebih mudah. Tapi, ianya menghalang agenda utama, penyatuan ummah.

10. Disinilah beza cara PAS berpolitik dengan cara parti lain berpolitik. Parti lain berpolitik hanya untuk kepentingan kelompoknya semata. Berapa kerusi dia dapat, apa jawatan ditawarkan. Semuanya berkisar kepada apa habuan diri masing-masing dan apa nak buat untuk terus kekal dapat habuan. Setakat itu sahaja.

11. PAS berpolitik melihat kepada untung rugi Islam dan Melayu. Jika untung Islam, manfaat pada Melayu (sebagai kaum majoriti), maka PAS akan pergi ke situ, walaupun jalan itu mungkin lebih jauh penuh berduri. Jalan itu lebih baik berbanding jalan yang singkat tapi akhirnya terjun jatuh dalam gaung yang dalam.

Afnan Hamimi
Ketua Pemuda PAS Malaysia

9 Jun 2026

KENYATAAN MEDIA PAS PUSATKERJASAMA POLITIK PAS–BERSATUMesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang diadakan pada har...
08/06/2026

KENYATAAN MEDIA PAS PUSAT

KERJASAMA POLITIK PAS–BERSATU

Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang diadakan pada hari ini, Isnin 8 Jun 2026, telah membuat ketetapan seperti berikut:

i. Memperakukan keputusan Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Jun 2026 berhubung pertimbangan dasar, hukum dan maslahah kerjasama politik PAS, atas prinsip penyatuan ummah;

ii. Meneliti kedudukan dan hala tuju kerjasama politik PAS–BERSATU berdasarkan laporan, kajian dan penilaian semasa;

iii. Menghentikan kerjasama politik dengan BERSATU;

iv. Meneroka suatu bentuk persefahaman politik dan kerjasama pilihan raya (electoral pact) demi penyatuan ummah, bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Umum ke-16; dan

v. Menerima hasrat tokoh-tokoh akademik, profesional, pemimpin politik, dan aktivis masyarakat untuk menyertai PAS.

“Kembali Kepada Penyelesaian Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 22 Zulhijjah 1447 / 8 Jun 2026

8 Jun 2026Selamat Menyambut Hari Lautan Sedunia kepada seluruh masyarakat.Lautan merupakan anugerah Allah SWT yang menja...
08/06/2026

8 Jun 2026

Selamat Menyambut Hari Lautan Sedunia kepada seluruh masyarakat.

Lautan merupakan anugerah Allah SWT yang menjadi sumber kehidupan, rezeki dan keseimbangan alam. Marilah kita bersama-sama memelihara kebersihan serta kelestarian lautan dengan mengurangkan pencemaran, menjaga ekosistem marin dan mengamalkan sikap bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

Semoga usaha kecil yang kita lakukan hari ini dapat menjamin khazanah lautan yang bersih, sihat dan lestari untuk dinikmati oleh generasi akan datang.

“Lautan Bersih, Kehidupan Terpelihara.”

Ikhlas daripada

PAS DUN MUADZAM SHAH

06/06/2026
TOLAK DAP: IDEOLOGI POLITIK AGRESIF ANCAM KEHARMONIANProf. Dr. Haim Hilman Abdullah menegaskan bahawa menolak DAP tidak ...
06/06/2026

TOLAK DAP: IDEOLOGI POLITIK AGRESIF ANCAM KEHARMONIAN

Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah menegaskan bahawa menolak DAP tidak bermaksud menolak kaum Cina yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan negara.

Menurut beliau, yang ditolak ialah ideologi politik yang dianggap mencabar asas-asas kenegaraan serta menghakis keharmonian antara kaum.

Dato' Ustaz Ahmad Yahaya p**a berpandangan bahawa perpaduan dan keamanan negara perlu diperkukuhkan berasaskan saling menghormati hak semua kaum serta mempertahankan asas-asas Perlembagaan negara.

"Musuh perpaduan bukan perbezaan kaum, tetapi ideologi politik yang mengancam keseimbangan negara."

Sumber: HarakahDaily | 6 Jun 2026

🌿 Selamat Menyambut Hari Alam Sekitar Dunia5 Jun 2026Marilah kita bersama-sama memelihara dan memulihara alam sekitar se...
05/06/2026

🌿 Selamat Menyambut Hari Alam Sekitar Dunia

5 Jun 2026

Marilah kita bersama-sama memelihara dan memulihara alam sekitar sebagai amanah daripada Allah SWT. Keindahan bumi yang kita nikmati hari ini perlu dipelihara demi kesejahteraan generasi akan datang.

Semoga Hari Alam Sekitar Dunia ini menjadi peringatan kepada kita semua untuk mengamalkan gaya hidup lestari, mengurangkan pencemaran, dan bersama-sama menjaga kelestarian alam demi masa depan yang lebih sejahtera.

"Alam Terpelihara, Kehidupan Sejahtera"

Ikhlas daripada

💚 PAS DUN MUADZAM SHAH 💚

Address

Muadzam Shah
Rompin
26700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS DUN Muadzam Shah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share