The Kontraktor Sabah

The Kontraktor Sabah The Kontraktor bukan sekadar tentang projek dan tender. Kami percaya bahawa binaan dan peradaban dibina oleh manusia yang bersatu.

Ia tentang menyatukan tenaga, menghormati kepakaran dan membina ekosistem kerja yang adil, beretika dan berjangka panjang.

Sahabat Kontraktor Sandakan membaiki palet di Gudang Bernas.
11/02/2026

Sahabat Kontraktor Sandakan membaiki palet di Gudang Bernas.

Sahabat Kontraktor Kudat servis aircond di Pejabat Gudang Bernas.
11/02/2026

Sahabat Kontraktor Kudat servis aircond di Pejabat Gudang Bernas.

Jaringan Kukuh, Projek BerterusanSahabat kontraktor dari Tawau, En. Ismail Lukman, berkesempatan bertemu rakan kontrakto...
02/02/2026

Jaringan Kukuh, Projek Berterusan

Sahabat kontraktor dari Tawau, En. Ismail Lukman, berkesempatan bertemu rakan kontraktor di Kota Kinabalu, Haji Azri, dalam satu pertemuan strategik yang memperkukuh hubungan profesional sesama pemain industri binaan Sabah.

Pertemuan tersebut diteruskan dengan kehadiran ke Pejabat Sawit Kinabalu bagi menandatangani projek seterusnya, menandakan kesinambungan kerjasama dan kepercayaan terhadap kepakaran kontraktor tempatan.

Langkah ini mencerminkan komitmen The Kontraktor Sabah dalam membina jaringan yang sihat, berintegriti dan saling menyokong demi kelangsungan projek serta pembangunan negeri.

Sahabat kami yang seorang ini sangat menonjol dalam peranan site supervisor.Beliau cekap dalam menilai keupayaan pekerja...
24/01/2026

Sahabat kami yang seorang ini sangat menonjol dalam peranan site supervisor.

Beliau cekap dalam menilai keupayaan pekerja, menjaga kualiti kerja di tapak, serta memastikan kebajikan tukang sentiasa terpelihara.

Dia bukan jenis yang hantar pekerja, kemudian terus lepas tangan. Bagi beliau, tukang perlu dijaga, kerana kualiti kerja lahir daripada manusia yang dijaga dengan betul.

Pengurusan masa dan progress kerja p**a sangat bergantung pada kemampuan supervisor mengurus tapak. Bukan semata-mata pada bilangan pekerja, tetapi pada cara mereka dibimbing dan disusun.

Inilah jenis orang tapak yang faham kerja, faham manusia, dan memastikan hasil siap dengan betul.

Hassan Amin, +60 14-354 9707

Usaha yang mampan lahir apabila kita tidak bergerak dalam kelompok sendiri semata-mata, tetapi mula duduk semeja dan bek...
16/01/2026

Usaha yang mampan lahir apabila kita tidak bergerak dalam kelompok sendiri semata-mata, tetapi mula duduk semeja dan bekerjasama merentas bidang (cross bidang).

Dalam satu siri pertemuan ringkas sahabat-sahabat kontraktor kami, Ismail Lukman dan Hassan Amin, telah bertemu dengan Lajunardie Lajahidi yang aktif dalam bidang pelancongan.

Pertemuan ini bersifat santai dan berfokus kepada perbincangan lapangan. Mereka berkongsi pengalaman, memahami keperluan industri masing-masing, serta menyelami cara fikir dari sudut berbeza.

Hasil daripada beberapa pertemuan susulan, syukurnya satu titik projek bersama telah ditemui. Bahkanmereka juga telah mula bekerjasama dalam beberapa inisiatif kecil sebagai langkah awal.

InshaAllah, usaha ini akan terus dibina secara berperingkat dan realistik, menuju kepada kerjasama yang lebih besar dan berimpak.

Kami semakin yakin bahawa hubungan mesti mendahului projek.

Daripada hubungan yang kukuh inilah lahir usaha yang lebih berakar, berfungsi, dan lestari.

11/01/2026

Sahabat kontraktor di KK yang membuat kerja baik pulih pallet di Gudang Bernas datang bukan sekadar membawa tenaga kerja, tetapi idea dan teknologi.

Mereka menggunakan hidraulik manual untuk membuka kayu pallet. Kerja jadi lebih kemas, lebih cepat, dan jauh lebih selamat berbanding cara biasa.

Di sinilah letaknya keterujaan membina komuniti pasukan yang benar. Apabila kita menghimpunkan orang yang tepat, setiap yang hadir akan membawa nilai tambah kepakaran, pengalaman, dan sudut pandang baharu.

Bukan sekadar menyelesaikan kerja hari ini, tetapi menaikkan tahap cara kita bekerja.

Inilah komuniti yang hidup:
bukan berkumpul kerana hierarki,
tetapi bergerak kerana saling memperkuatkan.

“Saya ramai kawan yang kontraktor. Cuma kami cari yang betul-betul trusted. Sepupu rapat saya yang rekomen Tuan.”Ini uca...
09/01/2026

“Saya ramai kawan yang kontraktor. Cuma kami cari yang betul-betul trusted. Sepupu rapat saya yang rekomen Tuan.”

Ini ucapan bakal klien sahabat kontraktor kami untuk buat rumah. Sebuah sosial beuty yang pujian datang daripada sahabatnya bukan claim diri sendiri.

Sahabat kontraktor kami ini pernah dituduh sebagai scammer. Tapi dia tidak menjawab.

Dalam dunia pembinaan, kepercayaan tidak lahir daripada iklan, tetapi daripada nama yang disebut oleh orang lain.

Kami percaya, kontraktor yang baik tidak perlu terlalu banyak bercakap tentang dirinya. Biarlah klien, sahabat dan keluarga mereka sendiri yang menjadi saksi.

Pernah melalui fasa difitnah, dituduh dan disalahfaham. Namun memilih untuk terus bekerja, bukan mempertahankan diri.

Hari ini, kepercayaan itu datang satu demi satu. Bukan kerana claim, tetapi kerana amanah yang dijaga.

👉 Kerja jalan, hasil bercakap.
👉 Nama baik dibina, bukan dilaungkan.

The Kontraktor Sabah
Membina dengan amanah,
bergerak dengan tenang.

Projek Rumah Pegawai LadangSawit Kinabalu, MadaiDalam projek ini, kami menemukan Encik Ismail Lukman dengan sahabat rang...
09/01/2026

Projek Rumah Pegawai Ladang
Sawit Kinabalu, Madai

Dalam projek ini, kami menemukan Encik Ismail Lukman dengan sahabat rangkaian kontraktor di Kunak, Encik Nasaruddin Nasa.

Nasaruddin bersama abangnya, Laja Akuz, merupakan juru ukur.

Sampai sahaja di tapak rumah, mereka terus mengeluarkan alat pengukur khas dan mula membuat ukuran tapak.

Jarang kami menyaksikan suasana begini di tapak projek. Kebiasaannya, ukuran dibuat secara manual. Maklumlah, peralatan seperti ini bukan murah dan tidak semua projek berpeluang menggunakannya.

Di sinilah kami semakin jelas mengapa kami memilih untuk membangunkan bisnes dengan konsep berkomuniti.

Dalam ekosistem komuniti yang sihat:

- Setiap orang yang hadir atau dihadirkan datang dengan senang hati
- Bebas menyumbang kepakaran dan kekuatan masing-masing
- Tiada siapa perlu menunggu arahan berlapis
- Tiada siapa rasa kecil, dipantau, atau dicurigai

Ia sangat berbeza dengan gaya piramid hierarki yang sering diamalkan. Di mana manusia dikawal, diawasi, dan akhirnya takut untuk mengeluarkan potensi sebenar mereka.

Dalam komuniti yang matang, manusia dihargai berdasarkan fungsi dan amanah. Bukan kerana jawatan, gelaran atau senioriti.

MESYUARAT TAPAK | KUNAKHari ini berlangsung mesyuarat penyelarasan jadual kerja bersama wakil Koperasi Pembangunan Sahab...
01/01/2026

MESYUARAT TAPAK | KUNAK

Hari ini berlangsung mesyuarat penyelarasan jadual kerja bersama wakil Koperasi Pembangunan Sahabat Sabah, Cikgu Rahman Arbman Man dan Cg Jamal, bagi pembinaan infrastruktur di Pusat Latihan Komuniti Kunak.

Sahabat Ismail Lukman berperanan sebagai konsultan projek, manakala Nasaruddin Nasa, anak tempatan Kunak, akan mengurus dan menyelaras kerja-kerja binaan di lapangan.

Dalam dunia kontraktor, logiknya mudah;
buat sendiri, untung sendiri.

Namun sejak awal, prinsip yang kami pegang di The Kontraktor Sabah jelas: bila ada kerja, keutamaan diberikan kepada kontraktor dan tukang tempatan.

Kerana membina bangunan itu mudah.
Yang lebih penting ialah membina manusia, kepercayaan, kemahiran dan ekosistem kerja tempatan.

Bila ekosistem itu kuat di peringkat lokal,
projek akan lebih mampan, operasi lebih stabil,
dan keuntungan akan berkembang secara sihat dan berpanjangan.

Kredit 📸: Muhd Taqiuddin



Kami memenuhi jemputan Ustaz Junaidi untuk menilai potensi dan memberikan saranan binaan infrastruktur di madrasahnya un...
19/12/2025

Kami memenuhi jemputan Ustaz Junaidi untuk menilai potensi dan memberikan saranan binaan infrastruktur di madrasahnya untuk dijadikan pelancongan pendidikan.

Lawatan ini membawa kami ke Madrasah Tahfiz Miftahul ‘Ulum As-Sobirin, Kampung Sosondoton, Ranau. Ia bukan lawatan mencari dana, tetapi sesi melihat, menilai dan memberi pandangan jujur terhadap apa yang telah dibina di lapangan.

Saya hadir bersama sahabat saya, Ismail Lukman, berlatar belakangkan arkitek dan kontraktor, bagi memberikan penilaian dari sudut binaan, susun atur, keperluan tapak serta potensi penambahbaikan secara berperingkat.

Penilaian kami ringkas dan jelas:
infrastruktur sedia ada sudah memadai.
Malah, alam sekitar di sini sendiri sudah cukup “mewah” sebagai aset utama pelancongan pendidikan.

Fokus seterusnya ialah kerja-kerja penambahbaikan, kemasan berperingkat, landskap dan strategi untuk menghidupkan tapak dengan kehadiran manusia. Membawa orang datang, tinggal, belajar dan berinteraksi dengan komuniti setempat.

Apa yang sangat mengagumkan, Ustaz Junaidi telah membangunkan ekonomi sokongan sendiri demi kelangsungan jangka panjang madrasah ini. Pendekatan ini selari dengan prinsip binaan lestari dan komuniti berdikari. Apa yang dibina bukan sekadar struktur, tetapi sistem kehidupan.

Kehadiran kami lebih kepada menghargai usaha lapangan yang telah dibuat dan mengesahkan bahawa arah pembangunan yang diambil adalah betul. Dalam dunia pembinaan dan pembangunan komuniti, yang paling penting bukan membina dengan cepat, tetapi membina cukup, berfungsi dan tahan lama.

Dan selalunya, yang paling diperlukan bukan idea baharu atau dana besar. Tetapi sahabat yang hadir, melihat dan menguatkan.

Satu lagi titik satelit dipertemukan.




Address

Batu 5 Jalan Apas Bangunan Komersial Tingkat 1
Sabak
91000

Opening Hours

Monday 07:00 - 20:00
Tuesday 07:00 - 20:00
Wednesday 07:00 - 20:00
Thursday 07:00 - 20:00
Friday 07:00 - 20:00
Saturday 07:00 - 19:00
Sunday 09:00 - 19:00

Telephone

+60198410397

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when The Kontraktor Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to The Kontraktor Sabah:

Share