22/11/2021
MAKLUMAT ASAS BERABEST
Hasrat YB. Datoโ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob selaku Ahli Parlimen Bera mewujudkan satu jenama untuk produk-produk usahawan Industri Asas Tani (IAT) Parlimen Bera yang dikenali, berkualiti dan keunikan yang tersendiri.
Mesyuarat MPPP Bera Bil 01/2014 pada 30.03.2014 yang dipengerusikan oleh YB. Datoโ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob selaku Pengerusi MPPP Bera telah bersetuju dan memutuskan supaya BeraBest didaftarkan atas nama Pertubuhan Peladang Kawasan Bera (PPK Bera) bagi menjaga kepentingan semua usahawan yang terlibat.
BeraBest telah didaftarkan secara rasminya oleh PPK Bera pada 07.07.2014 dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (Myipo)
Di peringkat awal pendaftaran sehingga 30 April 2015 BeraBest mempunyai 21 orang usahawan yang mengeluarkan pelbagai jenis produk IAT dengan 200 SKU
Sasaran menjelang akhir tahun 2015 sebanyak 50 Usahawan BeraBest di wujudkan dengan 500 SKU
Agensi / Jabatan utama yang terlibat dibawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani untuk pembangunan produk dan usahawan BeraBest ialah Jabatan Pertanian dan FAMA serta PPK Bera sebagai peneraju.