Benih Segak

Benih Segak Kepakaran kami adalah menjual benih pokok yang cepat membesar dan mudah di jaga. LIKE page kami untuk ketahui lebih lanjut.

9 Jenis Pokok Hiasan Dalam Rumah yang Bermanfaat untuk anda.5) Pokok bunga Peace LilySebut tentang pokok yang berbahaya ...
17/12/2021

9 Jenis Pokok Hiasan Dalam Rumah yang Bermanfaat untuk anda.
5) Pokok bunga Peace Lily
Sebut tentang pokok yang berbahaya kepada haiwan peliharaan anda, Peace Lily adalah salah satu di antaranya. Selain daripada itu, Peace Lily adalah antara pokok hiasan dalaman yang mempunyai bunga dan antara jenis yang mudah ditanam. Ia boleh hidup dengan sinaran cahaya matahari yang minimal dan juga boleh menyesuaikan diri di kawasan bersuhu rendah dan kering. Selain cantik untuk menghias rumah, Peace Lily juga berfungsi untuk membersihkan udara dan juga berupaya untuk mengelakkan pertumbuhan kulat di kawasan-kawasan lembap seperti di dalam tandas.
https://hi.jomwasap.my/fbmf1
https://hi.jomwasap.my/fbmf1
https://hi.jomwasap.my/fbmf1

9 Jenis Pokok Hiasan Dalam Rumah yang Bermanfaat untuk anda.4)  Pokok Buluh Palma.Antara yang paling pop**ar dan juga an...
16/12/2021

9 Jenis Pokok Hiasan Dalam Rumah yang Bermanfaat untuk anda.
4) Pokok Buluh Palma.
Antara yang paling pop**ar dan juga antara yang paling kerap dilihat dimana-mana, seperti di kawasan rehat dan rawat (R&R), bangunan pejabat dan banyak tempat lagi. Ada yang menggelarnya ‘Pokok Detox’ kerana kebolehannya menghindarkan toksik dan bahan kimia yang terdapat dalam udara terutamanya di dalam rumah seperti Formaldehyde dan Benzene.

Bagi yang tidak tahu apa itu Formaldehyde, ia adalah sejenis bahan kimia dalam partikel udara yang menyebabkan kegatalan pada mata dan asma. Manakala Benzene p**a berbahaya kepada tulang sumsum dan boleh mengakibatkan kekurangan sel darah merah. Walaupun tidak berlaku secara serta merta, tapi untuk jangka masa yang lama ia boleh membawa kesan.

Nota: Hati-hati, ada pokok hiasan dalam rumah yang berbahaya kepada haiwan peliharaan anda.
https://hi.jomwasap.my/fbmf1
https://hi.jomwasap.my/fbmf1
https://hi.jomwasap.my/fbmf1

9 Jenis Pokok Hiasan Dalam Rumah yang Bermanfaat untuk anda.3) Pokok Philodendron.Dengan daun yang berbentuk hati ini, P...
15/12/2021

9 Jenis Pokok Hiasan Dalam Rumah yang Bermanfaat untuk anda.
3) Pokok Philodendron.
Dengan daun yang berbentuk hati ini, Pokok Philodendron antara yang mendapat tumpuan para pembiak pokok. Ianya cantik, dan banyak digunakan untuk menghias ruang-ruang rumah terutamanya untuk rumah yang berkonsepkan minimalis. Namun, di sebalik keindahan pokok ini, terdapat fungsi lain yang memberi manfaat kepada manusia seperti meningkatkan kualiti udara di dalam rumah dan ia juga turut dikenali sebagai tumbuhan purifikasi udara secara semula jadi. Letakkan pokok ini dalam 100 kaki persegi di dalam rumah dan biarkan ia lakukan proses purifikasi udara secara semula jadi. Selain itu, ia juga turut terkenal dengan sifat ikhtiar hidup yang mudah, tak perlu siram selalu dan ia tidak memerlukan sumber cahaya matahari yang banyak.
https://hi.jomwasap.my/fbmf1
https://hi.jomwasap.my/fbmf1
https://hi.jomwasap.my/fbmf1

9 Jenis Pokok Hiasan Dalam Rumah yang Bermanfaat untuk anda.2) Pokok Fig.Nama saintifiknya adalah Ficus Lyrata. Pokok in...
14/12/2021

9 Jenis Pokok Hiasan Dalam Rumah yang Bermanfaat untuk anda.
2) Pokok Fig.
Nama saintifiknya adalah Ficus Lyrata. Pokok ini juga antara yang menjadi pilihan dan pop**ar dalam kalangan pembeli. Daunnya yang cantik dan corak pertumbuhannya yang unik dan yang paling penting turut terkenal dengan fungsi mempurfikasikan udara di sekitar anda. Disebabkan daunnya yang lebar dan luas, jadi tumbuhan ini disenaraikan antara pokok yang paling berkesan untuk membersihkan udara.

Bukan itu sahaja, Pokok Fig ini juga mempunyai fungsi untuk mengawal kelembapan. Pelbagai mitos yang mengatakan pokok ini s**ar untuk dijaga. Letakkan di dalam bilik dan pastikan ia mempunyai akses kepada cahaya matahari. Siram dan pastikan tanah lembap sekali seminggu, dan pastikan juga anda membersihkan daun-daunnya.
https://hi.jomwasap.my/fbmf1
https://hi.jomwasap.my/fbmf1
https://hi.jomwasap.my/fbmf1

9 Jenis Pokok Hiasan Dalam Rumah yang Bermanfaat untuk anda.Sejak kebelakangan ini, hobi bercucuk tanam semakin mendapat...
13/12/2021

9 Jenis Pokok Hiasan Dalam Rumah yang Bermanfaat untuk anda.
Sejak kebelakangan ini, hobi bercucuk tanam semakin mendapat tempat di kalangan kita. Bercucuk tanam tidak semestinya hanya tertumpu kepada sayur-sayuran tetapi juga pokok-pokok hiasan. Selain menghias rumah, ia mempunyai fungsi tertentu seperti membersihkan udara dan mengekalkan kelembapan udara. Bagi yang baru memulakan hobi ini, ketahuilah bahawa pokok-pokok hiasan ini boleh memberi kesan kepada mood, mengurangkan stres dan bermacam-macam lagi.
1) Pokok Lidah Jin (Snake Plant).
Dikenali dengan nama scientific Sansevieria, tumbuhan ini mempunyai beberapa nama unik lain yang sering kita dengari seperti Pokok Lidah Jin ataupun Pokok Lidah Mertua. Mitos disebaliknya kami pun tidak begitu pasti. Tetapi yang pasti, pokok ini bertindak sebagai pembersih udara yang baik dengan menyingkirkan toksik yang dibawa oleh angin ke dalam rumah anda. Maklumat ini disahkan sendiri oleh NASA antara tumbuhan dalam senarai ‘air filtering plants’. Antara toksik yang dibawa oleh udara adalah seperti Benzene, Formaldehyde, Trichloroethylene, Xylene, Toluene, dan juga Ammonia.

Selain mencantikkan rumah anda, pokok Lidah Jin juga berfungsi sebagai pembekal oksigen dalam rumah. Fakta ini disahkan sendiri oleh para pengkaji di Universiti Harvard.
https://hi.jomwasap.my/fbmf1
https://hi.jomwasap.my/fbmf1
https://hi.jomwasap.my/fbmf1

09/12/2021

BASIC RULES untuk pokok hidup subur dan terus sihat membesar di dalam rumah.
5) Jika rumah tidak masuk cahaya matahari, dedahkan pokok 1 atau 2 minggu sekali pada matahari.
6) Untuk jenis pokok indoor, jgn dedahkan pada cahaya matahari secara direct di tempat panas.
7) Perlu beri baja pada pokok sebanyak 1 hingga 2 kali dalam seminggu. Perlu ingat yg pokok juga perlukan makanan selain minuman (air).
https://hi.jomwasap.my/fbmf1
https://hi.jomwasap.my/fbmf1
https://hi.jomwasap.my/fbmf1

08/12/2021

BASIC RULES untuk pokok hidup subur dan terus sihat membesar di dalam rumah.
1) Pastikan tanah lembap.
2) Siram 3-4 sehari bergantung kepada kelembapan pada tanah tadi.
3) Jgn selalu siram pokok. Biar kurang air dari terlebih air kerana jika kurang air, pokok akan kembali sihat setelah layu tetapi jika terlebih air akar pokok akan rosak dan pokok itu boleh mati.
4) Pokok hidup secara semulajadi memerlukan cahaya matahari jadi seeloknya letakkan di tepi tingkap atau pada tempat yg ada cahaya lampu.
https://hi.jomwasap.my/fbmf1
https://hi.jomwasap.my/fbmf1
https://hi.jomwasap.my/fbmf1

Panduan Untuk Mula Hias Rumah Dgn Pokok Hiasan.7) Bahagika dan Gandakan.Cara lain untuk menbiakkan pokok ialah dgn memba...
07/12/2021

Panduan Untuk Mula Hias Rumah Dgn Pokok Hiasan.
7) Bahagika dan Gandakan.
Cara lain untuk menbiakkan pokok ialah dgn membahagikannya - benar-benar memisahkan akar dan kepalanya. Hati-hati keluarkan pokok dari pasu dan singkirkan kebanyakan tanahnya supaya dapat melihat akar.
Kemudian perlahan-lahan uraikan dua bahagian itu dan letakkan setiap satu di dalam pasu masing-masing. Tekan-tekannya ke dalam campuran tanah tetapi jgn terlalu kuat dan padatkan tanah tersebut.
8) Wujudkan Keadaan Pertumbuhan Yang Sesuai.
Perkara penting tentang pemasuan semuala ialah jgn gunakan pasu yg terlalu besar. Hanya gunakan satu saiz yg lebih besar. Perlahan-lahan keluarkan pokok itu dari pasu lamanya dan buang sedikit tanahnya.
Campurkan satu bahagian tanah dgn satu kelikir supaya tanah itu tidak menjadi terlalu padat. Ia dapat beri ruang untuk akar pokok itu tumbuh, dan air tidak bertakung.
Indoor plant ni sebenarnya tk lah rumit mana nak jaga. Cuma setiap pokok tu dia ada cara dia tersendiri. Paling penting tanaman hidup lama, senang jaga. Selain panduan lengkap di atas, boleh juga ikut tips tanam pokok dalam rumah (indoor) dgn mengambil tahu tntg basic rules cara penjagaan pokok tanaman indoor ini.
https://hi.jomwasap.my/fbmf1
https://hi.jomwasap.my/fbmf1
https://hi.jomwasap.my/fbmf1

02/12/2021

Panduan Untuk Mula Hias Rumah Dgn Pokok Hiasan.
5) Biakkan Pokok-Pokok Bila Tiba Masanya.
Keratan ialah cara terbaik untuk biakkan pokok tanpa kos untuk mengembangkan koleksi pokok yg ada. Keratan pokok money plant contohnya boleh diletakkan di dalam air.
6) Bantu Keratan yg Dipotong untuk Berakar.
Letakkan keratan money plant dalam air supaya ia dapat tumbuh akar. Hanya air, tidak perlu tambah apa-apa lagi. Tapi pastikan untuk ditukar air tu tiap dua hingga tiga hari sekali untuk mengekalkan kesegarannya.
Apabila akarnya tumbuh, letakkan keratan tersebut di dalam pasu berisi tanah (jgn gunakan pasu yg terlalu besar). Gunakan tanah pasu khas yg boleh di beli secara online atau di nursery kerana tanah biasa di halaman rumah mengandungi terlalu banyak nutrien dan akan merosakkan akar anak pokok tersebut.
https://hi.jomwasap.my/fbmf1
https://hi.jomwasap.my/fbmf1
https://hi.jomwasap.my/fbmf1

Panduan Untuk Mula Hias Rumah Dgn Pokok Hiasan.3) Gunakan air dgn bijak.Pastikan pasu anda mempunyai lubang saliran supa...
01/12/2021

Panduan Untuk Mula Hias Rumah Dgn Pokok Hiasan.
3) Gunakan air dgn bijak.
Pastikan pasu anda mempunyai lubang saliran supaya air tidak bertakung di bawah tumbuh-tumbuhan. Tambahkan juga tanahnya lembap dan bukannya basah.
4) Bekalkan juga baja kepada pokok.
Kebanyakan pokok lebih s**a disiram dari bawah. Untuk merangsang pertumbuhannya, tambah baja pada rutin penyiraman.
https://hi.jomwasap.my/fbmf1
https://hi.jomwasap.my/fbmf1
https://hi.jomwasap.my/fbmf1

30/11/2021

Panduan Untuk Mula Hias Rumah Dgn Pokok Hiasan.
Ini lah panduan untuk mereka yg baru ingin bermula dgn hobi tanam pokok indoor di dalam rumah berdasarkan apa yg telah dikongsikan oleh kami.
1) Mulakan Dengan Jenis-jenis Pokok Yang Mudah Dijaga.
Pilih pokok senang jaga adalah tips pertama yg paling penting! Banyak pokok senang jaga yg cantik dan sesuai sebagai deko dalam rumah ini. Antaranya pokok duit (money plant), pokok monstera, pokok spider plant, pokok fittonia.
Untuk pokok money plant dan monstera ini sendiri ada perlbagai jenis dan bentuk untuk dipilih. Bagi pokok monstera, ada dua jenis yg sering menjadi tarikan utama pencinta pokok ini iaitu MOnstera Adansani dan Monstera Deliciosa. Ia digelar keju Swiss kerana lubang terbentuk pada daunnya sama seperti corak lubang keju buatan Switzerland.
2) Pilih Tempat Yang Sempurna.
Ketahui arah gerakan cahaya matahari di rumah dan pilih tumbuh-tumbuhan untuk dipadankan dengan tempat yg menerima cahaya dan sudut yg teduh, tahap kelembapan dan suhu.
https://hi.jomwasap.my/fbmf1
https://hi.jomwasap.my/fbmf1
https://hi.jomwasap.my/fbmf1

Address

27, Jalan Seksyen 3/13 C, Peak 208, Kajang, Selangor Kajang
Selangor
43000

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 07:00 - 17:00
Wednesday 07:00 - 17:00
Thursday 07:00 - 17:00
Friday 07:00 - 17:00
Saturday 07:00 - 17:00
Sunday 07:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Benih Segak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share