10/08/2015
Selamat Pagi ;)
Dalam kemeriahan sambutan syawal dengan majlis 'open house' sana dan sini, saya telah dihadirkan dengan isu yang telah menggemparkan dunia usahawan IKS tempatan. Sepanjang 7 hari yang lalu, kecoh isu 38 IKS yang didakwa ditipu sebuah koperasi di selangor.
IKS sekalian,
Pada pendapat saya, isu begini tidak akan terjadi jika anda semua mengambil langkah berjaga-jaga. Memanglah malang tidak berbau, tapi bila kita perpijak dibumi yang nyata dan berusaha berdiri diatas kaki sendiri. InsyaAllah akan selamat dari penipuan.
Berikut adalah TIPS mudah mengelakkan dari di TIPU atau diambil kesempatan oleh pihak kedua, atau pihak ketiga;
1. Pastikan membuat 'RESEARH' dahulu mengenai individu atau mana2 badan yang hadir kepada anda untuk memasarkan produk anda.
2. Jika mereka/ individu itu hadir dengan PLAN dan agreement, minta masa seminggu, dua untuk menelliti dan memahami isi kandungan agreement berkenaan. SILA AMBIL PERHATIAN ! fahami bahasa undang-undang dengan betul sebelum menandatangi sebarang perjanjian.
3. List down sebarang kemungkinan yang bakal terjadi jika......( diwaktu ini, otak anda hendaklah giat berfikir untuk sebarang kemungkinan kegagalan keatas PLAN dan perjanjian tersebut ) cuba bermain dengan imagenasi anda mengenai setiap kegagalan yang mungkin akan berlaku.
4. Selepas 'berjaya' berfikir sebarang bentuk failure tersebut, SILA AJUKAN kepada mereka dan minta mereka kemukakan 'ACTION PLAN' untuk setiap kemungkinan kegagalan. DENGAN CARA INI, pihak kedua,atau ketiga tadi akan memilih sikap berhati-hati dengan anda p**a kerana mereka merasakan anda 'BIJAK'..;)
5. Tiada kejayaan yang datang bergolek! Oleh yang demikian, pilihlah sikap untuk berusaha sendiri tanpa mengharapkan pihak lain yang 'membuat' untuk anda. Sentiasa lah cari peluang dan ruang dengan sendiri untuk memasarkan produk anda.
6. Kaji individu/organisasi tertentu mengenai cara mereka memasarkan produk mereka.
7. Latih diri dan minda untuk jadi rajin 'MENGKAJI' terhadap apa jua perkara. JANGAN PILIH UNTUK MENGAMBIL SIKAP MUDAH terhadap apa sahaja.
8. Cuba untuk terus berurusan dengan pihak mall/ kedai/mart untuk memasarkan produk anda. Bertanya atau mendapatkan khidmat nasihat untuk tahu 'bagaimana cara saya untuk memasarkan produk' ?....
9. PILIH untuk bersahabat. TAHUKAH anda, dengan siapa yang anda bersahabat akan menunjukkan siapa diri anda? TAHUKAN anda, sahabat juga adalah 'NETWOKING AGENT' untuk membantu anda meluaskan pasaran produk anda. jadi, sila teliti dengan siapa anda bersahabat dan cuba berfikir adakah sahabat saya itu boleh meluaskan produk saya?
10. Jika matlamat mereka JELAS dan TELUS (transparent), dan anda yakin dengan kebolehan mereka memasarkan produk anda dan mereka mengamalkan situasi 'menang-menang' dengan anda, PASTI nya jika berlaku sebarang kegagalan mana2 pihak boleh membawa perkara tersebut ke mahkamah, maka anda BOLEH MENJALINKAN USAHASAMA dengan mereka.
;;; semoga TIPS diatas dapat membantu para usahawan untuk lebih berhati-hati dalam urusan perniagaan anda. ;;;
sebarang pertanyaan boleh menghubungi 03-60921377