31/10/2018
■■ 11 TIPS BELI RUMAH PERTAMA ■■
Beli rumah kena ada strategi kerana deposit bukan senang nak dikumpul, malah rumah ini aset yang nak dipegang lama. Kalau tersilap langkah, deposit boleh hangus, malah rumah pun boleh terlelong.
Tag dan share kepada kenalan jika bermanfaat.📢📢
Jom baca.
1. Beli unit bawah nilai pasaran.✔
➡ "Untung ketika membeli, tanpa perlu tunggu saat menjual". Dengan membeli unit bawah nilai pasaran, jumlah deposit dapat diminimakan, dan bayaran ansuran bulanan juga dapat dikurangkan, seterusnya boleh bersaing dengan rumah sewa di sekitar (jika mahu disewakan) dengan cashflow optima.
- unit lelong
- unit pasaran sekunder (subsale)
2. Beli unit kos masuk (entry cost) minima.✔
➡ Anda tak perlu mengumpul banyak deposit yang mungkin makan masa lebih lama. Lebih lama masa yang anda ambil, lebih tinggi harga rumah akan naik.
- unit dalam pembinaan berdiskaun >10%
- unit pasaran sekunder (subsale) boleh runding
- pembiayaan bank / kerajaan 100%
3. Beli unit yang harganya lebih rendah daripada kelayakan pembiayaan sebenar (sebagai buffer).✔
➡ "Anda mungkin hanya layak tapi anda sebenarnya tak mampu". Anda mungkin layak buat pembiayaan 300K, tetapi sebenarnya kemampuan membayar anda hanyalah 250K. Jadi sediakan sedikit margin sebagai buffer. Manalah tahu nanti BFR naik, bayaran ansuran pun naik. Kalau tak mampu, nanti rumah terlelong p**a.
- layak 300K, belilah 200K-250K
- layak 150K, belilah 80K-120K
4. Beli dua unit terus untuk maksimakan kedua-dua kuota 90% pembiayaan anda untuk dua rumah pertama.✔
➡"Jangan tunggu lama2." Beli terus 2 buah rumah supaya kuota 90% untuk dua rumah pertama dapat digunakan segera. Takyah tunggu2 untuk tunggu settledown kerana harga rumah terus naik. Kuota 90% tu boleh re-create semula apabila salah satu atau kedua2 rumah telah habis dibayar atau telah lupus pemilikan.
- mampu beli 300K, beli 2 unit 100K-150K
- mampu beli 200K, beli 2 unit 60K-100K
5. Beli sahaja di mana-mana.✔
➡Beli sahaja di mana-mana, asalkan rumah mampu disewakan dan diuruskan dengan baik. Jika jauh sangat untuk disewakan, boleh lantik subletter. Tak semestinya beli kena duduk, sewakan pun boleh juga.
- rumah murah jauh, beli dan sewa (bukan bagi alasan)
- rumah murah dekat, beli dan duduk
6. Ambil tempoh pembiayaan paling panjang, lagi panjang lagi bagus.
➡Dengan memanjangkan tempoh pembiayaan, bayaran ansuran bulanan adalah lebih rendah, dan DSR juga kurang terkesan, maka bolehlah spare DSR untuk beli unit berikutnya.
7. Rajin mencari setiap hari kerana unit menarik banyak mata memerhati.✔
➡Kita tak tau bila unit menarik akan diiklankan, dan biasanya unit sebegini cepat sahaja sold out. Salahkan diri sendiri sebab tak rebut peluang. Rajin2 la tengok iklan rumah.
- media sosial
- mudah.my
- ronda kawasan
8. Guna Agen Hartanah.✔
➡Pembeli rumah pertama biasanya cetek ilmu hartanah. Lantik agen yang boleh dipercayai. Beritahu mereka spesifikasi rumah yang anda cari dan bajet anda. Pastikan anda guna perkhidmatan agen hartanah berdaftar.
- padan permintaan (demand) & pembekalan (supply)
- kadang-kadang dapat nasihat kewangan
- semak status agen hartanah di website LPPEH
9. Lawat Kawasan (Site Visit).✔
➡PENTING! Nak nikah pun pergi risik dulu, kan? Takkanlah terus petik nama, bagi hantaran ribu2 dan bayar mas kawin terus. Jangan bayar booking tanpa bersemuka dengan agen / owner atau tanpa melihat rumah walaupun tawaran sangat menarik. Biarlah terlepas rumah dari ditipu duit deposit. Anda juga boleh lihat kondisi rumah untuk anggar kos sampingan atau berunding dengan owner untuk kurangkan harga.
- tengok lokasi
- tengok kejiranan
- tengok kerosakan
- tengok potensi
- runding berdepan
10. Semak Profil Kewangan.✔
➡Kalau dah buat semua di atas tapi loan tak lepas pun tak guna juga, unless kalau bayar secara tunai. Maka rajin2lah dokumenkan profil kewangan anda dan bersemuka dengan banker untuk semak kelayakan pembiayaan.
- Pendapatan (Income)
- Penolakan (Deduction)
- Komitmen
- Simpanan
- Pelaburan
- Debt-Service Ratio (DSR)
11. Cari ilmu - mentor, buku, seminar✔
➡Kalau anda baca semua di atas tapi ilmu masih cetek kompem tak berapa nak faham taktik tersembunyi di sebaliknya. Teruskan belajar. Laburkan 5% gaji untuk ilmu setiap bulan atau setiap 2-3 bulan. Atau follow geng2 hartanah beretika .... macam saya. Haha. 😉
- Belajar cara dapatkan rumah murah
- Dapatkan ilmu dan praktikkan
- Ilmu tanpa usaha ibarat pohon tidak berbuah
"Saya tidak beri ikan. Saya hanya bagi joran; pilihlah umpan apa anda nak guna, lubuk mana anda nak pergi dan ikan apa anda nak kail."
SHARE, TAG & FOLLOW