31/08/2017
KEMERDEKAAN YANG DIRAI, KEMERDEKAAN YANG HAKIKI
KEMERDEKAAN mutlaq yang membenarkan segala perkara tanpa batas sempadan bukanlah suatu kebebasan sebenar bahkan mengheret seseorang atau sesebuah masyarakat itu menjadi rosak, melakukan apa sahaja tanpa berfikir panjang, hingga peringkat mengancam kebebasan orang lain jika tidak mengikut kehendak nafsunya yang akhirnya berlawanan dengan maksud KEMERDEKAAN dan kebebasan itu sendiri.
MERDEKA itu ialah apabila bebas mindanya hingga ia dapat berfikir dengan mata hati bukan nafsu yang merosakkannya...
MERDEKA itu ialah apabila ia bebas bergerak ke mana sahaja tanpa rasa takut kerana undang2 yang berdaulat menjaga keamanannya...
MERDEKA itu ialah apabila ia ikhlas beramal kerana Sang Pencipta bukan rasa gelisah terhadap perhatian manusia dan tidak takut terhadap celaan orang2 yang mencelanya kerana ia tahu bahawa satu hari nanti semuanya akan dihadapakan kepada Rabbul Ja.lil...
Benarlah apa yg diungkapkan oleh pemikir Islam, 'Alal Al Faasi ;
الحرية جعل قانوني وليس حقاً طبيعياً، فما كان للإنسان ليصل إلى حريته لولا نزول الوحي، وأن الإنسان لم يخلق حراً، وإنما ليكون حرّاً
Kebebasan adalah ciptaan daripada yang berperaturan dan bukanlah terjadi secara semulajadi.Maka tiadalah manusia itu sampai kepada KEMERDEKAANnya jika tidak kerana turunnya wahyu.Dan sesungguhnya manusia itu tidak diciptakan MERDEKA bahkan hendaklah ia menjadi orang yang MERDEKA...
Ustaz Fakhrurrazi Abu Bakar
Mutawif Kembara Umrah JDT
SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE 60 TAHUN!