Wasiatdotcom

Kami menyediakan perkhidmatan untuk menyediakan Wasiat, Hibah dan juga pengurusan Harta Pusaka sama ada di Pejabat Pusaka Kecil mahupun di Mahkamah Tinggi serta Mahkamah Syariah.

06/11/2025

Assalamualaikum, salam sejahtera dan apa khabar semua. Kami di WASIATDOTCOM mendoakan semoga dipermudahkan segala urusan kita semua pada hari ini dan masa2 akan datang.

HIBAH vs WASIAT: STRATEGI BIJAK PENGAGIHAN HARTA PUSAKAPENDAHULUANDalam masyarakat kita, isu pembahagian harta pusaka se...
07/07/2025

HIBAH vs WASIAT: STRATEGI BIJAK PENGAGIHAN HARTA PUSAKA

PENDAHULUAN

Dalam masyarakat kita, isu pembahagian harta pusaka sering menjadi punca pertelingkahan dan kekeliruan antara ahli keluarga. Tanpa perancangan yang rapi, harta yang ditinggalkan boleh menjadi beban, bukan warisan. Di Malaysia, dua instrumen utama yang boleh digunakan untuk mengurus dan mengagihkan harta ialah hibah dan wasiat. Kedua-duanya memainkan peranan yang berbeza dalam memastikan hasrat pemilik harta dilaksanakan dengan adil dan mengikut hukum syarak serta perundangan sivil.

KELEBIHAN MENGGUNAKAN HIBAH

- Mengelakkan konflik : Hibah sesuai untuk situasi rumit seperti keluarga campuran, anak angkat, tiada waris lelaki, atau pembahagian tidak seimbang yang boleh menyebabkan pertelingkahan.

- Pengagihan harta yang cepat dan jelas: Harta yang diberi melalui hibah tidak tertakluk kepada prosedur pembahagian pusaka selepas kematian, menjadikan proses lebih efisien.

- Fleksibiliti pemilihan penerima: Pemilik harta boleh memilih sesiapa sahaja sebagai penerima, termasuk bukan waris.

- Pemilikan yang pasti: Setelah hibah dilaksanakan, penerima memiliki harta tersebut sepenuhnya dan bebas dari tuntutan waris lain.

PERANAN WASIAT DALAM PERANCANGAN HARTA

- Penyataan hasrat pemilik harta: Wasiat membolehkan pewasiat menyampaikan hasrat peribadi seperti pemberian kepada anak yatim, badan kebajikan, waqaf, infaq atau individu tertentu.

- Kawalan terhadap 1/3 harta: Undang-undang Islam membenarkan wasiat sehingga satu pertiga daripada harta yang ditinggalkan tanpa perlu mendapat persetujuan waris.

- Pelantikan wasi (pentadbir harta): Pewasiat boleh melantik individu dipercayai untuk melaksanakan dan mengurus pembahagian harta mengikut wasiat.

- Dokumentasi yang berstruktur dan teratur: Wasiat perlu lengkap dengan senarai harta, hutang, waris, dan saksi bagi mengelakkan pertikaian di kemudian hari.

GABUNGAN STRATEGIK: WASIAT + HIBAH

Memanfaatkan kedua-dua instrumen secara bersepadu memberikan kelebihan yang optimum. Contohnya:

- Gunakan hibah untuk mengagihkan aset utama seperti rumah atau tanah atau simpanan kepada waris atau individu yang telah dikenalpasti.

- Membuat wasiat untuk sumbangan amal, penjagaan anak bawah umur, pemberian khas kepada individu bukan waris, atau amanah kewangan untuk pelajaran dan kesihatan.

Gabungan ini bukan sahaja mematuhi kehendak syarak tetapi juga memperkukuh kejelasan dokumentasi dan mengelakkan pertikaian undang-undang.

PENUTUP & CADANGAN

Pengurusan harta bukan sahaja melibatkan undang-undang, tetapi juga tanggungjawab moral dan sosial kepada waris yang ditinggalkan. Dengan memahami peranan dan kelebihan hibah serta wasiat, pemilik harta dapat membuat keputusan yang bijak dan berinformasi. Lebih awal perancangan dibuat, lebih mudah segala urusan dikendalikan kelak.

Uruslah harta dengan bijak.

01/07/2025

Pengurusan Pusaka Orang Islam di Malaysia: Struktur, Cabaran dan Solusi

1. Pengenalan

Pengurusan harta pusaka orang Islam di Malaysia merupakan aspek penting dalam memastikan agihan harta berlaku secara adil, mengikut syarak serta perundangan negara. Proses ini melibatkan pelbagai institusi dan prosedur, dan seringkali menjadi isu rumit terutama apabila waris-waris tidak memahami saluran yang betul.

2. Asas Perundangan Pusaka Islam di Malaysia Yang Mana Pengurusan pusaka orang Islam tertakluk kepada:

i. Undang-undang Syarie: khususnya pembahagian faraid yang ditetapkan dalam Al-Quran, Mahkamah Syariah di dalam mengeluarkan Sijil Faraid.
ii. Undang-undang Sivil: melalui Akta Probet dan Pentadbiran 1959 dan Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955, Mahkamah Tinggi Sivil atau Pejabat Pusaka Kecil.

3. Cabaran Utama

- Kurangnya pengetahuan di kalangan masyarakat mengenai saluran sah.
- Perselisihan antara waris.
- Ketiadaan wasiat atau penama untuk harta tertentu.
- Tempoh pengurusan yang panjang terutama bagi harta tak alih.

4. Solusi dan Cadangan

- Pendidikan masyarakat tentang kepentingan perancangan harta semasa hidup.
- Menggalakkan berwasiat dan hibah.

Kesimp**an

Pengurusan pusaka orang Islam bukan hanya persoalan undang-undang, tetapi juga tentang keadilan, hubungan kekeluargaan dan amanah terhadap harta yang ditinggalkan. Dengan pemahaman yang baik dan tindakan proaktif, banyak konflik dapat dielakkan dan mengurangkan bebanan kos terhadap waris untuk menguruskan pusaka.

Menguruskan harta pusaka simati yang berdomisil dan meninggal dunia di luar negara (Negara Komanwel) dan Geran Probet at...
17/05/2025

Menguruskan harta pusaka simati yang berdomisil dan meninggal dunia di luar negara (Negara Komanwel) dan Geran Probet atau Surat Kuasa Mentadbir dikeluarkan oleh Mahkamah Negara Komanwel yang lain selain Malaysia - Memeterai semula / resealing Geran Probet atau Surat Kuasa Mentadbir - Seksyen 52 Akta Probet dan Pentadbiran 1959.

Berikut adalah penerangan ringkas berkenaan memeterai semula / resealing Geran Probet atau Surat Kuasa Mentadbir:

Salam sejahtera. Jangan biarkan masalah menjadi semakin rumit. Uruskan harta pusaka simati sementara waris-waris masih b...
07/05/2025

Salam sejahtera. Jangan biarkan masalah menjadi semakin rumit. Uruskan harta pusaka simati sementara waris-waris masih boleh dihubungi.

01/05/2025
29/04/2025

Kita sambung sedikit perkongsian berkenaan situasi permasalahan yang dialami oleh beberapa individu berkaitan pengurusan pusaka.

3. Isu pusaka yang waris telah menjadi berlapis.

Masalah ini dialami oleh sekump**an waris yang ingin menguruskan pusaka arwah ayah mereka di Pejabat Pusaka Kecil. Hartanah yang ingin diuruskan masih lagi atas nama moyang mereka. Jadi di sini sudah terdapat beberapa lapisan waris dan perlu diuruskan satu persatu.

Selepas moyang mereka meninggal, adik beradik datuk kepada sekump**an waris ini juga telah ramai yang meninggal. Kemudian selepas datuk mereka meninggal adik beradik ayah mereka juga ramai yang telah meninggal. Di sini masalah yang dihadapi oleh sekump**an waris ini adalah mencari waris-waris yang terdiri daripada adik beradik datuk mereka yang meninggal selepas moyang mereka meninggal; dan adik beradik ayah mereka yang meninggal selepas datuk mereka meninggal. Daripada cabang moyang dan datuk mereka, berkemungkinan ada ramai lagi waris yang berhak dan membentuk beberapa lapisan waris yang lain.

Dalam situasi ini, pihak pejabat pusaka telah mengarahkan sekump**an waris-waris ini untuk mendapatkan sijil faraid terlebih dahulu berkaitan dengan lapisan waris-waris di atas. Mereka juga diminta untuk mencari dan mendapatkan maklumat waris-waris yang berhak.

Situasi ini dapat dielakkan sekiranya waris-waris menguruskan harta pusaka simati dengan segera. Ramai yang mengambil remeh isu pengurusan pusaka dan masing-masing meletakkan harapan agar waris lain yang uruskan. Pengurusan pusaka adalah tanggungjawab bersama waris-waris bagi mengelakkan harta pusaka diperoleh / dimakan / digunakan secara batil. Kelewatan menguruskan harta pusaka simati sehingga menjadi berlapis akan memberikan beban yang besar kepada waris-waris seterusnya dari segi masa, tenaga dan kos.

Oleh itu, bersegeralah di dalam menguruskan harta pusaka lebih-lebih lagi yang melibatkan harta alih. Ia juga dapat menjimatkan banyak masa dan kos.

4. Waris tidak setuju dengan perintah yang dikeluarkan oleh pihak pejabat pusaka kecil.

Situasi ini juga ada dialami oleh individu yang hadir di pejabat pusaka. Situasi ini tidak berapa jelas tetapi yang dapat difahami adalah setelah beberapa bulan perintah dikeluarkan dan telah sampai peringkat pembahagian harta pusaka, individu ini telah hadir ke pejabat pusaka untuk bertanya samada dia boleh membuat bantahan terhadap perintah pembahagian pusaka yang telah dikeluarkan.

Bagi situasi begini, pihak yang mempertikaikan keputusan tersebut boleh membuat bantahan melalui proses mahkamah, samada di Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syarie bergantung kepada situasi kes masing-masing.

Sebaiknya waris-waris berbincang dan membuat semakan secara terperinci semasa dan sebelum perbicaraan pusaka. Apa-apa perkara berbangkit dan memerlukan proses mahkamah akan melibatkan kos dan masa yang banyak.

Akhir kata, uruslah harta dengan bijak demi kemaslahatan diri dan keluarga.

25/04/2025

Alhamdulillah... Semalam dapat selesaikan pengurusan pusaka seorang client dan juga seorang sahabat saya. Sepanjang berada di pejabat pusaka, dapatlah mendengar dan bertanya-tanya kepada mereka-mereka yang hadir ke pejabat pusaka semalam. Ada beberapa situasi masalah pengurusan pusaka yang ingin dikongsikan di sini:

1. Pengurusan yang lancar dan teratur

Situasi ini bila permohonan pusaka dibuat dengan terancang, dokumen lengkap disediakan sejak awal seperti kes client saya. Semua dokumen yang diperlukan lengkap dan salinan serta yang asal juga telah disediakan awal2 sebelum permohonan dibuat. Waris2 juga telah berbincang sejak awal berkenaan cara pembahagian dan mendapat persetujuan kesemua waris. Dalam permohonan juga telah di masukkan dan dilampirkan kepada pihak pusaka Surat Persetujuan Waris untuk pembahagian pusaka yang ditandatangan oleh semua waris.

Semasa perbicaraan, urusan semua menjadi lancar dan mengambil masa yang singkat sahaja. Sekarang hanya tinggal tunggu perintah untuk kami proceed dengan pembahagian pusaka.

2. Urusan sukar kerana hakmilik hartanah yang kabur

Situasi ni adalah dari seorang pemohon yang hadir semalam. Situasi ini melibatkan hartanah yang dibeli oleh simati tetapi hanya setakat perjanjian sahaja, nama tidak didaftarkan / tidak boleh didaftarkan di dalam geran.

Ini adalah situasi yang melibatkan tanah pertanian yang diracik, tidak dipecah lot dan nama pembeli tidak dimasukkan / tidak boleh dimasukkan di dalam geran kerana pemilik hanya menjual sebahagian hartanahnya.

Daripada cerita pemohon ini, boleh disimpulkan situasinya seperti di bawah:

Pemilik hartanah status pertanian "A" menjual sebahagian hartanahnya kepada "B". Hanya ada perjanjian tetapi tidak didaftarkan. Kemudian "B" menjual p**a kepada "C" dan seperti sebelumnya, hanya ada perjanjian tetapi tidak didaftarkan. Kemudian selepas beberapa tahun, "C" meninggal dunia. Apabila waris kepada "C" ingin membuat pengurusan ke atas hartanah yang dipercayai milik "C", permohonan telah ditolak kerana gagal menunjukkan hartanah tersebut dimiliki oleh " C". Seperti yang dinyatakan di atas, daftar hakmilik geran masih atas nama "A".

Pejabat pusaka telah mengarahkan pemohon ni pergi ke pejabat tanah untuk uruskan dahulu isu hakmilik.

Oleh itu, mana2 'pemilik' hartanah yang membeli tanah racik tetapi tidak dipecah lot atau geran, pastikan berbuat demikian sebelum terlewat bagi mengelakkan waris2 menghadapi kesulitan dalam menguruskan harta pusaka.

Ada 2 lagi situasi berbeza. In shaa Allah kita akan bincangkan di lain posting.

Uruslah harta dengan bijak.

Address

Tingkat 1, No. 25, JalanMuafakat 3, Pusat Perdagangan Muafakat Simpang Renggam
Simpang Renggam
86200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wasiatdotcom posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share