Hibah Dan Medical Card Terbaik Shah Alam Saiful Idrus

Hibah Dan Medical Card Terbaik Shah Alam Saiful Idrus Prudential BSN Takaful Shah Alam / Senawang
Expert in HIBAH / MEDICAL CARD 0174441480

02/09/2024
Alhamdulillah..Disaat orang lain menolak takaful kerana merasa rugi... berbeza p**a dengan wanita ini.Beliau telah mener...
31/07/2022

Alhamdulillah..

Disaat orang lain menolak takaful kerana merasa rugi... berbeza p**a dengan wanita ini.

Beliau telah menerima tuntutan tunai berjumlah 𝗥𝗠𝟳𝟭𝟳,𝟭𝟱𝟯.𝟲𝟮 daripada Prudential BSN Takaful.

Ianya hasil daripada 𝗣𝗔𝗠𝗣𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗛𝗜𝗕𝗔𝗛 𝗧𝗔𝗞𝗔𝗙𝗨𝗟 arwah suami yang baru sahaja meninggal dunia akibat kemalangan.

Insyaallah, dengan duit sebanyak ini ianya pasti dapat membantu beliau dan anak-anak meneruskan kehidupan dengan lebih baik.

Pastinya sedikit dari duit tersebut akan disedekah atau diwakafkan atas nama arwah suami... insyaallah ganjaran pahala untuk arwah juga terus kekal mengalir.

Beruntung beliau kerana arwah telah sediakan Hibah Takaful. Memang kita semua tidak menjangkakan perkara ini, terutamanya kematian melibatkan kemalangan.

Insyaallah, semoga dengan hadiah yang ditinggalkan ini dapat mengubat hati beliau dan anak-anak di pagi raya nanti.

Tahun ini mereka beraya tanpa suami dan ayah disisi 😭.

Sahabat-sahabat semua, pastikan polisi Medical atau Hibah kalian sentiasa 𝗔𝗞𝗧𝗜𝗙 dan bayaran up to date 🤲🏻

Saiful Idrus
Perunding Takaful Anda
📲+60 17-444 1480

Saya : Puan, s**a tak kalau suami bagi puan & anak2 rm500,000?😃Puan: Mestilah s**a. Sape tak s**a? Senang saya dengan an...
08/03/2022

Saya : Puan, s**a tak kalau suami bagi puan & anak2 rm500,000?😃

Puan: Mestilah s**a. Sape tak s**a? Senang saya dengan anak2. Tak payah keje dah.😃

Saya: Puan tau tak suami ada simpanan berapa ratus ribu?
Puan: Tak tau p**ak saya. Kenapa awak tanya?🤔

Saya: Kalau puan tak tau, elok puan pujuk suami buat Prubsn Warisan rm500,000 dengan saya sebab ‘Andai ditakdirkan suami puan meninggal, puan dan anak2 dapat rm500,000. Sebulan dlm rm100-rm200 je💰

Puan: Kalau macamtu, j*p lagi sy ajak suami jumpa dengan encik terus sign up ye Plan Prubsn Warisan nih.😃






Saiful takaful
PrudentialBSN TAKAFUL
0174441480

Click here to apply : https://api.whatsapp.com/send?phone=60174441480

11/06/2020

Rupanya setelah kematian suami tanggungjawab mencari nafkah buat anak-anak jatuh kepada walinya...iaitu datuk atau pakciknya, bukan tanggungjawab si ibu. Padanlah dari segi pemberian faraid bahagian isteri paling sedikit berbanding yang bakal diterima oleh waris yang lain. Saya tertanya-tanya, kenapa bahagian isteri paling sedikit sedangkan isterilah yang bakal menanggung keperluan anak-anak kelak. Bahkan rumah dan kereta peninggalan suami boleh dituntut wali jika tidak tersenarai sebagai harta pusaka yang dikhususkan untuk si isteri.

Ramai dari kita tidak tahu kerana belum pernah dengar lagi ada wali yang mencari nafkah buat anak yatim yang masih mempunyai ibu. Inilah amanah Allah yang dilupakan. Demikianlah besarnya tanggungjawab seorang lelaki...bertanggungjawab anda bukan hanya kepada anak isteri sahaja tetapi turut kepada pewalinya..

Apabila agama itu diambil separuh separuh,yg memihak padanya diambil yang memberi rugi padanya ditinggal.

Mari kita berfikir akan kisah benar yg berlaku pada seorang balu yg kematian suami.

1. Semasa hidup simati org susah, adikberadik tak pernah menjenguk, apatah lagi nk hulur belanja utk anak buah walaupon semuanya kerja best2.

2. Rezeki anak2 simati dpt beli sebidang tanah dan membeli sebuah rumah teres. Tak lama kemudian, si mati membeli lagi sebidang tanah utk tujuan berkebun tp tak kesampaian(meninggal dulu)

3. Simpanan simati ada dlm 10k dlm bank, sebuah rumah dan sebidang tanah.

4. Simati selalu bagitau isterinya kalu dia tiada, isteri dan anak2 tak lah susah mana, ada tempat bergantung, ade sedikit duit dan ade tempat berlindung (rumah). Betapa besarnya harapan simati utk si isteri dan anak2.

5. Ditakdirkan si mati meninggal dunia akibat sesak nafas(masalah jantung)..simati meninggalkan balu dan 2 org anak perempuan.

6. Sejurus selepas simati dikebumikan, adik beradik simati termasuk ibu simati telah mengajak si isteri berbincang pasal harta simati kononnya simati akn terseksa dlm kubur kalu tak diselesaikan secepat mungkin.

7. Simati tiada anak lelaki, so harta2 simati akan dpt juga pd adik beradiknya.

8. Tak sampai seminggu si mati meninggal, datanglah adik beradik bertandang kerumah, siap buat lakaran dlm kertas ikut hukum faraid, bahagian utk isteri, anak2, ibu simati dan adik beradik simati.

8. Hukum faraid-bahagian isteri dpt paling sedikit, lansung tak pedulikan perasan sibalu yg masih bersedih, dihamburkan p**a nas2 dalil2 bab pembahagian faraid.

9. Paling memilukan,dinilaikan sekali rumah yg diduduki oleh sibalu dgn anak2 ikut nilai pasaran. Kemudian mereka2 itu bagi dua pilihan pada si balu, bayar harga rumah tersebut kepada waris2 yg berhak sekiranya mahu tetap tinggal disitu, atau keluar dr rumah tersebut kerana rumah itu akan dijual dan duit jualan tersebut akan dibahagikan ikut hukum.

10. Nak cari mana 150k? nak tak nak terpksa keluar dr rumah tersebut rumah dijual, dapatlah bahagian sibalu dan anak2 dgn jumlah yg sibalu dapat dan anak2 simati dapat mustahil dpt cari rumah baru.

Bermula lah episod merempat si anak2 yatim, berpindah randah, menyewa situ sini, jgnkan sibalu, si anak pon bekerja lepas balik sekolah nak sara diri sendiri, duit simpanan /tanah sebidang/rumah dijual siwaris. Harapan simati utk tidak menyusahkan anak dan isteri selepas ketiadaanya berkecai sama sekali. Waris2 semua lesap lepas dpt bahagian masing2.

Walaupon berhak pada harta simat tapi kene tengok p**a tanggungjawab yg harus dipikul jgn ambil agama itu separuh separuh utk kepentingan sendiri..ya tak berdosa ambil harta yg sememangnya hak kita dlm hukum, tapi berdosa gagal menjalankan tanggungjawab nafkah pd anak2 simati-tempat tinggal /pakaian/makan minum.

Jika kita termasuk dlm golongan sebegitu sebelum ni berubahlah dan moga dijauhkan keturunan kita adik2 kite suami kita ank2 kita dr bersifat kejam begini.

Ambil pengajaran saudara saudari, sekali lagi saya ingatkan apa yg agama ajar, bila simati meninggalkan anak2 yg belum baligh, wajib bg walinya mengikut turutan wali sebelah simati menyediakan nafkah utk anak simati. Kalu tidak diambil peduli, menanggunglah diakhirat kelak.

Hukum faraid itu sgt adil dan indah, diberi lebih kepada lelaki sbb lelaki adalah ketua keluarga yg kene menanggung org2 dibawahnya, kenapa apabila tiada anak lelaki,harta akn diberi juga kepada adik beradik simati? Jelas Allah memberitahu bahawa adalah tanggungjwb si wali2 utk menanggung nafkah si anak yatim (lebih2 si yatim adalah perempuan) dan semoga dgn pembahagian faraid dpt meringankan beban /membantu si wali2 utk menjaga dan memberi nafkah kepada si anak yatim.

INGAT YEA..! dpt pembahagian harta simati bkn terus beli rumah baru, shopping atau melancong dulu, tapi tunaikan dulu tanggungjawab si anak yatim.

Wallahu'alam

Antara cara yang kita boleh buat bagi menyediakan wang yang cukup kepada anak2 ialah dgn melakukan hibah (hadiah) mereka melalui hibah warisan plus (serendah rm100 sebulan bg rm250,000 perlindungan)

Saiful Prudential takaful 017 444 1480

Cashbacks datang lagi..Jom rebut peluang untuk anugerah plus Dan warisan plus😊😊😊Penghargaan buat new client, terutama ke...
06/05/2020

Cashbacks datang lagi..Jom rebut peluang untuk anugerah plus Dan warisan plus😊😊😊

Penghargaan buat new client, terutama ketika musim covid19 ini. Pastikan anda dan seluruh keluarga anda dilindungi.

*Psstt : pastikan pakai mask dan cuci tangan anda selalu.

Nak tau harga yg tepat❓
Contact:
*Saiful Agent Prubsn Takaful*
Just click whatsapp⬇️⬇️⬇️⬇️

www.wasap.my/+60174441480/medicalcardorhibah

24/04/2020

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN YANG PENUH BARAKAH INI

Setiap kali ambil insurans/takaful, mesti anda selalu dengar perkataan pampasan kematian. Pampasan kematian tu la Basic ...
14/04/2020

Setiap kali ambil insurans/takaful, mesti anda selalu dengar perkataan pampasan kematian. Pampasan kematian tu la Basic Sum Covered (BSC) tu dalam bahasa takafulnya. Maknanya, sekiranya berlaku kematian atau cacat kekal terhadap anda, maka nilai dalam Basic Sum Covered itulah yang akan diberikan kepada waris. Ada yang RM12,000, ada yang RM20,000, ada yang RM50,000, RM 100,000, RM 500,000, RM 1,000,000, RM 2,000,000 dan seterusnya.

Tahukah anda apa kepentingan Basic Sum Covered ni? Dah nama pun takaful keluarga, sudah semestinya nilai tu ada kaitan dengan keluarga kan? Kalau tanya sekarang berapa sum covered anda, mesti ramai yang jawab bawah RM100,000, betul tak?

Kalaulah Basic Sum Covered anda tu tersangatlah ciput, cepat-cepatlah upgrade! Pasal, kalau anda tinggalkan cuma RM20,000 sahaja pada waris, sejauh manakah pampasan itu boleh dibelanjakan? Secara ringkas, Basic Sum Covered tu sepatutnya perlulah seiringan dengan keperluan semasa keluarga.

Sebenarnya mudah je nak kira anggaran Basic Sum Covered yang wajar untuk anda ambil. Begini :-

Anggarkan berapa perbelanjaan anda sebulan? Ataupun berapakah gaji bersih/pendapatan anda sekarang?
Darabkan dengan 12 bulan
Darabkan dengan 10 tahun
Contohnya camni :-

RM 3,000 X 12 X 10 = RM 360,000

HaaAAaaaa?? Banyaknya!!! Betul ke ni? Selalu dengar puluh-puluh ribu je… Ini betul-betul! Bukan cobaan!

Kenapa 10 tahun? Anggapkan kematian berlaku pada usia 60 tahun. Keluarga yang ditinggalkan masih perlu meneruskan hidup. Sekiranya tiada wang ditinggalkan, si Isteri mungkin terpaksa bekerja untuk menyara diri sendiri? Pekerjaan apakah yang mampu dilakukan oleh seorang wanita pada usia 60 tahun?

Jika anda hilang upaya kekal p**a, katalah pada usia 45 tahun, sudah tentulah anda tidak bekerja. Bagaimana dengan kos makanan, tempat tinggal dan keperluan harian lain? Ini pun belum ambil kira inflasi.

Sekiranya Basic Sum Covered anda bernilai tinggi, setidak-tidaknya anda memberi ruang dan peluang untuk keluarga anda bernafas seketika sebelum sesuatu perkara yang lebih menjana hasil boleh dicipta untuk menyara hidup.

Dengan pampasan yang agak lumayan, keluarga yang ditinggalkan boleh membina perniagaan atau membeli hartanah untuk disewakan sebagai mata pencarian. Jika kita cuma tinggalkan RM 20,000 saja, agak s**ar untuk keluarga kita meneruskan kestabilan ekonomi keluarga kelak.

Kalau dah tau tak cukup tu, sila-sila la tambah ye… Nilai dalam Basic Sum Covered ini boleh ditambah sedikit demi sedikit mengikut kemampuan anda dan keperluan keluarga. Rajin-rajinlah buat “policy review” demi mempastikan perlindungan yang dimiliki itu betul-betul boleh melindungi. Bukan sekadar ada pada nama.

Adalah lebih selesa sekiranya anda mengasingkan sijil-sijil takaful anda. Anda seharusnya boleh memiliki sijil yang berbeza untuk nilai Sum Covered yang lebih besar sekiranya anda tidak mahu menambahnya pada sijil sedia ada.

Saiful prubsn takaful 0174441480

Sementara tgh cuti ni, sekali lagi saya sarankan pelanggan PruBSN sila daftar PruTouch untuk mengetahui detail acc dan p...
08/04/2020

Sementara tgh cuti ni, sekali lagi saya sarankan pelanggan PruBSN sila daftar PruTouch untuk mengetahui detail acc dan plan anda. Ada banyak kelebihan dalam prutouch ni,

1. Kita boleh check statement bayaran

(Penting ni untuk elakkan polisi sedia ada lupus /lapse, so mmg tak boleh guna untuk kemas**an hospital..Ada yang sudah bayar banyak Kali tapi lapse bila nak masuk hospital, sedih wooo).

2. Income tax statement

(Point ini sangat penting. Sekarang ni LHDN giat menjalankan operasi menjejak pembayar cukai yang claim terlebih. Jadi sediakan statement untuk pastikan anda boleh buktikan bahawa anda claim yang perlu sahaja)

3. Cash Value / Simpanan

( Kita boleh pantau berapa banyak dah duit Kita yang Ada dlm cash value ni. Ingat ye duit cash value tu penting untuk SUSTAINABILITY policy Kita)

4. Kita boleh buat pembayaran policy secara online

(Click contribution , then click online contribution payment, then pilih certificate mana yang Kita nak bayar, mudah kan👌👌)

5. Maklumat peribadi anda

( Make sure semua maklumat peribadi anda updated seperti alamat rumah, no telefon, ic semua betul, kalau Tak betul sila hubungi sy / agent masing2 )

6. Maklumat perlindungan anda

( Ni sgt2 penting, kadang2 Ada yg hilang buku policy sebab da lama Tak pakai sekali kena pakai, lupa letak Kat Mana, no tel agent hilang, time tu juga kena masuk hospital sebab emergency. So Tak ingat brape room day rate covered, brape yearly limit coverage,...So just log in je da boleh tgk ape coverage yg Kita entitle. Buat yang rasa coverage dia mcm sikit sgt, better buat policy review dgn agent masing2 )

Click sini je, terus ke bahagian registration, and polow instruction yg sgt user friendly, sekej*p je buat ni tp banyak manfaatnya..

*Make sure no telefon anda sama dengan no telefon anda yg register dalam policy anda yep

Click sini untuk register.
https://app.prubsn.com.my/PruBSNTouch/register/register.do

http://www.wasap.my/60174441480/MedicalTakaful.

http://www.wasap.my/60174441480/MedicalTakaful.

http://www.wasap.my/60174441480/MedicalTakaful

KAD PERUBATAN MAMPU MILIK??🎉🎉🎉Dapatkan sekarang dengan SERENDAH RM 79/bulanContoh kiraan:-En. AbuUmur : 30Pekerjaan : Gu...
07/04/2020

KAD PERUBATAN MAMPU MILIK??🎉🎉🎉

Dapatkan sekarang dengan SERENDAH RM 79/bulan

Contoh kiraan:-

En. Abu
Umur : 30
Pekerjaan : Guru/exec
Tidak merokok
Medical card = RM115/bln

Adik Ainun
Umur : 11 tahun
Pekerjaan : Pelajar
Medical card = RM 79/bln

Manfaat yang diberikan:-

🔰Nilai bilik RM150/hari
🔰Had tahunan sehingga RM400,000
🔰Had tahunan berganda untuk cancer, kidney & heart disease
🔰Lebih 100 hospital panel di seluruh Malaysia
🔰Elaun rawatan susulan untuk kimoterapi,dialisis & jantung
🔰Pemindahan organ
🔰Elaun Rawatan Hospital Kerajaan
🔰immunisasi PERCUMA jika menunaikan Haji/umrah

YANG PALING BEST👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻

🔰UNLIMITED LIFETIME COVERAGE

Apa tunggu lagi?..

Jom PM laju-laju

http://www.wasap.my/60174441480/MedicalTakaful.

http://www.wasap.my/60174441480/MedicalTakaful.

http://www.wasap.my/60174441480/MedicalTakaful.

PERLU KE ORANG KERJA KERAJAAN ADA INSURANS? RUGI JE  AMBIK..KAN KERAJAAN DAH COVER SEGALA GALANYA? Oleh Dr. Nurul Yusof-...
11/03/2019

PERLU KE ORANG KERJA KERAJAAN ADA INSURANS? RUGI JE AMBIK..KAN KERAJAAN DAH COVER SEGALA GALANYA?

Oleh Dr. Nurul Yusof
----------------------------

🅰Keistimewaan pegawai kerajaan di hospital kerajaan ialah mendapat rawatan percuma sahaja.

🅰Tetapi senarai menunggu masih perlu diikut jika penyakit anda tidak urgent.

🅰Urgent di sini maksudnya ialah kalau tidak dirawat segera, boleh mati. Makin segera kematian kalau tidak dirawat, makin urgentlah kes tersebut. Kalau tak rawat pun tak mati maksudnya tak urgent dan boleh masuk ke senarai menunggu.

🅰Dalam senarai menunggu, siapa yang datang dulu dia dapat. Di sini anda perlu faham yang ada sakit yang boleh dirawat dengan ubat tahan sakit.

Walaupun orang tersebut mengalami kesakitan sekali-sekala, dan penyakit yang dia alami tidak akan menyebabkan kematian (hanya menyebabkan kesakitan) jadi ada kemungkinan kami akan beri ubat tahan sakit dan orang tersebut masih akan berada dalam senarai menunggu.

🅰Perkara ini memang digunapakai di semua hospital kerajaan sejak dahulu lagi.

🅰Saya yang doktor ini kalau mahu mendapatkan rawatan pun, saya perlu ikut procedure ini. Walaupun doktor bedah itu kawan kelas saya dulu.

Saya masih kena hormat polisi, undang-undang dan pesakit lain yang sudah berada di senarai menunggu. Jika saya nak cepat, saya perlu pergi ke hospital swasta dan bayar apa yang mereka sudah tetapkan.

Melainkan jika saya ada insurans. Insurans akan bayar untuk pihak saya.

🅰Mesti anda tertanya-tanya kan, kenapa kerajaan lembap sangat, tak upgarde sistem ke? Sebenarnya kerajaan dah banyak tambah dan besarkan hospital dan klinik kesihatan.

Tetapi saya pun heran, sebab setiap kali kerajaan tambah hospital, tambah staf, tambah besar ruang hospital/klinik, setiap kali itu juga pesakit pun tiba-tiba bertambah ramai memenuhi ruang yang baru sahaja dibuat tersebut.

Entah daripada mana semua orang ini datang pun s**ar untuk saya kenal pasti. Tetapi, apa yang pasti adalah fasiliti kesihatan kerajaan masih lagi digunakan oleh majoriti rakyat Malaysia.

🅰Berbeza dengan swasta yang hanya digunakan oleh segelintir masyarakat kita terutamanya golongan yang kaya. Kerana itulah pesakit di hospital swasta tidak ramai berbanding di hospital kerajaan.

🅰Tempat duduk ruang menunggu hospital swasta selalu banyak kosong walaupun tidak begitu banyak kerusi disediakan.

Berbeza dengan hospital kerajaan yang tempat duduk di ruang menunggunya (walaupun banyak macam dalam wayang) penuh sehingga ada yang terpaksa berdiri. Jadi sebab itu, hospital swasta boleh untuk melakukan pembedahan atau apa-apa procedure sebaik sahaja penyakit dikesan.

Hospital swasta tidak memerlukan senarai menunggu kerana tidak ramai pesakit yang datang ke hospital mereka. Pembedahan boleh dilakukan bila-bila masa walaupun sebenarnya ianya tidak begitu urgent. Lagi pun, orang kaya selalunya rajin buat senaman dan makan makanan yang sihat. Jadi mereka biasanya hidup lebih lama dan masih kekal sihat.

🅰Saya bukan nak buat promosi, tapi memang bagus kalau ada insurans. Lebih-lebih lagi zaman sekarang ini ramai yang dah ada penyakit sebelum umur 30 tahun pun. Baru masuk umur 40 tahun ada yang dah masuk hospital banyak kali.

🅰Ingat, walaupun anda kerja kerajaan dan dapat rawatan percuma di hospital kerajaan, tetapi anda masih tetap perlu mengikut polisi dan undang-undang yang telah ditetapkan. Kalau anda jenis kurang sabar, sila ambil insurans untuk anda dan keluarga 😀

Saiful takaful
PrudentialBSN TAKAFUL
0174441480

Click here to apply : https://api.whatsapp.com/send?phone=60174441480

"THE POWER OF TAKAFUL" Takaful seriously sangat power.. Kita jadi connected dgn sejuta peserta di Malaysia.. If somethin...
10/03/2019

"THE POWER OF TAKAFUL"

Takaful seriously sangat power.. Kita jadi connected dgn sejuta peserta di Malaysia.. If something bad happen, sejuta orang hulur bantuan melalui Takaful.. Risiko dikongsi bersama..

Anda dh ada ke belum?
Saya boleh bantu..





Saiful takaful
PrudentialBSN TAKAFUL
0174441480

Click here to apply : https://api.whatsapp.com/send?phone=60174441480

Address

Shah Alam
40000

Telephone

+60174441480

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hibah Dan Medical Card Terbaik Shah Alam Saiful Idrus posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Hibah Dan Medical Card Terbaik Shah Alam Saiful Idrus:

Share