23/12/2020
>>>BERAT SANGAT, UJIAN NI...>>>
Pagi semalam sembang ngan sorang kawan...
Dia mengadu kereta dia rosak...dah baiki duit dah kuar RM 1500++..
Kereta still rosak lagi, nak balik kampung lagi..
suami baru lepas operate, still xsihat lagi..
Allahuakbar...
Berat sungguh ujian sahabat ni..
Kadang, kita rasa masalah kita berat dah...
Kita rasa dah tak larat dah...
Otak ligat berputar fikirkan mcm mana nak atasi masalah...
Teman,
Allah menguji seseorang itu kerana Allah SWT mempunyai rahsianya tersendiri,
Sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita...
Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,..
Yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan..
Ujian juga dapat mematangkan kita.
Kadang-kadang kita tertanya-tanya,
Kita mempersoalkan kepada Allah SWT kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali?
Sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita,
Pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita...
Astagfirullah, lemahnya iman kita...
Mungkin ada sahabat-sahabat kita atau keluarga kita yang lain menghadapi musibah yang sama..
Bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita...
Bukankah Allah telah berfirman dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah...
Tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya.
Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya maka Allah berikan ujian itu ke atas diri kita.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita..
Tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita.
Semoga Allah dtgkan bantuan yg hebat untuk kita...agar kita diberi kekuatan utk keluar dari setiap masalah,
kebuntuan dan kesusahan yg sedang kita hadapi...
Bertabahlah teman,...Allah bersama kita..Allah maha mendengar..
Allah dengar setiap keluhan hamba2Nya...
Perkongsian ikhlas dari coach Smart Khalifah Training : https://www.facebook.com/norliza.ramli1/