16/07/2026
📢 PERINGATAN PENTING UNTUK SEMUA MAJIKAN / IMPORTANT NOTICE FOR ALL EMPLOYERS 📢
Sila ambil perhatian mengenai pelaksanaan Skim LINDUNG 24 Jam di bawah PERKESO / Kementerian Sumber Manusia.
Berdasarkan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, skim perlindungan ini adalah MANDATORI bagi semua pekerja asing, manakala statusnya adalah SUKARELA bagi pekerja tempatan.
⚠️ AMARAN / WARNING KEPADA MAJIKAN:
Bagi pekerja tempatan yang memilih untuk TIDAK MENYERTAI skim ini, anda sebagai majikan WAJIB melengkapkan Notis Pelepasan Liabiliti (Borang Pilihan). Jika tiada sebarang notis dihantar, penyertaan pekerja tempatan akan DIAKTIFKAN SECARA AUTOMATIK sebagai "MENYERTAI".
Jika pekerja tempatan tidak menyertai dan notis tidak dihantar dengan betul, mereka TIDAK AKAN MENERIMA sebarang faedah daripada Skim LINDUNG 24 Jam sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.
📅 Tempoh Membuat Pilihan / Tetingkap Masa:
13 JULAI 2026 hingga 31 OGOS 2026
👉 Apa yang majikan perlu lakukan?
Semak status pilihan perlindungan pekerja tempatan anda.
Jika mereka menolak penyertaan, lengkapkan BORANG PILIHAN.
Layari Portal LINDUNG Faedah di 🌐 lindungfaedah.perkeso.gov.my untuk urusan penghantaran.
Jangan tunggu saat akhir! Pastikan pematuhan syarikat anda diselesaikan sebelum 31 Ogos 2026 bagi mengelakkan sebarang isu liabiliti atau pengaktifan automatik yang tidak diingini.
Untuk maklumat lanjut, layari www.perkeso.gov.my.