DOBI Istisar

DOBI Istisar NORMAL WASH, DRY CLEANING,HAND WASH,IRONING & FOLDING, REPAIR CLOTHING AND OTHERS

DOBI ISTISAR JUGA MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN AMBIL DAN HANTAR PAKAIAN ANDA SAMA ADA DI RUMAH ATAU PUN DI TEMPAT KERJA ANDA. LOKASI YANG BOLEH KAMI AMBIL DAN HANTAR ADALAH SEKITAR BANDAR BARU SALAK TINGGI, SEPANG, PUTRAJAYA DAN NILAI.

Alhamdulillah..Rezeki pada petang tadi..Terima kasih kerana masih memberi kepercayaan kepada kami untuk membasuh pakaian...
07/11/2012

Alhamdulillah..Rezeki pada petang tadi..Terima kasih kerana masih memberi kepercayaan kepada kami untuk membasuh pakaian anda..InsyaAllah pakaian anda tidak akan dicampur dengan pakaian customer lain dalam satu mesin..Suci dan Bersih keutamaan kami..TQ..

Inilah Tuan empunya Dobi Istisar (Meja baris 3 di sebelah projector) sedang khusuk mendengar taklimat kursus Teori Dobi....
01/11/2012

Inilah Tuan empunya Dobi Istisar (Meja baris 3 di sebelah projector) sedang khusuk mendengar taklimat kursus Teori Dobi...

Alhamdulillah..Baju yg berbaris menunggu giliran utk digosok..Harap semuanya dapat diselelsaikan pada masa yg ditetapkan...
01/11/2012

Alhamdulillah..Baju yg berbaris menunggu giliran utk digosok..
Harap semuanya dapat diselelsaikan pada masa yg ditetapkan..

"Rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal.""Dalam kerendahan hati ada k...
30/10/2012

"Rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal."

"Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu."

Salam...Kami ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha buat kawan2 semua..Kepada yan...
25/10/2012

Salam...

Kami ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha buat kawan2 semua..

Kepada yang balik kampung, berhati-hati memandu dijalanraya yer..Kepada yg tidak dapat balik beraya di kampung, jangan sedih2 yer..

Barang beharga milik pelanggan yang ditemui..
20/10/2012

Barang beharga milik pelanggan yang ditemui..

19/10/2012

SALAM..

Hari nie kami nak berkongsi sedikit tips penjagaan pakaian yg anda sayangi...:-)

Gula-gula Getah Melekat Pada Pakaian :
Letakkan pakaian tadi dalam peti sejuk beberapa jam. Kemudian keluarkannya. Basuh seperti biasa dan anda akan dapati gula-gula getah mudah ditanggalkan dari pakaian.

Pakaian Terkena Dakwat:
1. Bancuh sedikit susu dengan sedikit air. Biarkan ianya pekat. Celup dan rendamkan pakaian yang terkena dakwat tadi ke dalam bancuhan susu tersebut selama 20 hingga 25 minit. Kemudian basuh dan bilas pakaian itu seperti biasa.

2. Titiskan air limau yang bercampur dengan garam pada tanda dakwat dan gosok-gosoklah dengan tangan. Biarkan ia seketika sebelum membasuhnya seperti biasa.

3. Picitkan penyembur rambut pada pakaian tersebut. Biarkan ia kering sebentar. Kemudian sapukan p**a air yang bercampur cuka. Berus dan basuhlah seperti biasa.

Pakaian Terkena Karat :
Potong dua biji limau. Gosokkan pada bahagian yang terkena karat. Kemudian rendamkan dengan air garam. Setelah itu, basuh pakaian itu seperti biasa.

Hilangkan Getah Pisang Pada Pakaian :
Sapukan sedikit kapur makan dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian barulah dicuci seperti biasa.

Salam...Kelebihan Berselawat..mari kita perbanyakkan selawat...
18/10/2012

Salam...

Kelebihan Berselawat..mari kita perbanyakkan selawat...

Salam buat semua..Di sini saya nak minta tolong kawan2..saya ingin menawarkan khidmat kepada surau dan masjid sekitar Se...
16/10/2012

Salam buat semua..

Di sini saya nak minta tolong kawan2..saya ingin menawarkan khidmat kepada surau dan masjid sekitar Sepang, Putrajaya, Nilai Puchong dan kawasan sekitarnya...

Jikalau ada Sejadah, telekung, kain atau apa sahaja benda berkaitan masjid dan surau yang ingin dibasuh..bolehlah hantar ke dobi sya di Sepang..

Tiada bayaran yg dikenakan..semuanya percuma saja..Jauh sekali niat utk riak dan takbur..Tetapi sekadar ingin mendapatkan keredaan Allah SWT di dunia dan akhirat...Amin..

No. Fon Saya :0138575140 (Rahim)
Alamat kedai sya kat Taman dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang (belakang Flat Taman Dahlia)
Cari Dobi Istisar..No. kedai No.8..

12/10/2012

Salam jumaat buat semua...

Saya nak kongsi sedikit cerita nie..dapat dari seorang kwn..

BERNIAGA CARA SAIDINA ABDUL RAHMAN BIN AUF

Berikut adalah tips perniagaan yang boleh kita ambil dari seorang korporat Islam yang amat tersohor dalam bidang perniagaan iaitu Saidina Abdul Rahman Bin Auf:

1. Sikit, tapi untung
Konsepnya mudah, untung sedikit tetapi dalam kuantiti yang banyak. Setibanya Saidina Abdul Rahman berhijrah dari Mekah ke Madinah, beliau ditawarkan oleh seorang saudaranya yang baru sama ada mahu memiliki kekayaan atau isterinya, namun beliau lantas memilih agar ditunjukkan sahaja di mana letaknya pasar. Dari situ, beliau memulakan perniagaan menjual unta. Harga unta yang dijual hanya 1000 dirham (tiada untung kerana harga kos unta adalah 1000 dirham juga!).
Cuba teka? Di mana keuntungan itu diperolehi? Jawapannya, beliau hanya mengambil untung atas jualan tali yang mengikat unta tersebut! Bayangkan beliau dapat menjual 1000 ekor unta dalam masa sehari sahaja. Untungnya? 1000 upah tali x 1 dirham = 1000 dirham

2. Banyakkan sedekah atau infak
Berapa ramai antara kita yang selalu bersedekah apabila mendapat kesenangan? Bilasudah mahu miskin, baru terlintas ingin bersedekah? Itu adalah konsep yang salah, seharusnya kita bersedekah ketika senang dan sihat!

3. Usaha secara berterusan
Kita lihat kekuatan jiwa yang dimiliki oleh Saidina Abdul Rahman dalam berniaga. Dalam peristiwa Hijrah, beliau sanggup tinggalkan kekayaan semata-mata menyahut seruan Hijrah. Namun, beliau cepat-cepat berusaha mengubah nasib diri setibanya di Madinah berbekalkan modal yang ada. Kita juga harus bersikap sedemikian, jangan mudah mengalah jika bankrup atau gulung tikar.

4. Keyakinan yang jitu kepada Allah
Orang beriman dan bertakwa yang kaya adalah mereka yang senantiasa memiliki keyakinan bahawa segala usaha yang mereka kerjakan pasti mendapat keberhasilan tidak kira cepat atau lambat, sedikit atau banyaknya untung.

Semoga kita beroleh manfaat.. Amin

Address

NO. 8, Jalan DAHLIA 6/1, TAMAN DAHLIA
Sepang
43900

Opening Hours

Monday 09:30 - 22:00
Tuesday 09:30 - 22:00
Wednesday 09:30 - 22:00
Thursday 09:30 - 22:00
Friday 09:30 - 22:00
Saturday 09:30 - 22:00
Sunday 09:30 - 22:00

Telephone

+60138708040

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DOBI Istisar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share