P.U.S.B.A Training & Consultancy

P.U.S.B.A Training & Consultancy Kemudian PUSBA telah berkembang dan mula menganjurkan kursus-kursus intensif dalam pendidikan Bahasa Arab dan Al-Quran secara berkelompok.

PUSBA atau Pusat Pengajian Bahasa Arab & Al-Quran telah ditubuhkan pada 1998 yang didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nombor pendaftaran 001218608-X di Taman Seri Andalas Klang, Selangor. Pada peringkat awal penubuhan, ia banyak menjalankan aktiviti-aktiviti pendidikan yang menumpukan pembelajaran Al-Quran dan Bahasa Arab dengan menggunakan pendekatan yang lebih moden d

an menarik. Pada tahun 2005, PUSBA telah berpindah ke Seksyen 30, Shah Alam dan PUSBA mula mengorak langkah dengan menganjurkan Program Pembangunan Insan Sepadu yang berteraskan konsep Quranic dan Holistic. Modul-modul yang dibangunkan oleh PUSBA adakah modul Pembangunan Insan Sepadu yang berdasarkan ilmu-ilmu wahyu dan kosep psikologi moden.

Saya panjangkan hebahan ini.. Tolong viralkan...
01/09/2016

Saya panjangkan hebahan ini..

Tolong viralkan...

Program Bina INSAN Negeri Selangor Seramai 30 orang aktivis dan s**arelawan wanita dari DUN Taman Templer, Selayang meng...
14/08/2016

Program Bina INSAN Negeri Selangor

Seramai 30 orang aktivis dan s**arelawan wanita dari DUN Taman Templer, Selayang mengikut program ini.

Kandungan menarik program ini ialah, model IHES, Lawatan ke Rumah Perlindungan Darulwardah dan Terapi diri dengan Aurashifa

Majlis perasmian penutup akan disempurnakan oleh YB ADN Taman Templer Tuan Hj Zaidi Talib.

29/02/2016

REALITI DI ZAMAN KITA SEKARANG INI

Banyak rumah besar --- keluarganya makin kecil

Tingkat pendidikan makin tinggi --- akal sehat makin rendah

Sistem perubatan makin canggih --- kesihatan makin buruk

Travelling keliling dunia --- tak kenal dengan jiran tetangga

Pendapatan bertambah --- tak ada ketenteraman jiwa

Kualiti ilmu tinggi --- kualiti emosi rendah

Manusia makin banyak --- rasa kemanusiaan makin menipis

Pengetahuan makin bagus --- kearifan makin berkurang

Perkahwinan makin meriah --- kesetiaan hampir punah

Banyak teman di dunia maya --- tak punya sahabat sejati

Pakai jam tangan mahal --- selalu kekurangan waktu

Ilmu semakin tersebar --- adab dan akhlak makin lenyap

Al Qur’an banyak dihafal --- sedikit sekali yang mengamalkan

Belajar semakin mudah --- guru makin tak berharga

Teknologi informasi kian canggih --- fitnah dan aib makin banyak tersebar

Orang yang sedikit ilmu banyak bicara --- orang yang banyak ilmu terdiam..

25/11/2015

Cerita kawan : "Pizza selalu mengelirukan kita. Kotaknya 4 segi, bila dibuka ianya bulat, bila hendak di makan menjadi segitiga p**a.

Begitulah manusia, walaupun zahirnya sama tapi tindakan, pemikiran dan pendapat adalah sangat berbeza. Raikan perbezaan, utuhkan persamaan. Kekalkan kemanusiaan.

Fakta:
6 Apple = RM 10/=
Apple 6 = RM 2400/=😂

Program INSAN Selangor :Usahawan wanita utk DUN Kota Anggerik diadakan di Shah Alam. Seramai 28 orang peserta mengikuti ...
21/11/2015

Program INSAN Selangor :Usahawan wanita utk DUN Kota Anggerik diadakan di Shah Alam.
Seramai 28 orang peserta mengikuti kursus latihan ini selama dua hari (21-22 NOVEMBER 2015) .

Kandungan menarik dalam kursus ini ialah mengenal potensi diri melalui ujian pailometrik, Jaringan bisnes, Spiritual Marketing dan pembiayaan dari Hijrah Selangor.

16/11/2015

📣📢📢📢📣📣
JAWATAN KOSONG
_____________________

1.Tukang Masak Tadika - 2 kekosongan

2. Pembantu Tadika- 4 kekosongan

3. Guru Tadika - 2 kekosongan

Bertugas;
1. Berjaya Park, seksyen 32 Shah Alam
2. Jalan Kebun , seksyen 30, Shah Alam

Hubungi / sms/ whatsapp
019 3339871 ustaz Zawawi
013 2364175 ustazah Hazlina

Tarikh iklan : 16 Nov 2015

... TQ

16/07/2015
20/04/2015

KATA-KATA HIKMAH IMAM AS-SYAFIE. RH

"Barangsiapa mengaku dapat menggabungkan dua cinta dalam hatinya, cinta dunia sekaligus cinta Allah, maka dia telah berdusta."
- (Imam AsSyafie)

"Jika ada seorang yang ingin menjual dunia ini kepadaku dengan nilai harga sekeping roti, nescaya aku tidak akan membelinya."
- (Imam asSyafi'e)

"Bila kamu tak tahan penatnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan."
- (Imam asSyafie)

Berapa ramai manusia yang masih hidup dalam kelalaian, sedangkan kain kapannya sedang ditenun.
- (Imam asSyafie)

Orang yang berilmu dan beradab, tidak akan diam di kampung halaman. Tinggalkan negerimu, merantaulah ke negeri orang.
- (Imam asSyafie)

Aku tidak pernah berdialog dengan seseorang dengan tujuan aku lebih senang jika dia berpendapat salah.
- (Imam asSyafie)

Jangan cintakan orang yang tidak cintakan Allah. Kalau dia boleh meninggalkan Allah, apalagi meninggalkan kamu.
- (Imam asSyafie)

Barangsiapa yang menginginkan Husnul Khotimah, hendaklah ia selalu bersangka baik dengan manusia.
- (Imam AsSyafie)

"Pentingnya menyebarkan ilmu agama.
- (Imam asSyafie)

Ilmu itu seperti air. Jika ia tidak bergerak, Menjadi mati lalu membusuk."
- (Imam syafie)

"Doa di saat tahajud adalah umpama panah yang tepat mengenai sasaran."
- (Imam Syafie)

"Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah." - (Imam as Syafie)

Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.
- (Imam asSyafie)

Ilmu itu bukan yang dihafal tetapi yang memberi manfaat.”
- (Imam Syafie)

Seorang sufi tidak menjadi sufi jika ada pada dirinya 4 perkara: malas, s**a makan, s**a tidur dan berlebih-lebihan.
- (Imam asSyafie)

Sesiapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi maka ia benar-benar menasihatimu. Sesiapa yang menasihatimu di khalayak ramai, dia sebenarnya menghinamu''
- (Imam asSyafie)

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara menajamkan mata:
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
- (Imam asSyafie)

"Dosa-dosaku kelihatan terlalu besar buatku, tapi setelah kubandingkan dgn keampunanMu, ternyata keampunanMu jauh lebih besar."
- (Imam syafie)

"Bumi Allah amatlah luas namun suatu saat apabila takdir sudah datang, angkasa pun menjadi sempit"
- (Imam asSyafie)

Jadikan akhirat di hatimu, dunia di tanganmu, dan kematian di pelupuk matamu.
- (Imam asSyafie)

Sebesar-besar aib (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam diri kamu sendiri.
- (Imam asSyafie)

Aku mampu berhujah dgn 10 orang berilmu, tapi aku akan kalah pada seorang yg jahil kerana dia tak tahu akan landasan ilmu.
- (Imam asSyafie)

30/01/2015

Sound system bermasalah?

Fwd:
Seorang lelaki pergi menemui doktor krn risaukan isterinya yg tidak lagi mampu mendengar dgn baik spt dahulu.

Dia merasakan yg isterinya mungkin memerlukan alat bantuan pendengaran.

Doktor pun mengesyorkan supaya si suami mencuba satu ujian bg mengesahkan jika si isteri benar2 mempunyai masalah pendengaran.

"...awak buat mcm ni. Berdiri dgn jarak 40 kaki di belakangnya dan tanyakan soalan dgn nada biasa.

Tengok dia blh dengar atau tidak. Kalau dia tak dengar, awak dekatkan lagi jarak 30 kali, 20 kaki dan seterusnya. Sampailah awak dpt respons drpd isteri awak.."

Petang itu si suami pun memulakan ujiannya.

Isterinya sdg sibuk memasak di dapur. Lalu dari jarak 40 kaki dibelakang, dia bertanya kpd isterinya...

"sayang masak apa utk mlm ni?"

Tiada respons.

Dia pun berjalan lbh dekat kpd isterinya. Pd jarak 30 kaki dia bertanyakan soalan yg sama. Masih tiada jawapan.

Dia semakin yakin yg isterinya mmg ada masalah pendengaran.

Dia dekatkan lagi jaraknya pd 20 kaki dan sekali lagi dia bertanya...

"Sayang masak apa?" Pun tiada jawapan...

Pada jawak 10 kaki di belakang isterinya dia pun bertanyakan soalan yg sama lagi. Pun masih senyap.

Akhirnya si suami dtg betul2 di belakang isterinya sblm bertanyakan soalan yg sama buat kali kelima...

"..sayang, malam ni masak apa?"

"...Abang, dah lima kali saya jawab, malam ni saya masak ayam cili api..."

Rumusan... Buat sendiri 😂😂😂

26/01/2015

MENCARI BAHAGIA SEJATI

Jika KEKAYAAN membuat orang BAHAGIA, tentunya ADOLT MERCKLE, orang TERKAYA dari JERMAN, tidak akan menyerahkan badannya ke KERETA API ...

Jika KEMAHSYURAN membuat orang BAHAGIA, tentunya MICHAEL JACKSON, penyanyi TERKENAL di USA, tidak akan meminum UBAT TIDUR hingga OVERDOSE...

Jika KEKUASAAN membuat orang BAHAGIA, tentunya G. VARGAS, Presiden BRAZIL, tidak akan menembak JANTUNGNYA...

Jika KECANTIKAN membuat orang BAHAGIA, tentunya MARLIN MONROE, artis CANTIK dari USA, tidak akan meminum ALKOHOL dan UBAT DEPRESI hingga OVERDOSE...

Jika KESIHATAN bisa membuat orang BAHAGIA, tentunya THIERRY COSTA, Doktor terkenal dari PERANCIS, tidak akan membunuh dirinya akibat acara di TELEVISION..

Ternyata, BAHAGIA atau tidaknya hidup seseorang itu, BUKANNYA ditentukan oleh seberapa KAYA, FAMOUS, CANTIK, BERKUASA, SIHAT atau BERJAYA hidupnya.

Tapi yang membuat seseorang itu BAHAGIA adalah DIRINYA SENDIRI... mampukah dia MENSYUKURI semua yang sudah dimilikinya dlm segala hal.

"Kalau KEBAHAGIAAN boleh DIBELI, pasti orang² kaya akan MEMBELI KEBAHAGIAAN itu... kita tidak akan dapat KEBAHAGIAAN kerana sudah DI BORONG oleh merekα."

"Kalau KEBAHAGIAAN itu ada di suatu TEMPAT, pasti belahan lain di bumi ini akan KOSONG kerana semua orang akan kesana berkumpul dimana KEBAHAGIAAN itu berada ."

Untungnya KEBAHAGIAAN itu berada DI DALAM HATI setiap manusia.
Jadi kita tidak perlu MEMBELI atau pergi MENCARI KEBAHAGIAAN itu.

"Yang kita perlukan adalah HATI yang BERSIH dan IKLAS serta FIKIRAN yang JERNIH, maka kita boleh menciptakan rasa BAHAGIA itu bila2, dimana2 dan dalam apa jua keadaan pun."

KEBAHAGiAAN itu hanya dimiliki oleh "Orang² yang BERSYUKUR".

"JIKA KAMU TIDAK MEMILIKI APA YANG KAMU SUKAI, MAKA SUKAI LAH APA YG KAMU MILIKI SAAT INI"......

BER"SYUKUR" adalah suatu kemampuan yg boleh DIPELAJARI oleh siapapun...

Jika Anda FAIL(gagal) jangan putus asa, sebab FAIL bermaksud First Act In Learning(Langkah Pertama Dlm Pembelajaran)
END(Tamat) bukanlah Pengakhiran malah END bermaksud Effort Never Die(Usaha Tidak Sesekali Mati/Berhenti)
Jika Anda dapat NO(Tidak) sebagai jawapan, ingatlah NO bermakna Next Opportunity (Peluang Seterusn ya)

Mudah2an bermanfaat..

13/10/2014

Askm wrt wbt

Pendaftaran masuk ke ALFATEH HUFFAZ CENTRE 2015 telah dibuka.

Program Pendidikan AL FATEH ;

1 . Tadika LITTLE HUFFAZ ; usia: 4-6 THN

a) Caw. Taman Berjaya Seksyen 30 Shah Alam

b) Caw. Bandar Puteri Klang

2. Tahfiz Menengah: Al Fateh Huffaz Centre
Usia : 13 Tahun

Modul kami :

1. Hafazan AL Quran sebagai teras pendidikan.

2.Menanamkan nilai sepadu Spiritual, Phisical, Intellectual, Emotional & Social

3. menekankan kemahiran 5M (Membaca, menulis, mengira, memikir & mengamal.

Daftarkan anak anda sekarang. Tempat terhad.

Telefon segera;
03 5162 7832 I 019 2774175 I 019 333 9871

whatsapp/ telegram ;
019 333 9871. 013 236 4175

08/07/2014

Assalamualaikum n selamat pagi........
Santapan pagi ini.....

BERAPA HARGA DIRI ANDA

Wang kertas RM1 dan RM100 diperbuat dari kertas yg sama dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Ketika dicetak, mereka bersama, tetapi berpisah di bank dan beredar di masyarakat. Bagaimanapun, 4 bulan kemudian mereka bertemu semula secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Maka mereka pun berbual:
Wang RM100 bertanya kepada RM1; "Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan berbau hamis?"
RM1 menjawab; "Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus ke tangan orang bawah daripada buruh, penjaja, penjual ikan dan di tangan pengemis."
Lalu RM1 bertanya balik kepada RM 100; "Kenapa kamu kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?"
RM100 menjawab; "Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus disambut perempuan cantik, dan beredarnya pun di restoran mahal, di kompleks membeli-belah dan juga hotel berbintang serta keberadaanku selalu dijaga dan jarang keluar dari dompet."
Lalu RM1 bertanya lagi; "Pernahkah engkau berada di tempat ibadah?"
RM100 menjawab; "Belum pernah"
RM1 pun berkata lagi; "Ketahuilah walaupun aku hanya RM1, tetapi aku selalu berada di seluruh tempat ibadah, dan di tangan anak-anak yatim piatu dan fakir miskin bahkan aku selalu bersyukur kepada Tuhan. Aku tidak dipandang sebagai sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat.Lantas menangislah RM100 kerana berasa besar, hebat, tinggi tetapi tidak begitu bermanfaat selama ini. Semoga cerita ini memberi pengajaran kepada kita semua.

*cerita yg simple tp msg tersirat bagus utk dikongsi* untuk renungan bersama......

Address

Seksyen 30
Shah Alam

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when P.U.S.B.A Training & Consultancy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share