20/11/2024
CCRIS (Central Credit Reference Information System, atau Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit) ni datang dari Bank Negara Malaysia (BNM).
Semua laporan kredit 📄CCRIS disediakan dan diuruskan oleh Biro Kredit BNM. Di sinilah semua maklumat kredit dari pelbagai syarikat kewangan di Malaysia terlibat, seperti bank, broker insuran, dan ada juga pihak swasta seperti syarikat telekomunikasi.
Ramai yang ingat bila rekod tak cantik je, CCRIS boleh blacklist seseorang tu, tapi itu sama sekali tidak benar.
Sebabnya, CCRIS ni hanya menyediakan info dan data yang diperlukan oleh institusi kewangan untuk membuat keputusan.