16/06/2025
"𝗠𝗮𝗸, 𝗱𝘂𝗶𝘁 𝗞𝗪𝗦𝗣 𝗺𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗵 𝗵𝗮𝗯𝗶𝘀 𝗸𝗲?"
Soalan tu aku tanya perlahan. Sebab aku perasan… sejak dua bulan ni, mak makin kerap minta tolong beli barang dapur. Makin kerap utamakan cucu makan, tapi dia sendiri cuma makan nasi putih.
Mak pandang aku. Senyum sikit. Tapi aku tahu — senyum tu kosong.
“KWSP tu sekejap je, nak. Mak buat ubahsuai rumah sikit, bayar hutang sikit… beli ubat ayah…”
Aku tunduk. Sebab aku tahu… semua tu mak tanggung sendiri. Walaupun dah bersara lima tahun.
***
Bila kita kerja, duit masuk tiap bulan. Kita rasa selamat. Tapi lepas pencen — tak ada gaji, tak ada pendapatan tetap. Yang tinggal cuma simpanan, kalau ada.
Dan ramai, macam mak aku… 𝘁𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 𝗸𝘂𝗺𝗽𝘂𝗹 𝗰𝘂𝗸𝘂𝗽.
Bergantung sepenuhnya pada KWSP.
Tapi duit KWSP bukan macam air sungai — bila kering, memang habis.
Bukan sebab boros. Tapi sebab kos hidup sekarang bukan macam dulu.
Dan hutang? Jangan cakap.
Ada yang pencen tapi rumah belum habis bayar. Kereta masih hutang. Kad kredit tertunggak.
Akhirnya, duit simpanan bukan untuk makan… tapi untuk bayar hutang.
Yang lebih menyedihkan — anak-anak p**a masih belajar.
Duit pencen kena belanja untuk yuran, buku, makan minum anak.
Mak ayah dah tua, tapi masih memikul beban.
Bila badan mula uzur, kos perubatan makin tinggi.
Darah tinggi, kencing manis, jantung, sendi… semua datang serentak.
Tapi tak ada medical card. Dulu rasa takaful tak penting.
Sekarang, semua kena bayar sendiri.
Mak pernah bisik,
“𝗠𝗮𝗸 𝗺𝗮𝗹𝘂 𝗻𝗮𝗸 𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮 𝗯𝗮𝗹𝗶𝗸. 𝗕𝗮𝗱𝗮𝗻 𝗽𝘂𝗻 𝘁𝗮𝗸 𝗸𝘂𝗮𝘁. 𝗧𝗮𝗽𝗶 𝗱𝘂𝗶𝘁 𝗺𝗮𝗸𝗶𝗻 𝘀𝗶𝗸𝗶𝘁..."
Bila dah tua, patutnya rehat. Tapi mak terpaksa buat kuih jual kat jiran.
Kadang, sampai tak cukup tidur.
***
Aku tulis ni bukan nak simpati.
Tapi aku tak nak kau lalui nasib yang sama. Mula rancang untuk kehidupan selepas bersara. Jangan sabotaj diri sendiri.
𝗝𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗹𝗲𝘀𝗮 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗴𝗮𝗷𝗶 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴
Sebab bila pencen nanti, realiti takkan bagi peluang kedua. Mula buat simpanan persaraan, agihkan sekurangnya 10% dari gaji.
𝗦𝗶𝗺𝗽𝗮𝗻. 𝗟𝗶𝗻𝗱𝘂𝗻𝗴. 𝗥𝗮𝗻𝗰𝗮𝗻𝗴.
Biar tua nanti… kita senyum bukan sebab terpaksa. Tapi sebab tenang.
"Urus Wang untuk Hidup Tenang"