05/09/2025
Beware of Scammer!
βLindungi Diri Anda daripada Penipuan berkenaan Tawaran Mendaftar sebagai Ejen ACGASβ
Pihak HQ ACGAS telah dimaklumkan bahawa terdapat individu yang mendakwa dirinya sebagai bendahari ACGAS dan menawarkan pakej Ejen ACGAS melalui Facebook Rakan Kongsi ACGAS MY.
Pihak ACGAS ingin menegaskan bahawa kami TIDAK PERNAH melantik mana-mana individu atau pihak luar untuk mengutip bayaran atau menawarkan promosi palsu ini melalui mesej peribadi, panggilan telefon, atau media sosial.
Hanya Pengedar ACGAS yang Sah Sahaja dibenarkan untuk melantik individu atau syarikat sebagai Ejen ACGAS. Sila rujuk maklumat Pengedar ACGAS yang Sah di laman web kami www.acgas.com.my
Sebagai langkah berjaga-jaga, pengguna dinasihatkan untuk:
π« Jangan kongsi maklumat peribadi, nombor akaun, atau OTP kepada pihak tidak dikenali.
π« Jangan buat sebarang bayaran kepada nombor akaun yang meragukan.
π« Jangan klik pautan mencurigakan yang mendakwa dari ACGAS.
β
Sahkan maklumat Pengedar ACGAS yang Sah melalui website ACGAS
β
Sahkan maklumat yang diterima melalui HQ ACGAS.
Semua saluran dan maklumat yang sah hanya dimaklumkan melalui:
π No Pejabat HQ ACGAS: 03-2780498 (Office) / 01116701670 (WhatsApp)
π§ E-mel: [email protected]
π Laman web rasmi: www.acgas.com.my
π Nombor dan Pengedar ACGAS yang Sah sahaja (Rujuk website acgas)
π Akaun media sosial rasmi:
Facebook : ACGAS HQ
Instagram : official_acgas
TikTok : official_acgas
π’ Jika anda menerima mesej atau panggilan yang mencurigakan berkaitan ACGAS, sila:
π Abaikan segera
π Laporkan kepada kami melalui: 03-27804981 / [email protected]
π Buat laporan kepada pihak berkuasa jika perlu
Keselamatan anda keutamaan kami. Sebarkan kepada keluarga dan rakan agar tiada yang menjadi mangsa!
Terima kasih atas kerjasama anda.