Puspanita PPN Negeri Sembilan

Puspanita PPN Negeri Sembilan Merupakan laman rasmi untuk penyampaian aktiviti PUSPANITA dari semasa ke semasa.

🌙✨ UCAPAN HARI RAYA AIDILFITRI ✨🌙Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Alhamdulillah, dengan penuh kesyukuran, kita...
29/03/2025

🌙✨ UCAPAN HARI RAYA AIDILFITRI ✨🌙

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Alhamdulillah, dengan penuh kesyukuran, kita telah menyempurnakan ibadah Ramadan dan kini tiba masanya untuk meraikan kemenangan di Hari Raya Aidilfitri.

Saya, selaku Pengerusi PUSPANITA, ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada seluruh ahli PUSPANITA serta keluarga. Semoga Aidilfitri ini membawa kebahagiaan, mempererat silaturahim, dan mengukuhkan semangat perpaduan antara kita.

Di kesempatan ini, marilah kita terus menyemai nilai-nilai kasih sayang, tolong-menolong, dan keikhlasan dalam kehidupan seharian. Bagi yang pulang ke kampung halaman, berhati-hatilah di jalan raya dan semoga selamat sampai ke destinasi.

Selamat Hari Raya, ikhlas dari kami di PUSPANITA! 🌸💖




29/03/2025

“Bersama Mencipta Kenangan, Berbakti Tanpa Batasan,”

Sempena bulan Ramadan 1446H – PUSPANITA PPN N.Sembilan telah melancarkan Tabung Sedekah bagi berkongsi rezeki dengan menyalurkan sumbangan kepada peserta ekasih dan keluarga yang kurang bernasib baik. Antara program dan aktiviti yang telah berjaya dilaksanakan adalah seperti;

1. Penyampaian Bakul Kasih Ramadan & Majlis Iftar
2. Program Singgah Moreh
3. Jualan Pre-Loved
4. Program Merewang Bubur Lambuk
5. Majlis Khatam Al-Quran & Berzanji
6. Program Gunting Rambut
7. Program Mobile Team

Program-program di atas bukan sekadar menyampaikan bantuan tetapi juga sebagai wadah untuk membina silatulrahim, memupuk nilai kesyukuran dan memperkukuhkan rasa empati dalam kalangan masyarakat.

Dengan Semangat “Bersama Mencipta Kenangan, Berbakti Tanpa Batasan”, program ini diharapkan dapat membawa keberkatan dan kebahagiaan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.



28 Mac 2025 - Sumbangan Bakul Kasih Ramadan bersama Mobile Team di Serting Hulu.
29/03/2025

28 Mac 2025 - Sumbangan Bakul Kasih Ramadan bersama Mobile Team di Serting Hulu.



“Segak & Kemas di Bulan Mulia — PUSPANITA PPN N.Sembilan telah menganjurkan Program Gunting Rambut Khas Sempena Ramadan....
29/03/2025

“Segak & Kemas di Bulan Mulia — PUSPANITA PPN N.Sembilan telah menganjurkan Program Gunting Rambut Khas Sempena Ramadan. Jom tampil rapi sambut Aidilfitri dengan penuh gaya!”

Terima kasih kepada semua warga yang menyertai Program Gunting Rambut Sempena Ramadan. Moga penampilan baru membawa semangat baru untuk berhari raya!



“Alunan Kalamullah & Syair Pujian – Majlis Khatam Al-Quran & Berzanji 1446H”Majlis Khatam Al-Quran & Berzanji bukan seka...
29/03/2025

“Alunan Kalamullah & Syair Pujian – Majlis Khatam Al-Quran & Berzanji 1446H”

Majlis Khatam Al-Quran & Berzanji bukan sekadar sebuah acara, tetapi satu perjalanan rohani yang menguatkan iman, menyucikan hati, dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

✨ Manfaat kepada ahli:
✅ Mendapat keberkatan – Al-Quran sebagai cahaya hidup dan pedoman.
✅ Mengukuhkan ukhuwah – Bersama dalam ibadah, hati semakin rapat.
✅ Menambah ilmu & kefahaman – Berzanji memperingati sirah Rasulullah SAW.
✅ Ganjaran pahala berlipat ganda – Setiap huruf yang dibaca mendatangkan kebaikan.

Hadis:
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Allah mempunyai golongan manusia sendiri.” Para sahabat bertanya, “Siapakah mereka, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab, “Mereka adalah ahli Al-Quran, golongan Allah dan orang-orang istimewa-Nya.”
— (Riwayat Ibnu Majah, no. 215)

Semoga majlis ini menyuburkan cinta kita kepada Al-Quran dan Rasulullah SAW.

29/03/2025

“Semangat Gotong-Royong, Eratkan Silaturahim! ❤️🍲”

19 Mac 2025 - Program Gotong-Royong Bubur Lambuk PUSPANITA PPN N.Sembilan.

Dari dapur ke hati, setiap senduk yang dikacau penuh dengan kasih sayang dan ukhwah. Bersama kita berkongsi rezeki dan menyemarakkan semangat Ramadan! 🌙✨




“Salam Nuzul Quran. Mari kita hayati mukjizat teragung ini, sumber petunjuk dan rahmat bagi seluruh alam. Semoga hati ki...
18/03/2025

“Salam Nuzul Quran. Mari kita hayati mukjizat teragung ini, sumber petunjuk dan rahmat bagi seluruh alam. Semoga hati kita sentiasa dekat dengan kalam Ilahi.”

Hadis:
Rasulullah SAW bersabda:
“Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya.”
— (Hadis Riwayat Bukhari)

Semoga hari ini menjadi titik permulaan untuk kita lebih mendekati Al-Quran, bukan sekadar dibaca, tetapi juga difahami dan diamalkan.

Sekalung Tahniah diucapkan kepada Puan Norashiken binti Ishak, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil ICU JPM. Semoga dengan...
18/03/2025

Sekalung Tahniah diucapkan kepada Puan Norashiken binti Ishak, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil ICU JPM. Semoga dengan kepimpinan Puan, PCK JPM akan terus memacu kecemerlangan.

Ucapan Setulus Ikhlas Daripada:
Datin Zukartini binti Che Pa
Pengerusi dan semua ahli PUSPANITA
PCK ICU JPM (PPN Negeri Sembilan)🥰

🌟 Jualan Prelove: Kongsi Rezeki 🌟Mari sertai jualan Pre❤️  dengan memberi peluang kedua kepada barangan preloved yang ma...
17/03/2025

🌟 Jualan Prelove: Kongsi Rezeki 🌟

Mari sertai jualan Pre❤️ dengan memberi peluang kedua kepada barangan preloved yang masih berkualiti. Setiap pembelian bukan saja menjimatkan, tapi juga menyokong gaya hidup lestari. Jom berbelanja dengan bijak dan penuh makna!




7 Mac 2025, Lobak - Singgah Moreh PUSPANITA: Eratkan Silaturahim, Berkongsi Berkat di Bulan Mulia.” YBhg Datin Zukartini...
17/03/2025

7 Mac 2025, Lobak - Singgah Moreh PUSPANITA: Eratkan Silaturahim, Berkongsi Berkat di Bulan Mulia.”

YBhg Datin Zukartini & YBhg Dato’ telah turun padang bagi menyantuni Puan Siti Nurain binti Sallehuddin kerana hilang punca pendapatan disebabkan suami kemalangan jalan raya. Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban mereka serta membawa kegembiraan dan keberkatan kepada semua.



7 Mac 2025, Seremban - PUSPANITA PPN Negeri Sembilan berkongsi rezeki bersama 10 KIR di satu Majlis Iftar bersama warga ...
17/03/2025

7 Mac 2025, Seremban - PUSPANITA PPN Negeri Sembilan berkongsi rezeki bersama 10 KIR di satu Majlis Iftar bersama warga PPN N.Sembilan.

Majlis pelancaran Tabung Sedekah juga turut diadakan bagi membuka ruang kepada warga untuk berinfak dan menjalankan aktiviti-aktiviti sepanjang Ramadhan seperti Singgah Moreh, sumbangan Bakul kasih, Program Bubur Lambuk, Majlis Khatam Al-Quran & Berzanji serta Program Gunting Rambut untuk anak-anak warga PPN N.Sembilan.

Address

Seremban
Seremban

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Puspanita PPN Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Puspanita PPN Negeri Sembilan:

Share