03/06/2026
🇰🇷✨ ANYEONGHASEYO KOREA! ✨🇰🇷
Tarikh Penerbangan: 30 Mei 2026
Penerbangan: Royal Brunei
Tour Leader: Muhammad Hisyam Mohd Ghazali
🇰🇷 HARI KE-3
Alhamdulillah, perjalanan Hari Ke-3 bersama 26 peserta dan 1 Tour Leader berjalan dengan lancar serta dipenuhi pelbagai aktiviti menarik.
Seawal pagi, peserta menikmati sarapan di hotel sebelum memulakan lawatan ke Red Pine Gallery, di mana mereka diberi penerangan mengenai produk kesihatan berasaskan pine serta peluang membeli-belah.
Perjalanan diteruskan ke Seaweed Museum, lokasi yang memperkenalkan budaya dan produk rumpai laut Korea yang terkenal. Para peserta turut mengambil kesempatan mendapatkan pelbagai produk tempatan sebagai buah tangan untuk keluarga dan sahabat di tanah air.
Selepas menikmati makan tengah hari yang menyelerakan dengan menu Sup Ayam Ginseng, rombongan dibawa menyelami sejarah dan warisan Korea di Gyeongbok Palace serta National Folk Museum. Lebih istimewa, peserta berpeluang mengenakan pakaian tradisional Hanbok, menjadikan pengalaman lawatan lebih bermakna dan penuh kenangan.
Selesai menunaikan solat jamak, peserta diberikan masa membeli-belah di Myeongdong Market, antara destinasi paling popular di Seoul yang terkenal dengan produk kosmetik, fesyen dan makanan jalanan Korea.
Menjelang malam, peserta menikmati makan malam sebelum kembali ke hotel. Dalam perjalanan pulang, taklimat pergerakan untuk penerbangan pulang ke Malaysia pada keesokan hari turut diberikan.
✨ Alhamdulillah, semua aktiviti yang dirancang berjalan dengan sempurna. Kerjasama peserta yang sentiasa menepati masa dan memberikan komitmen yang baik sepanjang lawatan menjadikan perjalanan hari ini berlangsung dalam suasana yang harmoni, selesa dan penuh kegembiraan.