12/08/2020
2 minggu lepas banyak dapat soalan pasal Hakam.
Jadi hari ni Kak Khuza nak share info sikit pasal Hakam. Moga bermanfaat hendaknya.
Perlantikan Hakam ni akan berlaku dalam kes isteri nak tuntut cerai dengan talaq terhadap suaminya di Mahkamah Syariah di bawah seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam, tapi suami enggan untuk ceraikan isterinya itu.
Hakam juga boleh berlaku bila suami nak ceraikan isterinya di Mahkamah Syariah, tapi isteri tak setuju untuk diceraikan.
Apabila Mahkamah puas hati bahawa wujud perbalahan (shiqaq), maka Mahkamah boleh lantik 2 orang Hakam atau penimbangtara yang akan bertindak bagi pihak suami dan isteri yang berkenaan untuk selesaikan syiqaq tersebut dalam satu prosiding yang kita panggil Majlis Tahkim.
Majlis Tahkim ni adalah satu proses yang melibatkan pihak-pihak yang bertikaian (suami & isteri) yang lantik seseorang untuk jadi Hakam bagi selesaikan pertikaian yang timbul di antara mereka.
Majlis Tahkim ini di jalankan di Mahkamah Syariah.
Jelas ya?
Jemput share post ini supaya lebih ramai cakna.