Hibah, Wasiat, Faraid

Hibah, Wasiat, Faraid Meningkatkan kefahaman tentang urus tadbir harta dan pusaka patuh syariah

Memberi solusi perwarisan harta

Membantu waris selesaikan uruspusaka

06/03/2024
26/11/2023

Lama tak menulis..

02/06/2021

Jika anda meninggal TIADA anak (dan keturunan ke bawah) atau ibu bapa (dan usul ke atas) , hanya adik beradik, maka mereka adalah AHLI WARIS anda. Ahli waris dari adik beradik mempusakai dengan 2 cara.

1. Adik beradik SEIBU mempusakai secara FARDHU (Surah An Nisa : Ayat 12)

2. Adik beradik SEIBU SEBAPA dan SEBAPA

a. jika perempuan sahaja, mempusakai secara FARDHU
(Surah An Nisa : Ayat 176)

b. jika lelaki dan perempuan, mempusakai secara ASOBAH,
dengan bahagian lelaki bersamaan 2 bahagian perempuan.

Lihat https://fb.watch/5TPlshO_dh/ untuk penerangan.

WASIAT adalah salah satu cabang dalam ilmu faraidh. baru aku tahu TAK SAH WASIAT UNTUK WARIS YA.
29/05/2021

WASIAT adalah salah satu cabang dalam ilmu faraidh. baru aku tahu TAK SAH WASIAT UNTUK WARIS YA.

29/05/2021

tgk video ni. pasal DUTI SETEM utk pindahmilik HARTA PUSAKA.

26/05/2021

TAHUKAH ANDA ...

Kes PUSAKA di mana pembahagian ikut muafakat, duti SETEM dikenakan pd yg melebihi bahagian faraid? Umpama harta itu dipindahmilik masa hidup.

Tetapi diberi pengecualian jika ada Perintah Perletakan Hak.

23/05/2021

Faedah hadiah yang mungkin ramai yang tidak tahu..

13/05/2021

Melantik WASI bagi harta pewasiat adalah WISOYAH. Bagi kita orang Melayu, semua ni pukul rata panggil wasiat. Tak salah asal ngerti akan bezanya dengan WASIAT.

WISOYAH juga merujuk kepada perlantikan PEMEGANG AMANAH bagi harta pewaris bawah umur (bawah 18 tahun).

Waris2 perlu akur dengan perlantikan PENTADBIR atau PEMEGANG AMANAH tersebut.

Adalah lebih mudah jika ada klausa wisoyah dalam wasiat. Mudah untuk mendapatkan GERAN PROBET dari MAHKAMAH TINGGI SIVIL utk proses seterusnya iaitu mencairkan harta beku.

Bukankah itu penting bila berlaku kematian pada pasangan kita?

11/05/2021

Bukan WARIS boleh terdiri dari yg berikut :

1. Ahli keluarga ....tapi bukan dari 23 golongan waris yg boleh mewarisi. Cth CUCU dari ANAK PEREMPUAN YG MATI DULU. Maka cucu ini, samada lelaki atau perempuan, tidak boleh mewarisi pusaka DATOKNYA... melainkan via wasiat. Pasti happy cucu itu, krn Datok telah memastikan cucunya tidak ditinggalkan meratap hiba... dan hidup meminta2.

2. Lepas bercerai, maka putuslah asbab mewarisi pusaka pasangannya. Tetapi, bagi bekas suami yg prihatin dan bertanggungjawab, , akan mewasiatkan sbhgn hartanya pd jandanya terutama yg membesarkan anak2nya. Tanpa adanya kasih sayang dlm menguruskan harta, mana mungkin seseorang itu boleh berbuat demikian.

3. Meneruskan amalan bersedekah semasa hidup, dgn berwasiat utk bersedekah pd masjid/rumah anak yatim dan seumpamanya, sbg saham akhiratnya yg terakhir.

Jika begitu sekali Allah sayangkan hambaNya, mengapa tidak rebut peluang itu? 😘

11/05/2021

Adalah kelaziman dlm masyarakat kita utk buat wasiat spt ni. Dan sering juga menjadi punca perbalahan keluarga, sehingga mengharamkan apa yg halal buat mereka.

BELAJARLAH FARAID... bezakan waris yg tidak terhalang dari mempusakai, dgn waris yg terhalang. Yg terkemudian itu boleh menjadi penerima pusaka via wasiat.

Cth :

1. CUCU dari ANAK LELAKI yg mati dulu, adalah terhalang dari mewarisi harta DATOK, selama mana DATOK ada anak lelaki lain sbg pendinding utk cucu mewarisi. Datok boleh bagi cucu kesayangannya via wasiat.

2. Saudara lelaki/perempuan nak memberi sbhgn hartanya pd adik beradik sebapa/seibu, tapi terhalang krn adanya Bapa sbg waris utama. Manfaatkan wasiat.

Semuga bermanfaat. 😘

Address

Seremban
70400

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
18:00 - 19:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60197269007

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hibah, Wasiat, Faraid posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Hibah, Wasiat, Faraid:

Share