15/06/2025
Majlis Perasmian Kelas Tadika Pangsapuri Megah Villa Apartment.
Tarikh : 14Jun2025
Hari : Sabtu
Tempat : Dewan Megah Villa Apartment
Perasmi : YB Datuk Borhan Bin Aman Shah
Pengerusi Jawatankuasa Tetap
Dan Pembangunan Bandar Lestari,
Kebudayaan, Adat Istiadat Melayu
dan Warisan Negeri Selangor D.E
Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk untuk tujuan menempatkan murid murid tadika ke satu kelas yang lebih selesa, selamat dan teratur.
Antara ciri ciri yang terdapat di dalam kelas ini adalah seperti ruangan pembelajaran yang lebih selesa dan mempunyai kipas angin serta penghawa dingin, CCTV, bilik rehat / kuarantin untuk murid, tandas yang lebih selesa serta tidak perlu lagi keluar dari kelas, ruangan untuk pembantu guru menyediakan bahan makanan serta ruang makan yang lebih teratur.
Turut hadir menyerikan majlis adalah Mr. Gan Chee Hui Ahli Majlis Kota Warisan, En. Wan Mohd Saiful Sobry Bin Wan Ismail Pegawai Perpaduan Daerah Sepang, Pengerusi KRT serta Wakil dari sekitar Kota Warisan, Wakil Surau Al Hijrah, Ibu bapa dan guru tabika Perpaduan, Penduduk Megah Villa
dan wakil badan bukan Kerajaan sekitar Kota Warisan.
Ucapan Terima Kasih dari Pengerusi JMB En Jamal masuri juga kepada KRT Megah Villa, COMBI Megah Villa dan PSSGMK Megah Villa kerana bersama sama dalam menjayakan majlis perasmian ini.
Semoga dengan adanya kelas baru ini, murid murid
akan lebih fokus dari segi pembelajaran serta lebih selesa berbanding sebelumnya.