05/12/2022
Bismillahirrahmaannirrahiim
Alhamdulillaahirabbil 'Aalamin
Allaahumma Sholli A'laa Sayyidinaa Muhammad Wa A'laa Aali Sayyidinaa Muhammad
Assalaamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh
KEAJAIBAN SELAWAT
Tiada yang mustahil bagi Allah, Allah Ya Khāliq, Ya Al-Badī’, Yang Maha Pencipta serta Perancang yang mampu mencipta segalanya, dan Allah yang mampu mewujudkan segalanya.
Dengan izin Allah, pada tahun 2017 Coach Nooraizan Zie di diagnosis dengan penyakit Autoimune Psoriasis Arthritis .Ketika itu, menurut doktor yang merawat dan satu dunia mengatakan tiada kesembuhan untuk Autoimune.
Pada bulan kelahiran Rasulullah yang lalu, di dalam group Cahaya Dalam Cinta, kami telah mencapai jutaan selawat. Kami melantunkan minima 30,000x selawat sehari di setiap petang. Amalan selawat ini dengan izin Allah, telah disambung lagi bersama group Hujan Rezeki Bootcamp di mana kami telah melantunkan minima 100,000x selawat sehari.
Alhamdulillah berkat Selawat kepada baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, pada Rabiulawal yang lalu, hasil pemeriksaan dan dari ujian darah yang dilakukan, menunjukkan seolah olah tidak pernah wujud penyakit Autoimune tersebut pada Coach Zie.
AMAZING! MasyaAllah TabarakAllah. Alhamdulillah.
"Dan tiadalah Kami mengutus kamu (wahai Muhammad), melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.” - Surah al-Anbiyaa, ayat 107
Benarlah bahawa selawat itu memang suatu hadiah untuk kita umat Rasulullah SAW.
Jadi sahabat, InsyaAllah, mulai 5 Disember 2022, Isnin, 5.30 petang Coach Nooraizan Zie akan berkhidmat dan mewakafkan dirinya untuk menyampaikan selawat berjemaah (min 100,000x) setiap hari melalui PROGRAM KEAJAIBAN SELAWAT.
Mari sahabat, kita melantunkan selawat bersama-sama dan mendapat keajaiban daripada keberkatan selawat yang akan kita lantunkan berjemaah. Semoga kita semua yakin dan percaya bahawa selawat mampu dengan izin Allah memberikan keajaiban dalam diri kita semua.
Sahabat boleh menonton video sharing kabar gembira ini, yang telah disampaikan oleh Coach Zie dan telah disiarkan disemua sosial media Nooraizan Zie malam tadi.
Semuga bermula hari ini sahabat boleh hadir berselawat bersama dengan pasangan, keluarga tercinta, saudara mara dan kenalan sahabat.
Dengan rendah hati kami meminta sahabat share posting ini agar lebih ramai yang tahu dan dapat berselawat bersama.
Join Zoom Meeting
https://us06web.zoom.us/j/82805769349?pwd=QjQ5c01Iak5OQWxzUUtJNU1oMFBEdz09
Meeting ID: 828 0576 9349
Passcode: SELAWAT
Live On Facebook
https://www.facebook.com/nooraizanzieofficial
Terima kasih.
Zoom is the leader in modern enterprise video communications, with an easy, reliable cloud platform for video and audio conferencing, chat, and webinars across mobile, desktop, and room systems. Zoom Rooms is the original software-based conference room solution used around the world in board, confer...