14/08/2026
RUJUK GAMBAR KE-2 UNTUK KONTEKS.
Antara site yang paling mencabar kami pernah hadap. 3 minggu kami back and forth ke SugarBomb, sampai bercamping di office Ini ke lewat malam. Mangsa buli kami adalah Raz Man, nasib tak jumpa jembalang. 🤣
Sebelum kami, berapa ramai kontraktor/SI dah datang dan betulkan, namun tetap kecundang. Berpuluh ribu habis. Tapi bila masalah tak selesai selesai, lama lama mereka ghaib sendiri. (Tuan Azhari izinkan kami untuk cerita saja di sosial media perjalanan dia dan berapa puluh ribu dah habis nak baiki network di ofis nya).
Di RUCK-Fi, kami akan berikan opsyen untuk customer kami, 1. Kalau tak puas hati, kami pulangkan duit semula.
2. Atau, kita boleh kerjasama untuk cari lagi punca dan sama sama selesaikan.
Di sugarbomb HQ ini sudah banyak tangan yang datang dan cuba "bantu". Sudah banyak setting dan banyak cable dan sebagainya di tarik dan bersambung ke seluruh office. Dengan IP conflict nya, dengan hidden switch nya, memang banyak sungguh isu nya.
Agak sukar buat kami untuk baiki perkara perkara atas tangan orang lain dan secara magis cantik dalam sekelip mata.
Jadi terima kasih kepada Tuan Ahmad Azhari yang sudi berikan kami masa untuk diagnosed sedalam nya dan cari titik punca.
Begitulah manifestasi agung kami yang kami tidak akan sesekali tinggalkan client kami terkontang kanting selepas berikan kepercayaan sepenuhnya kepada kami.
Alhamdulillah. Selesai.
Next? Sugarbomb Kilang.
RUCK-Fi
Kalau anda dah give up, berilah RUCK-Fi peluang.