Usahawan Berjaya

Usahawan Berjaya Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Usahawan Berjaya, Business service, Shah Alam.

15 adab kita yang anak akan cepat tiru.1 - Panggil orangKalau dia nampak kita panggil orang woi woi, tak mustahil anak p...
08/06/2022

15 adab kita yang anak akan cepat tiru.

1 - Panggil orang

Kalau dia nampak kita panggil orang woi woi, tak mustahil anak pun akan ikut panggil woi woi.

2 - Bercakap

Kita s**a cakap tengking-tengking. Anak pun akan ikut cakap tengking-tengking.

3 - Mengarah

Ibu nak makan. Ibu nak susu. Ibu air tumpah. Bagaimana kita mengarah orang, begitu la anak akan tiru.

4 - Sebut tolong

Ibu tolong buatkan susu, adik haus. Mudah je tapi anak tak buat kalau dia tak nampak kita buat dulu.

5 - Ketika makan

Ketika makan jangan banyak bersungut. Anak ikut nanti, ada sahaja yang dia tak puas hati.

6 - Marah orang

Jika kita cepat marah orang, anak pun akan jadi begitu. Impulsif macam kita.

7 - Hormat orang tua

Anak perhati je cara jumpa mak ayah kita. Jika kita rajin salam, anak pun akan ikut begitu.

8 - Sabar

Anak belajar bersabar dengan melihat kita bersabar dengan dia.

9 - Mulut laser

Apa yang kita cakap, itu la yang anak akan cakap. Bahasa kita, itu la bahasa anak. Kamus yang sama digunakan.

10 - Senyum

Kita rajin senyum. Anak pun akan rajin senyum. Kita malas senyum, tak mustahil anak muka mencuka je.

11 - Ucap terima kasih

Setiap kali anak buat kebaikan kita cakap terima kasih, bukan sahaja rasa di hargai tapi dia belajar cara untuk ucap terima kasih.

12 - Meminta maaf

Ada anak dah jelas dia salah pun tak nak sebut minta maaf. Jarang dengar kita sebut minta maaf tu la anak ikut.

13 - Mendengar

Cara kita mendengar, itu la cara anak mendengar juga. Kalau anak tengah cakap kita dengar sambil main phone, tak mustahil anak pun begitu nanti.

14 - Toleh

Sekali panggil je anak dah toleh, jika nak begitu kita pun kena buat anak panggil sekali terus toleh.

15 - Mengamuk

Kalau kita s**a mengamuk tak kira tempat, bersedia untuk hadap anak yang akan mengamuk kat mana-mana sahaja jika ada tak puas hati.

Bukan salah anak jika dia tak beradab.

Wallahu A’lam,

Kredit : Mohd Fhais Salim (Parenting Coach)

28/02/2022

serious lah

Address

Shah Alam

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Usahawan Berjaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Usahawan Berjaya:

Share