Rakan Digital Kg Sentosa Jaya Kinabatangan

Rakan Digital Kg Sentosa Jaya Kinabatangan Sebuah inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia yang dikenali sebagai (PUPUK)

21/03/2023

Assalamualaikum dan selamat pagi..Jawatan kosong di PEDi Kg Paris 3 sebagai penolong pengurus. Tarikh tutup 23hb Mac 2023.

17/03/2023

𝐋𝐈𝐍𝐃𝐔𝐍𝐆𝐈 𝐃𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐁𝐀𝐃𝐈 𝐀𝐍𝐃𝐀

Lindungi diri anda dari kecurian identiti dengan mengoyakkan surat atau bil dan meletakkan di tong sampah berasingan.

Kecurian identiti dan penipuan identiti adalah dua istilah yang digunakan untuk merujuk kepada semua jenis jenayah di mana seseorang memperolehi maklumat orang lain dan menyalahgunakannya.

Data peribadi yang kerap dicuri termasuk nombor kad kredit dan debit serta maklumat mengenai akaun bank, polisi insurans dan rekod perubatan.

17/03/2023

Waktu Operasi sepanjang bulan Ramadan 2023.

10/03/2023
08/03/2023

7 MAC 2023 di Pedi Paris 3
Lokasi terakhir program Jelajah Rakan Digital Kinabatangan 2023

Setinggi-tinggi berhargaan KRT KG Paris 3 kerana sudi berkerjasama menjayakan program bersama serta tahniah kepada kepada peserta yaang berjaya hadir. DIharapkan semua perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat dan ilmu kepada peserta.

Tidak dilupakan ucapan ribuan terima kasih kepada agensi kerajaan yang turut berkerjasama dalam menjayakan program ini iaitu Pejabat Daerah Kinabatangan Encik Dahlan Bin Barun dan Pegawai FAMA Daerah Kinabatangan Encik Azmin Bin Kumin dan Penguru Pusat Ekonomi Digital Pekan Kinabatangan - PEDi Cik Norazia kerana sudi memberi taklimat kepada peserta yang hadir sepanjang program ini berlangsung

Selain itu, ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Amoi Titing, KRT Kg Sentosa Jaya, Kinabatangan, KG SENTOSA JAYA, KRT Kg Berjaya 2, KOSUK SUMMAYYAH, Krt kg rancangan suan lamba 1, KG PARIS 3 kerana sudi berkerjasama dan memberi bantuan sepanjang program diadakan.

Ucapan terima kasih juga kepada Pusat ekonomi Digital Kluster Kinabatangan dan RAKAN DIGITAL kluster Kinabtangan dengan kerjasama yang diberikan sepanjang program berlangsung. Semoga selepas ini lebih banyak program seumpana ini dapat dilaksanakan dengan membantu komuniti tempatan.

Disini RD KINABATANGAN menutup program JELAJAH RAKAN DIGITAL KINABATANGAN 2023 .

07/03/2023

Address

Kampung Sentosa Jaya
Sandakan
90200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rakan Digital Kg Sentosa Jaya Kinabatangan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share